s.k balar: cerita, cita dan cinta di tengah belantara

PERJALANAN!!!


Tak pernah terlintas pon dalam kepala bahawasanya wujud satu perkampungan manusia nun atas pergunungan titiwangsa yang jauh gile dalam hutan. Kampung Pos Balar, Gua Musang. Jauh gile dalam hutan (bagi aku jauh la, sebab itu paling jauh aku penah pegi dalam hutan. Hahahahaha!)


gambar puncak gunung@bukit sebelah sekolah mase lepas riadah pagi. lawa!


Aku tau pasal kewujudan kampung tu pon sebab maktab aku ada buat satu program ni nak tolong anak-anak orang asli dalam utan nuh. Program Permuafakatan Pendidikan. Yang hantar wakilnya, UniSZA dengan IPKB je. Tapi program ni ade la bernaung gak bawah UPSI, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).


Sekolah Kebangsaan Balar ni memang jauh. Macam aku cakap tadi, dalam hutan. Dari bandar Gua Musang lebih kurang 100 km jugak. Yelah, bayangkan, dari Gua Musang smpai la mula-mula jumpa jalan tanah merah ni aku agak dalam 70 km lebih ada kot. Jauh. Nak pegi sana naik hilux. Jadi sudah pasti la yang jantan-jantan ni kene duduk kat belakang yang terbuka tuh.


Patricia Alin a.k.a s.u biro ppk. kat sk balar la nih!

Lepas tu, jalan tanah merah yang berdebu nak mampos. Kalau sape yang pakai baju putih, sampai sekolah, GERENTI 100% baju jadi warna kuning tanah. Hahahahahah! Debu yang tadi tu konfem masuk lubang telinga dengan lubang idung. Memang berkerak la idung. Kalau ade yang tak pakai tutup muka atau tutup kepala, perang la rambut jadinya. macam orang putih weh!!!hahahahah! Dah kena debu tanah tu, rambut jadi keras gile. Aku rase syarikat yang buat minyak rambut “clay” tuh amek bahan dia dari sini kot.


credit to nonon punye camera~ hahahah!

Lepas jalan tanah merah tu, jumpe la segala jenis selut. Tanah yang terpercik jangan cakap la. Kat muke, kat tangan, atas baju, semua kena. Jalannye pulak bukannye jenis jalan rata ni. Orang kata kalau tanah merah sekalipon, tapi rata tak apa. Ini! Dengan batu batannye, lubang, selut, sungai sampai tiga batang sume, naik turun bukit. Memang la mencabar. Drebar hilux yang aku naek pulak, jenis brutal. Bawak hilux dalam hutan mcm bawak ferarri naik highway je. Yang mangsanya kami kat belakang ni, yang terhempas ponggong, badan semua-semua. Memang sampai rasa nak muntah la.

Last sekali, smpai jugak la dekat Sekolah Kebangsaan Balar. Lawa tempat dia. Atas gunung, tengah hutan, tepi sungai. Memang cantik. Aman je rasa. Rasa kerdil je diri. Yelah, hebatnya Allah Taala ni, smpai dalam hutan banat pon boleh ada peradaban manusia dalam tu.

Kalau dah namanya cikgu, maka bende-bende macam ni kita kene sedia dan terima. Jangan cakap je masa temuduga. Tapi bila dah kena posting tak nak pegi. Aku nak petik dua kata-kata hikmat la aku kira antara banyak-banyak perkara yang aku dengar masa dalam program ni, pertama daripada En Khidzir (lecturer penyelaras program ni)

“Di mana ada pelajar yang nak belajar, di situ mesti ada guru yang nak mengajar”

Yang keduanya daripada junior aku. Name dy Sim. Chinese boy. Baik sangat orangnya. Mase kitorang bergoncang-goncang dalam hilux tu, dy cakap macam ni,

“Saya bakal guru. Saya mesti tabah looo!” dgn Loghat cina dy la. Hahahahahah!


no word except "B.E.A.U.T.Y"

Kerana Mulut Badan Binasa



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Betul la cakap orang tua-tua dulu. Hanya kerana salah perkataan yang keluar dari mulut kita ni memang boleh menjahanamkan hidup kita. Kalau tak percaye, pegi la test. Jumpa sapa-sapa cakap muka diorang hodoh ke. Hahahahah. Memang binasa la badan korang kene hempuk. Dapat plak yang kene kata tuh badan macam malek noor.

Bila cakap pasal “SALAH CAKAP” ni, kita boleh la kategorikan beberape jenis.

  1. Memang betul-betul salah cakap. Tak sengaja. Contoh macam melatah ke. Keluar carot bagai. Hahahahah. Yang ni boleh diampunkan.
  2. Maki dengan sengaja. Ni kes jujur ataupun memang tengah marah. Yang ni boleh kawtim lagi la. Kalau orang dah tengah marah, memang tersembur gak semua.
  3. Mengadu domba. Ni paling bahaya. Manusia macam ni tak leh buat kawan. Kalau bagi makan buaya pon, tak tau la buaya nak makan ke tak. Jenis ni suke cakap belakang. Suka tikam belakang, bawak mulut. Jumpa orang ni cakap lain, jumpa orang lain cakap lain. Bahaya!

Ok. Hari ni kita nak ulas untuk kategori paling bahaya. MENGADU DOMBA. Kalau jumpa orang mengadu domba ni, jangan la percaya cakap dia. Jenis makan kawan dia ni. Dia sanggup buat apa je kalau nak jatuhkan orang yang dia rasa lebih dari dia atau dah memang dia dengki sejak azali lagi.

Macam mana nak kenal orang macam ni?

  1. Orang jenis ni selalunye jenis suke besar-besar@ bermegah- megah pasal diri dia sendiri. Contohnya kereta dia besar ke, bini lawa ke, pakwe hensem ke, duit banyak ke, anugerah ape yang dia dah dapat ke, baju mahal dari luar negeri ke. Bende-bende yang kita tak nak tau pon. Tapi dia tetap nak cite. Kalau dalam perubatan, perangai mcm ni dah dikategorikan sebagai “manic” = gila.
  2. Suka korek rahsia orang. Suka la nak tanye bende-bende yang kita tak nak bagitau. Suka nyebok hal orang. JANGAN LA KOME CERITA!!! BAHAYA!!! Nanti dia guna nak buruk-burukkan korang.
  3. Perasan bagus. Ni la paling aku nyampah. Kalau cakap.. dia je la yang paling baik@ mulia. Orang lain sume jahat. Lagi satu suke perasan macam la dalam dunia ni, dia sorang je la yang reti. Sampaikan kalau kita tegur sikit pon tak leh terima. Ape kes?? Selagi namanya manusia dah konfem tak sempurna. Kena la terima hakikat.
  4. Suka serang-serang orang. Kalo tak caya pegi tengok cite “Mami jarum” ke. Tuh contoh orang suka mengadu domba. Tengok la perangai dia. Suka dok menyerang-nyerang orang ni. Macam sial je.
  5. Suka besar-besarkan cite. Bende kecik, besar beras kalau boleh nak dibesorkan sebesor denesor.
  6. Suka mangadu/bercerita kat ramai-ramai orang. Nak bina pengaruh la katakan. Kalau dah ramai percaya kat dia nanti baru la senang nak buat cerita lain nanti. Kalau boleh sekampung ke, satu taman perumahan, satu sekolah, satu kelas dia nak bagitau.

Ni la sikit-sikit pasal orang yang suka mengadu domba ni. Kalau ada kenal sapa-sapa macam ni. Jauhi la dia. Bahaya. Tak payah la buat baik sangat ngan dia. Mulut orang macam ni, boleh runtuh rumah tangga orang, boleh gaduh adik beradik, boleh putus kawan, boleh pecah belah masyarakat.

Aku ingat satu hadis nabi “Tiada yang lebih berat melainkan mempunyai jiran yang jahat.”

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget