Islam bukan agama keganasan pelampau dan terrorisme.






Dalam tahun 2008 heboh filem ‘Fitna’. Filem yang penuh kontroversi yang menghina Islam. Sebelum itu juga, seorang kartunis melancarkan kempen “Let’s Draw Muhammad Day” dimana orang ramai diajak melukis objek seperti cawan, kasut, tisu tandas hatta babi yang disamakan dengan Nabi Muhammad. Baru-baru ni, ada pula timbul filem baru iaitu Innocence Of Islam. Bukan saja filem itu paling teruk dan sampah yang pernah dibikin tapi tindakan pengarah menggambarkan Nabi Muhammad macam itu sekali adalah sangat bodoh dan tak langsung boleh diterima.


Lebih kurang kelmarin atau semalam, gempar satu Malaya seorang pemuda berbangsa India menghina Allah dan Nabi Muhammad dalam akaun Facebooknya. Kemudian dia telahpun mengeluarkan kenyataan maaf dan dakwanya akaun FBnya di’hack’ akibat tak logout di cyber cafe. 

Soalan yang patut kita soal diri kita adalah “Apakah tindakan yang betul yang patut kita buat?” bukannya “Apakah yang kita kena buat?”. Nampak macam sama. Tapi itu adalah 2 soalan yang sangat beza. 

Tindakan demonstrasi bantahan secara aman saya nampak tak adalah salahnya. Secara AMAN. Tak ada bakar bakar, tak ada senjata, tak menghalang jalan untuk kegunaan orang, tak membuat kotor, tak buat sampah. Pendek cerita tak menyusahkan orang dengan tindakan bodoh dan bahaya. 


Tapi, sebaliknya berlaku. Di Libya, Duta Amerika ke Libya mati dibunuh perusuh. Masalahnya bukan duta tu yang bikin filem! Di Malaysia pula ada pula geng Agama Syiah bawak sepanduk gambar Khomeini semasa demonstrasi. Tak ada kena mengena langsung. Dah la timbulkan persepsi negative kat org ramai, lepas tu sesat dan mengarut pula tindakannya menyebabkan perhimpunan aman jadi kecoh.



Kita bantah, kita marah dan kita akan lawan siapa yang menghina Allah, Nabi-nabi dan Sahabat. Namun cara kita melawan itu belum cukup lagi membuktikan kita sayang pada Allah dan Rasul. Contohnya, tindakan menyerang dan merosakkan rumah pemuda India tersebut bukan cara Nabi. Kalau tak percaya bacalah balik peristiwa Fathu Makkah @ Pembukaan Kota Makkah. 

Saya tertarik dengan gambar di FB tulis “Penentang Islam tak takut dengan tunjuk perasaan, bakar bendera atau bakar tayar. Tapi mereka takut dengan Masjid yang penuh.” Tak salah berdemo. Itu cara kita menzahirkan suara bantahan kita. Namun, kalau berdemo saja kuat, solat dimasjid belakang rumah pun malas.. maka apakah kekuatan dan kesatuan yang ada pada umat Islam? Pesan untuk diri saya sendiri jugak.




Allah janjikan kemenangan pada orang yang menjaga solat. Tak percaya lagi. Tgk Alquran surah Al Mukminun ayat 1 dan 2. Nak bukti pula??? Pernah dengar Sultan Muhammad Al Fatih? Dialah sultan yang berjaya menawan Konstantinople. Rahsianya, bukan saja solat dia saja dia jaga, solat askar dia, komando dia, spy-spy dia semua dia jaga. 

Tindakan menghina Islam itu sangat salah. Malah menghina apa juga agama adalah salah. Kita dianjur hidup harmoni antara agama. Tapi janganlah tindakan kita yang kononnya mempertahankan agama dengan cara yang salah terus-menerus dilakukan. 


Dalam Islam, matlamat tak pernah menghalalkan cara. Gunakan saluran yang betul. Islam itu sempurna. Jangan kerana tindakan kita, menyebabkan orang semakin jauh daripada Islam. Tunjuklah sikit Islam ini suka pada aman dan jauh daripada terrorisme apatah lagi keganasan. 

Innocence Of Islam, Jews and US Government





A few days earlier, a movie called ‘Innocence of Islam’ became viral in Youtube throughout the world. The movie was just not the worst movie ever made but trying to depict Prophet Muhammad (p.b.u.h) in such disgrace was just unforgivable.

Although UN clearly stated to defy Religious Prosecution under the Universal Declaration of Human Right, but it seems the declaration will not be applied if the group or individual are Muslim.


For me, it is not new for Jews to abuse Prophet Muhammad since he is not sent among them. By all means he is an Arab and not Son of Israel like Isaac, Jacob, Joseph or Moses. If we go throughout the history, the Jews was not just abused and boycott the all Prophets sent to them but they even killed them. This act of violent was passed down from one generation to another.

But still the world is fooled by their play to gain sympathy from the Holocaust story. Until now anybody who opposed the big bluff Holocaust will be called anti Semitic and it considered wrong. Why does the people who against Islam are not considered as wrong as well?

As for the US Government, they might seem strong and mighty but when it comes to oppression against Islam they choose to be silence. Starting from the inside job of 9/11 they clearly showed the world how they act upon Muslim in Afghanistan and Iraq. The ‘War against Terrorist’ merely a mask to cover the true face of their illegal actions.


 In Islam we will never do anything to show disrespect towards Moses (Jews) or Jesus (Christians) because both of them are our leaders (Imam) and Prophet sent by Allah for the mankind. Instead, we are taught to love and cherish them as well as Muhammad. But, it is just sad when some of the Jews and Christians show much hatred and disrespect towards Muhammad.



When we trace back this problem, we will see it is ‘Power’, ‘Wealth’ and ‘Glory’ that man craved so much had ignited this war long way ago. Man will not stop the quest to search those things until they see the Earth is crumbling and it is the Judgement Day.

Bumi Mana Tak Ditimpa Hujan




Dalam seminggu ini, seolah-olah sudah menjadi isu Nasional fasal isu CIKGU. Alhamdulillah, ramai lagi yang memberi sokongan kepada cikgu-cikgu berbanding menghentam profesyen ni. Ramai lagi yang masih hormat dan berterima kasih atas jasa cikgu-cikgu mendidik. Nada entri kali ini nampak serius sedikit supaya nampak penekanan yang saya cuba suarakan berdasarkan pandangan peribadi saya. Tambahan lagi, ada yang ‘condemn’ saya gunakan ejaan dan gaya bahasa melayu yang tak betul.



Tapi dalam isu ni seharusnya kita timbang sebaik-baiknya. Pro dan kontra yang hadir dalam isu ini. Kesalahan pada saudari penulis, dia menulis mengikut apa yang dia rasa tanpa melihat kesan dan akibat penulisan dia. Itu kesalahan dia. Namun sebagai guru, (saya seorang bakal guru) mungkin ini adalah ‘wake up call’ untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Bukan bermakna kita tidak bagus, cuma supaya memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Pensyarah saya cakap “Kita patut muhasabah diri kita, adakah kita seperti guru yang cik liyana cakap itu atau tidak?”

Pada pihak pembaca termasuk saya, kita sememangnya rasa marah dan kecewa dengan apa yang saudari penulis katakan. Tapi, adakah kita menyantuni dia dengan cara yang betul? Ada yang komen secara ganas dan menggunakan bahasa yang sangat kesat. Sayangnya lagi, apabila ramai yang hanya berani melontarkan komen secara tidak berani dan tidak berhikmah disebalik nama ‘Anonymous’. Dia seorang perempuan dan tidak sepatutnya kita menyantuni beliau sedemikian rupa. Tahniah kepada yang berani menggunakan identiti sebenar dan dengan cara yang baik. 

Saya akui kelemahan saya apabila wujud pengaruh emosi dalam menulis. Tujuan saya membalas tulisan dia kerana pada hemat saya, wujud fakta tidak tepat dalam tulisannya. Saya cuba terapkan unsur sinis dan lawak dalam tulisan supaya pembaca tidak bosan dengan apa yang saya sampaikan sama dengan entri-entri saya yang sebelum ini. Kesalahan saya lagi apabila turut sama membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya lain akibat menurut emosi. Kebodohan saya yang saya mohon maaf pada semua.


Saudari penulis Cik Liyana Adnan (ceyana_adnan) telahpun membuat kenyataan maaf secara terbuka. Selaku hamba Allah, sebaiknya terimalah maaf tersebut. Bukan hak kita untuk menghakimi atau menentukan keikhlasan maaf tersebut. Bukankah itu hak Yang Maha Esa? Tunjukkanlah budi bahasa dan santun budaya timur yang sopan yang kita banggakan. Bak kata Tan Sri P.Ramlee 'Sedangkan Nabi ampunkan umat'. Sebagai pengguna media sosial, kita tiliklah situasi ini sebaiknya. Bagaimana salahguna media sosial ini boleh merosakkan imej atau reputasi kita. Selaku orang yang bekerja, lakukanlah tugas kita sebaiknya sehingga orang tidak boleh mencari kesalahan kita. Jangan kita seronok mencari salah orang lain, sibuk menjaga kain orang, kain sendiri tidak sedar cariknya. 



 Saya sekali lagi mohon maaf dalam kelemahan penulisan dan analisis saya. Terima kasih untuk yang mengkritik. Saya sangat-sangat hargai.  Benarlah kata orang “Kita hanya faham apabila kita berada pada situasi tersebut”.  Saya mohon maaf. 

Ana asif. (tak tau tajuk apa nak letak)

Ok. Jadi kontroversi bila aku guna ayat "Doktor pon tak de nye pikir". Oklah.. salah aku dalam berbahasa. Aku mengaku. So ni keterangan aku tentang ayat tuh.

Maksud aku, cikgu kene pikir banyak pasal budak-budak ni. Datang sekolah ke tak. Apa nak ajar esok. Kalau budak bermasalah, nak kene jumpe mak ayah nak cakap macam mana. Dalam erti kata lain, bak kata P. Ramlee, selagi tak tutup mata, Kerja! Kerja! Kerja!


Aku nak bandingkan dengan dokter. Yang pada hemat aku setara dengan cikgu. Keluar-keluar sekarang gred 41 (ijazah la).  Kakak sedare aku dokter, mak aku keje kat makmal hospital, arwah Mak Teh aku pon keje nurse. Pendek cerita, aku tau la juga sikit-sikit lifestyle org-org keje dalam bidang kesihatan ni

Entri aku yang dulu tu, mungkin la nmpak sikit emosinya. Tapi kalau korang bace post-post yang lain pon. sebenarnya sama je. Mungkin la ada rase paneh ati gak sikit ngan blog cik yana tu. Nipu benor kalo kate tak marah kan?

Aku mengaku dalam isu ni ada 3 perkara yang silap. 
1. Cik yana tu selamba badak je, menghentam profession keguruan ni. Boleh jadi pengalaman lampau kot. Trauma kene key in markah oleh cikgu dy. 
2. Cikgu-cikgu yang buruk laku. Sampai nampak sgt buruknya profession keguruan ni sendiri. 
3. Aku. Pasal tulis blog emosi tak stabil (bkn period ok!) sampai choice of word pon bangang. Lgpon dekat pukul 1 lebih menulis. Otak pon dah lemau.

So, dari pihak aku. Aku mintak maap. Tp pada aku, perbandingan dengan dokter tu adalah sangat logik. Tambah-tambah lagi, PM dah buat pelarasan gaji. Basic sume same. yang beza adalah elaun dan OT tu.


Apa yang cik yana tu tulis ada sikit betulnya. Tapi bukan semua cikgu macam tu. Sikit je. Cuba kalau orang buat entri pasal polis ke, kastam ke imigresen ke terima rasuah guna cara cik yana tu? Aku rasa, 2 jam lepas entri tuh satu malaysia banzai blog orang tu. HAHAHAHAHA~ sebab ramai lagi yang keje ape pon baik polis ke, cikgu ke, yang keje betul-betul untuk rezeki halal.

Orang tua-tua cakap, bukan aku cakap, aku muda lagi "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". "Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" Dan sempena hari raya aku tambah, kerana pulut diet binasa. HAHAHAHA.

my latest
http://malaysiandilemmas.blogspot.com/2012/09/bumi-mana-tak-ditimpa-hujan.html

Reply "Untung la sape jadi cikgu"

Kalau nak tau ape yg jadi... bace blog sedari nih dulu..




1. Betul dah cikgu gaji 2K. Tambah-tambah elaun adalah dalam RM 3000. Standardnya mcm tu la. Memang layak la cikgu-cikgu ni dapat gaji sedemikian rupa. Diorang belajar nak dapat ijazah. Jgn la banding dengan operator kilang. Ni namenye perbandingan bodoh atau dalam bahasa baiknya perbandingan orang tak cerdik. 

2. Secara hakikinya memang cikgu masuk keja pukul 7.30 keluar pukul 4.30 petang. Tapi! Balik karang kene menanda kertas, buku, buat RPH, buat ABM. pikir disiplin budak. Mesyuarat seminggu sekali kene masuk. Kelas tertinggal kene kejar balik. Meh sini aku nak citer lagi, lepas tuh kene buat analisis kedatangan, analisis subjek, pelajar lemah pelajar bijak. Kalau keje lain ade? Bila nak mengadap anak bini plak? 

3. Cikgu nih keje around the clock. Balik rumah pon pikir lagi apa nak ajar esok. Kalo jadi operator kilang (bukan aku hina, tapi ko pilih perbandingan ni) tak de nye nak pikir bagai. Ko igt time menanda buku budak malam-malam buta tu dapat OT ke? Kalo dokter, datang keje malam dapat OT. Kang cikgu dapat OT kang, lagi ko jaki pulak.

4. Cikgu ada annual leave. Sume orang pon ade. Cikgu ada 12 hari je setaun. Cuti ujung taun tu ko pikir duduk lenggang kaki ke? Mesyuarat jalan, kursus jalan. Belum lagi kene panggil dgn PPD, Jabatan Pelajaran Negeri. Cuti yang 12 hari setaun tu la, nak bawak mak abah sakit pegi klinik, amek anak sekolah asrama, tgk anak kat universiti. Kalau sume boleh plan time cuti ujung taun je senang. “Mak abah, kalau nak sakit tunggu ujung taun ok. Jah sebok”

5. Eleh, ko cerita nak maen blog jual kain bagai. Takkan maen blog pon salah. Tulis entri bukan smpai sehari. Ko pon update blog gak. Cikgu jual kain pon ko nak pertikaikan. Selagi tak ganggu dalam P&P dia dalam kelas, tak salah rasanya. Kitorang ni, nak jawab henpon dalam kelas kalau tengah mengajar pon salah. Tau dak? Kalau rumah terbakar pon, tau-tau dah hangus. Kalau online FB tengah mengajar tuh, jangankan ko, aku pon tak puas ati. Tapi rasenya kalau nak ckap cikgu, orang keje lain pon buat jugak...


6. Pasal cikgu yang bukak pusat tusyen nih, selalunye cikgu nih dah resign dari jadi cikgu. Tapi kalau buat kelas tambahan kat rumah tu ade lah. It upon syarat punye ketat. Ko tau tak? Bukan senang-senang je nak buat tusyen kat rumah tu. Lagi 1, ko pikir senang-senang ke cikgu nih nak ajar ala kadar je dalam kelas? Kalau budak-budak tak dapat skor, sia-sia kene panggil smpai ke peringkat negeri. 

7. Ko pikir cikgu senang-senang nak escape sekolah. Yang kene hantar pegi hospital tu, kalau apa-apa jadi, ko nak tanggungjawab? sesetenga Mak ayah tau, “Cikgu salah! Anak saya trauma! SAMAN!!!”. Sedangkan cikgu tu lah yang selamatkan budak tu jatuh longkang ke. Jangan senang sgt nak bersangka buruk. Orang yang pandai sangat bersangka buruk nih mesti sebab dia pun selalu buat benda buruk. Tak gitu? HAHAHAH~

8. Ok la. Yuran mansuh. PIBG? SUWA? Ko pikir bende tuh nak kumpul sendiri? Lepas tuh, duit peruntukan kerajaan bagi tiap-tiap tahun tuh? Sape yang nak memikirkan? Takkan pak guard ngan tukang kebun plak? Bukan cikgu-cikgu ke? Ceh... suke cakap pakai lutut tau, geram I... rase nak cubit-cubit je perut u. #Dush!

9. Sekarang ni, tak ada dah budak-budak nak masukkan markah. Nak log in web kementerian tuh pon ada macam-macam etikanya. Nak suh budak-budak buat pe? Hanya kerana cikgu ko MINTAK TOLONG dulu yang ko berkira sampai sekarang, tak bermakna semua cikgu sama dan hanya pikir nak senang kerja. Kadang-kadang orang mintak tolong tu bersebab.


Zaman sekarang, budak-budak ‘nakal’nya dah lain macam. Setakat tgk blue tuh, darjah 2 tu standard dah. Bukan semua mak bapak mcm ni, tapi sesetengah tu, semuanya nak salahkan cikgu. Asal jerit sikit, tengking sikit, rotan sikit dah SAMAN je. Ko pikir nak didik budak 1 kelas mcm ne? Alangkan anak 3 org pon kadang-kadang mak ayah pening kepala jaga. Bayangkan sekelas nak jaga. Dapat plak yg macam ko. Sebulan mengajar dah layak pakai tittle arwah.

Jangan senang sangat nak memperlekehkan profession keguruan ni. Apa yang kau ada sekarang ni pon hasil didikan cikgu-cikgu ko. Bersyukur la pada tuhan sikit. Jgn kufur nikmat sgt. HAHAHAHAHA. Kalau nak tau senang susah keja cikgu ni, try la. Aku bg 2 minggu je.... lepas tuh ko sure chow.

Allah memang angkat orang yang menjaga dan memelihara Ilmu. Nabi pon cakap “Jadilah orang yang mengajar ilmu, belajar, pendengar ilmu dan pencinta ilmu. Janganlah jadi golongan kelima. Nescaya celakalah.” Agak-agakla... ko dari golongan 1,2,3,4 ke???????? 5?

#Ok.. atas beberapa kritikan. aku edit balek sket. salah aku menulis. emo2 sket bace blog dy malam semalam. aku mintak maap.
ni penerangan aku
http://malaysiandilemmas.blogspot.com/2012/09/ana-asif-tak-tau-tajuk-apa-nak-letak.html

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message