Aduhai.. SPM oh SPM

Ingatlah. SPM sebenarnya tak menentukan langsung hidup kita. Itu hanyalah sekadar kertas dengan huruf semata-mata. Yakinlah bahawa ia hanya sekadar sama ada 1 batu loncatan atau permulaan kepada kejayaan yang tertangguh. Hanya orang yang bodoh akan menangisi kegagalan dalam SPM sedangkan banyak lagi kejayaan yang menantinya dihadapan. Bak kata Albert Einstein "Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value"


Inilah ayat saya keluarkan di FB pada hari keputusan SPM diumumkan seluruh Malaysia. Ramai yang cemuh saya, cakap saya tak matang, adik-adik lagi, tak sensitif dengan perasaan cikgu-cikgu yang mengajar. HAHAHAHAH~ tak apalah. Biar saya ceritakan satu persatu.

Kenapa saya cakap macam ni?

Hari ni, SPM hanyalah sekadar ujian tentang ilmu pengetahuan yang akhirnya direkodkan dalam kertas dalam bentuk ABC. 2 tahun belajar, dirangkumkan dalam 1 kertas? HAHAHAH~ Hakikat sebenarnya yang kita harus faham bukanlah gred itu SEMATA-MATA tapi kesan dalam hidup kita. Contohnya macam Pendidikan Islam, cukupkah sekadar A atas kertas tapi D dalam pengamalan? Atau A dalam Matematik tapi nak urus kewangan sendiri pon fail?

Lebih kontroversi lagi bila ada yang quote ayat saya tapi saya rasa tak berapa nak tepat.

ada perkataan yang tak wajar bro guna dan akan mungkin akan mengguriskan hati cikgu-cikgu kita di SEMESTI. bukanlah SPM tu tak penting 'langsung'..”

saya tak cakap SPM tak penting langung. Tapi SPM tak langsung menentukan hidup kita. Sebab hidup kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Bukan SPM. Dalam kata mudahnya, ia bukan segala-galanya. Itu sebab dalam ayat seterusnya saya tuliskan

Yakinlah bahawa ia hanya sekadar sama ada 1 batu loncatan atau permulaan kepada kejayaan yang tertangguh”.

HAHAHAHAH~ betul tak? Saya kenang dan sanjung jasa guru-guru saya sepanjang alam persekolahan saya. Banyak jasa yang takkan saya mampu balas. Hanya Allah sahaja mampu membalasnya. Dan tiadalah walau sedikit niat untuk mengguris hati guru-guru saya.

Ada pula yang sindir saya dengan cakap,

Ada yang tak ambil SPM macam BILL GATES tp berapa ramai yang boleh jadi macam dia?

HAHAHAHAH~ itulah masalahnya dengan orang kita. Orang melayu khususnya. Terlalu selesa dalam zon yang sedia ada. Kenapa kita tidak mahu jadi BILL GATE yang seterusnya? Sekalipun tak mahu jadi BILL GATE (katanya orang yahudi) maka jadilah macam Tun Dr M yang seterusnya, atau Syed Albukhari yang seterusnya, Rozita seterusnya (pengasas sendayu tinggi) atau Boon Siew yang seterusnya. Inilah masalah orang kita. mereka ini semuanya berfikir jauh sampai kehadapan dan tidak takut dengan risiko.

Ada dulu saya dapat kata-kata dari seseorang yang bijak.

Orang yahudi ajar anak mereka menakluk dunia, orang cina mengajar anak mereka menguasi perniagaan, orang melayu ajar anak mereka jadi makan gaji.

Bukan hina orang yang makan gaji. Mak ayah saya makan gaji. Malah saya juga akan jadi orang makan gaji (Cikgu). Tapi bukankah sudah sampai masa kita ubah cara kita. Jadi betullah kata saya bukan? SPM tak menentukan langsung hidup kita sedang ada jalan lain yang sudah ada depan mata.

Memang lah nak jadi doktor atau jurutera kena pakai keputusan SPM. Tapi kena ingat, bukan semua dapat jadi doktor atau jurutera. Banyak lagi bidang yang kita boleh ikut yang bukan hanya berlandaskan akademik tapi juga KEMAHIRAN.Saya tak kata SPM tak penting. Cuma SPM bukan segala-galanya.

Tatkala kita masih terikat dengan SPM maka, kita terikat dengan akademik semata-mata. Macam mana kata kalau orang yang tak berapa nak cemerlang SPM? Hidup melarat ke? Datuk Siti dah pakai datuk sekarang, ada syarikat sendiri, SPM pangkat 3 je. ketahuilah, Allah Taala bukan hanya bagi kita otak (akademik) semata-mata, tapi ada juga tangan kaki (kemahiran) yang disertakan dengan AKAL supaya kita menjadi orang hamba yang berjaya.

Berjaya atau tidak kita dalam hidup bukan terletak pada SPM tapi pada diri kita.

Say Yes to Polygamy?

Kenapa Allah bagi lelaki kahwin lebih daripada 1? Kita akan cerita dari aspek fisiologi dan juga sentuh sikit-sikit dari aspek agama (memandangkan saya bukanlah fakih sangat)

Seperti yang kita sedia maklum bila Allah ciptakan lelaki, Allah bagi keperkasaan, kekuatan pada tulang belakangnya lebih dari perempuan dan suka pada perkara yang banyak pada lelaki tersebut. Itulah sebabnya Allah suruh lelaki yang cari nafkah supaya dia boleh pastikan anak isterinya sentiasa ada makanan, tempat tinggal dan pakaian yang cukup.

Baiklah, dari aspek fisiologi wanita setiap bulan akan ‘datang bulan’ atau ada juga orang panggil ‘period’ atau ‘peot’. Bila isteri datang bulan secara automatik tak boleh nak layan suami macam biasa sekiranya suami ada keinginan untuk bersama isteri. Jadi dengan adanya poligami maka si suami boleh mengelakkan maksiat dari berzina dan si isteri juga boleh mengelakkan penyakit seperti STD, HIV dan AIDS dari terjangkit kepada diri sendiri.

Rela ke kakak-kakak sekalian tengok suami masuk neraka sebab berzina? Tak sayang ke puan-puan dengan suami puan-puan sekalian? Kan lebih baik kalau suami buat perkara yang halal. Dapat pahala kat dia. Orang lelaki ni dah lah susah nak masuk syurga tapi senang sangat nak masuk neraka. Jadi yang mana suaminya nafsu macam nafsu kuda bolehlah disalurkan kepada saluran yang selamat dan betul.

Ramai wanita akan cakap macam ini

  1. Orang lelaki ni semua sama! Gatal! Tahan la sikit nafsu tu
  2. Dasar lelaki! Pantang Nampak pompuan dahi licin sikit!
  3. Oooo! Kalau nak kahwin ikut sunnah, kalau nak solat nak puasa tak nak pulak ikut sunnah!
  4. I tak rela dimadu! Kalau nak kahwin juga ceraikan I. Kalau U nak jugak langkah mayat I dulu.

Memang isu ni isu yang sensitif. Semua perempuan tak rela nak dimadu. Tapi!! Sekalipun tak rela, harus kita faham, yang buat undang-undang ni adalah Allah. MESTI ADA KEBAIKANNYA. Maknanya kita tak boleh tolak. Sekalipun tak suka, tak payah zahirkan macam ada IBU MENTERI yang seorang ni. Boleh jatuh kufur. Sebab ini Allah yang buat. Menolak hokum Allah samalah juga dengan menolak Allah dan orang yang menolak Allah bukankah akan jadi orang yang KAFIR?

Bagi yang lelaki pula, janganlah bila nak kahwin je ikut sunnah. Solat setahun dua kali je. Puasa entah kemana. Kena faham, bila kahwin jangan tengok yang ‘seronok’ je. Tapi tengok juga aspek nafkah, tanggungjawab mendidik, menanggung dosa. Pastikan dahulu diri kita ni mampu dari segi AGAMA dulu. Kalau setakat mampu dari segi harta semata-mata tak guna. Sebab kalo duit yang tuan ada boleh beli tiket masuk syurga tak apa.

Lagi satu untuk orang lelaki. Kalau dah nak kahwin jugak-jugak, janganlah kahwin senyap-senyap. Cakap elok-elok. Jantan sikit. Ini kahwin kat sempadan Siam. Kahwin senyap-senyap samalah juga dengan curang. Jadi kalau kita curang, satu hari nanti isteri kita pula curang. Baru padan muka. Jadi gunakanlah hikmah dan hemah bila nak pujuk isteri tua.

Poligami ni Allah yang bikin. Jadi mesti ada kebaikan kita tak nampak. Tapi poligami hanya untuk orang yang mampu. Allah yang cakap. Bukan saya cakap. Sekiranya tak mampu cukuplah dengan satu. Dan itu adalah yang lebih baik. Tak gitu?

Solve The Problem - Part 6

I WILL SURVIVE!!!


Oh Hail The Queen! Gloria Gaynor I meant. HAHAHAH! Nice song. Really! How many people will dance maniacally while listening this song? I know I do!! But that is not the main agenda of this entry. We are going to make the next step of getting better. Yes! I Will Survive! Make it your theme song. Play it on and on. Sing it loud. Be with the music. Get with the lyric. Feel free to dance. (this is the new and improvised version, i like this better)

Why I say so? Most of us, when facing problems, heartbroken or disappointed we tend to turn to sad or melancholic song to what say it? Comfort us?? That is bull!! Listening to sad song never make us feel better is just put the worst to it. Believe me, there is no good can come from listening sad song when we are already down.

Just believe the healing power of the music. Why I chose ‘I Will Survive’? Have you read the lyrics sister?? Oh my god! It is inspirational and full of confidence. If you think this song is quite too-drag-queen-type-song feel free to choose other. As long the song you choose is catchy, motivational, and don’t have those stupid sad lyrics, it is okay.

Music actually helps us to get through to the problem we already in. Chose the right music. It is okay to feel sad, but it doesn’t mean that we should stick with the same loser, miserable person. By music we can help to heal and mend the broken heart. And always remember Michael Caine said to Sandra Bullock in Miss Congeniality (Oh my dear! I love this movie!!)

Smiler wear a crown, loser wear a frown.

So choose music that can make you smile~

Pilih jangan tak pilih!

Dalam hidup nih penuh dengan pilihan. Sekecil-kecil perkara pon kena pilih. Hatta nak makan pon kena pilih. Ye la nasi putih lauk apa, kari ke, gulai lemak ke, ikan bakar ke, ayam golek ke. PILIH

Ada kata-kata hikmah oleh Albus Dumbledore

“It is not our ability that shows what truly are, it is our choices.”

Bila cerita pasal pilihan atau memilih ni, kita kena selalu paham 1 perkara. Apa pun pilihan kita, kita yang kena terima akibatnya. Tak ada nya orang lain yang akan terima akibatnya. Habis kuat pon orang lain kat sekeliling kena la tempias sikit-sikit.

Dalam memilih tak de masalah kalau kita ambil pandangan orang lain. Ambil pro dan kontra sebelum nak pilih sesuatu. Sebab biasalah mungkin kita boleh buat pandangan yang lagi bagus. Tapi kita dengar dan tapis. Bukan semua yang orang lain cakap tu boleh dengar. Sebab setiap pandangan yang orang lain bagi sebenarnya ada kepentingan terhadap diri mereka sendiri.

Bila buat keputusan, buat lah keputusan yang ringan untuk kita dan tak berat untuk orang lain. Dalam makna katanya, yang menyenangkan kita dan tidak menyusahkan orang lain. Keputusan kita takkan pernah dapat puaskan hati semua orang. Tapi kalau dah itu yang terbaik, jadi tak salah kan?

Lagi satu, bila buat keputusan yang sangat berat atau boleh bagi kesan negatif kepada diri kita atau orang, timbang-timbang dulu. Sampai kita jumpa satu solusi yang lebih baik atau lebih mendatangkan faedah. Dalam bahasa mudahnya “FOR THE GREATER GOOD”.

Jangan tengok pilihan dari satu aspek. Tengok dalam 2-3 pandangan. Selalunya orang perempuan yang buat perkara ni. Sebab orang perempuan ni selalunya pikir pakai emosi. Bukan kutuk, cuma hakikat. memang pahit. Tapi selalunya memang macam tu. Dalam kata mudah, tak pikir panjang. Tapi kalau nak beli barang@shopping orang perempuan la paling panjang pikir. Sampai 1-2 jam untuk sehelai baju. Tengok akibatnya jangka masa panjang atau pendek. Kira semua benda. Barulah buat pilihan.


Yang paling penting dalam kita memilih, apa-apa pun

  1. Jangan bercanggah dengan agama
  2. Jangan memudaratkan diri
  3. Jangan menyusahkan orang lain
  4. Dan paling penting ISTIKHARAH lah. Sebab sebaik-baik pilihan adalah pilihan daripada Allah Taala. Semacam mana pun kita pilih, tapi Allah tak izinkan, tak jadi jugak kan?

Usah takut buat pilihan. Sebab bukan apa kebolehan, bakat, keistimewaan yang ada pada kita yang menjadikan diri kita. TETAPI pilihan kita. Biarlah orang lain cakap apa pun. Asalkan kita tak hilang diri kita sendiri.

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message