Dari kerana Mulut…yang mempunyai kuasa




Bila kita sebut pasal mulut maka 2 perkara tak elok akan terlintas adalah FITNAH dan MENIPU. Mungkin ada juga yang akan fikir pasal mengata dan mengumpat, tapi bila fikir balik 2 perkara tadi itulah yang paling bahaya. Kali ni kita cuba nak cakap pasal fitnah.

Ni ada satu cerita pasal fitnah. Zaman dulu-dulu. Pada waktu tu Amirul Mukminin Umar Al Khattab jadi khalifah. Waktu tu sahabat, Saad bin Abi Waqas ni jadi gabenor di salah sebuah wilayah (tak ingat). Nak dijadikan cerita, adalah seorang ni dia fitnahkan Saad Abi Waqas pada Khalifah Umar, dia kata yang si Saad ni dah sesat dah amal selain daripada apa yang nabi ajar. Jadi Khalifah Umar pun pergilah jumpa Saad Abi Waqas. Dalam perjumpaan tu maka sampailah masa solat. Jadi Khalifah Umar pun tengoklah Saad Abi Waqas ni ambil wuduk dan solat. Sampailah semua selesai maka Khalifah Umar pun beritahulah tujuan dia datang jumpa tu. Bila Saad tahu, dia terus berdoa untuk orang yang fitnah dia “Ya Allah panjangkanlah umurnya, panjangkanlah fitnah keatasnya, jatuhkanlah kemiskinan kepadanya.”

Lepas doa tu, orang yang buat fitnah kepada Saad memang hidup lama, kalau tak silap sehingga pemerintahan Muawiyah Abi Sufyan, punya lamanya hidup! Dia hidup miskin, dan sentiasa difitnah. Pernah ketika dia menolong seorang budak, kemudian dia dituduh cuba memperkosa budak tu. Macam-macamlah. Sampai macam tu lah balasan kepada orang yang buat fitnah. Tengok macam mana Allah balas. Memang Allah dah pesan dalam Al-Quran “Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.” Sebab kerana fitnah pun orang boleh berbunuhan, bergaduh macam-macamlah.

Fitnah ni boleh jadi dalam macam-macam cara. Pertama kita buat-buat cerita. Kita kata orang yang baik, soleh yang tak pernah berzina, dia berzina. Kedua, kita dengar satu cerita yang tidak pasti kemudian kita cerita kepada orang lain dalam versi kita sendiri, dalam erti kata lain cerita tu ditokok tambah. Ketiga, bila kita tengok sesuatu yang kita tak pasti tapi kita terus buat pemerhatian, Jump to conclusion. Fitnah ni sememangnya membunuh. Membunuh jiwa, perasaan, hubungan, persahabatan, hidup, harapan dan manusia itu sendiri.

Sekiranya anda terlibat dengan gejala kurang sihat ni, dah sampailah masa untuk berhenti. Dosa fitnah ni Allah tak ampunkan selagi belum dimaafkan oleh orang yang difitnahkan. Jadi berhentilah. Kalau terlibat janganlah. Jadi benarlah kata nabi diam lebih baik! orang yang terfitnah atau difitnah sabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.


Penghargaan, Maaf dan Kepercayaan



Bila kita berkawan sudah pasti akan jadilah gaduh, masam muka, marah-marah, tak puas hati. Tapi, persahabatan tu sangat bernilai. Dulu cikgu Bahasa Inggeris saya, Miss Rozyrah Ahmad Ramly pernah cakap “Friendship is a pearl which only time can value it.” Maksudnya persahabatan tu macam mutiara hanya masa yang mampu dinilaikan dengannya. Dalam erti kata lain lagi lama persahabatan tu lagi bernilailah ia. Tapi tak bermakna kawan-kawan yang baru jumpa ni tak bernilai, cuma lagi lama kita kenal orang tu makin sayang lah kita pada mereka.

Ada sabda nabi “tak lengkap iman seseorang itu selagi mereka tidak mengasihi saudara mereka seperti mereka mengasihi diri mereka sendiri.” Sudah jadi lumrah manusia suka dihargai, dan bukanlah susah nak menghargai orang-orang yang kita sayang termasuklah kawan-kawan kita. Tak perlu hadiah mahal-mahal atau sambutan mewah-mewah cukup dengan tanya khabar, mesej sekali sekala. Hargailah orang-orang yang ada disekeliling kita sementara ada. Kita tak tahu bila Allah akan ambil mereka daripada kita. Takut-takut nanti bila Allah dah ambil dari kita barulah kita nak cari-cari mereka.

Bila kita buat salah atau bergaduh perkara pertama yang paling baik untuk dilakukan adalah diam, beralah dan biarkan ia lega dahulu. Kemudian lekas-lekaslah minta maaf. Part yang paling susah adalah nak minta maaf. Tapi bukan lah mustahil. Minta lah maaf sekalipun atas kesalahan yang kecil-kecil sekalipun. Letaklah kita sebagai hamba Allah maka benda itu tak lah susah pun. Kadang-kadang kita mungkin terkasar bahasa, tersalah cara dengan minta maaf ni lah kita boleh jaga persahabatan tersebut. Mungkin kita ada buat mereka terasa hati. Apabila ada yang minta maaf jangan lah dilengahkan kemaafan tersebut. Siapalah kita sampai tak mahu memaafkan orang lain sedangkan kita hanya hamba.

Bila kita diberi kepercayaan jaga lah kepercayaan tu sebab bukan senang orang lain nak percaya kepada kita. Nabi ada cakap “Antara ciri munafik adalah bila diberi amanah dia khianat.” Jadi bila orang percaya jagalah ia sebaik mungkin. Sekalipun terpecah amanah tersebut maka mengakulah, minta maaf. Sebab lebih baik daripada menipu atau bagi alasan bukan-bukan. Percayalah kepercayaan itu bukan senang untuk diperolehi namun senang untuk hilang daripada genggaman.

Hargailah semua sebelum mereka pergi meninggalkan kita, mohonlah maaf selagi masih ada masa dan jagalah kepercayaan sebaik mungkin.


****************************************************************

kredit kepada kawan-kawan terutama raihatul wirdah sebab bagi komen yang sgt membina. Zaim najmi yang selalu tolong macam-macam. terima kasih banyak-banyak.


PENDIDIKAN SEKS vs PENDIDIKAN AGAMA

Bila kita tengok dalam majalah, surat khabar boleh cakap setiap hari mesti ada kes buang anak, jumpa bayi terbiar atau jumpa bangkai atau kena tangkap khalwat. Kalaulah ada satu hari dalam surat khabar Malaysia yang tak paparkan kes-kes ni maka bukan surat khabar Malaysia lah namanya. Surat khabar negara lain lah agaknya.

Bila kita fikirkan dalam-dalam kenapa lah agaknya perkara ni boleh jadi. Kenapalah agaknya mak yang penat-penat, susah-susah mengandung lepas tu beranak pula boleh buang anak tepi tong sampah. Kemana lah perasaan kemanusiaan? Bila kita fikir kenapa lah ada kes tangkap khalwat. Yang bestnya yang kena tangkap tu bukan mat-mat rempit ni, kalau mat rempit ni biasalah tapi ustaz yang ajar agama, ustazah yang tudung labuh, bini orang anak dah tiga, laki orang. Pelik kan? Kenapa lah agaknya?

Kalau nak selesaikan masalah kenalah cari akar umbinya. Macam rumpai nak diracun biar sampai keakar kalau atas daun munkin rumpai tak mati, racun yang habis. Dalam zaman maklumat dihujung jari, semua perkara boleh kita dapat dengan hanya klik dihujung jari. Laman web pornografi pun boleh diakses dihujung jari sahaja.

Dalam kerakusan mengejar status negara maju atau membina Modal Insan, kita lupa bahawasanya asas yang paling penting adalah agama. Bila agama dibina sekukuh-kukuhnya maka sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku. Pendidikan agama yang dipinggir oleh SISTEM PENDIDIKAN sendiri, serta masyarakat akhirnya membuahkanlah masalah sedemikian rupa.

Pendidikan seks yang digembar gemburkan oleh barisan pemimpin negara, sebenarnya bukanlah menyelamatkan anak-anak kita namun menjerumuskan lagi kepada masalah tersebut. Mengukuhkan Pendidikan Agama dan moral merupakan jalan paling baik dan afdal dilakukan. Pendidikan seks ini ibarat racun yang disediakan bagi memudahkan lagi anak-anak kita membunuh diri dan jiwa mereka.

Hari ini kita melihat pelbagai laman web yang disekat atas rasional mempunyai kandunga berbaur hasutan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia namun mengapakah mereka tidak mampu menyekat laman web lucah yang sejelas-jelasnya mempunyai kandungan berbaur hasutan agar melakukan zina? Kalau anak-anak itu seperti kain putih yang bersih , maka tindakan kerajaan ini boleh di ibaratkan macam tangan kanan mencanting corak, tangan kanan mencalit tahi. Dalam membina modal insan seiring sejalan juga dengan membina legasi anak haram, perogol dan pencuri. Maka jumpalah kita puncanya.

Bersyukurlah Kerana Anda Sakit



Bila kita jumpa orang sakit selalunya, kebiasaannya, normalnya akan mengeluh, menyalahkan takdir, dah tak nak hidup, putus asa. Jarang yang kita dengar bersyukur dengan sakit yang ditimpa. Jarang yang akan ucap Alhamdulillah bila kena sakit. Sedangkan sakit itu tanda Allah sayang kepada kita. Kalau Allah tak sayang, Allah tak bagi sakit. Tengok macam firaun, seumur hidup dia tak pernah ditimpa sakit. Itu sebabnya dia jadi bongkak, sombong, takbur. Sampai dia boleh cakap “Ana rabbukumul a’ala”, bermaksud aku tuham kamu yang maha tinggi. Ini semuanya sebab dia tak pernah kena sakit. Allah tak sayang kepada Firaun

Dalam setiap kesakitan itu ada rahmat yang Allah turunkan. Bukan semata-mata sakit sahaja. Allah tu kan Maha Pengasihani, bila Allah bagi sakit dan bila kita sakit kita sabar maka Allah pun akan ampunkanlah dosa-dosa kecil kita. Bayangkan dosa kita yang bertimbun-timbun tu lebur macam tu saja. Allah bagi ampunkan free macam tu saja.

Kalau Allah bagi sakit sekalipun bukanlah Allah bagi sakit yang kita tak boleh tahan. Kan Allah dah sebut dalam Al-quran “tidaklah Allah seseorang itu melainkan atas kemampuannya sendiri.” Jadi kalau Allah bagi sakit teruk-teruk sekali pun macam HIV ke, AIDS ke maksudnya orang yang Allah taala bagi tu mampu menanggung kesakitan tu. Padanlah juga dengan dosa yang Allah nak ampunkan kan? Allah kan Maha Adil.

Sakit ni sebenarnya paling senang nak cakap adalah warning, amaran, peringatan kepada kita tentang mati. Zikrulmaut. Allah nak bagitahu kita bahawa kita ini akan mati. Mati itu sakit. Jadi kenalah banyak bertaubat. Kan Allah suka orang yang sentiasa bertaubat. Jadi bila kita kena sakit cakaplah Alhamdulillah sebab bukan senang nak jadi orang yang Allah sayang.

Anggota badan yang PALING BAIK bila GEMOK



Bila kita makan contohnya makan nasi ayam ke, KFC ke, chicken chop ke, gulai kari ke, kita bagi seluruh badan kita makanan tu. Semua akan dapat khasiat dari makanan tu. Kepala, tangan kaki, jari, tulang semua akan dapat. Tapi dalam semua bahagian ada satu bahagian dalam badan kita yang tak akan dapat khasiat makanan tu. Dari dulu, kini dan selamanya. Yakni ROH.

Pertama sekali nak diingatkan ROH itu adalah rahsia Allah. Macam Allah dah bagitau dalam Alquran dalam Surah Al-Isra’ ayat 85

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang roh. Katakanlah kepada mereka “ROH itu adalah urusan Tuhanku dan kamu diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”

Dalam banyak-banyak bahagian badan, ROH adalah bahagian paling bagus bila ia gemuk. Kalau perut gemuk nanti nampak huduh, kalau kaki gemuk nampak macam gajah tapi pula kalau ROH yang gemuk manusia tu akan jadi manusia paling cantik sekali.

Macam nak bagi jasad kita gemuk, ROH pun kena dibagi makan. Makanan ROH ni macam solat, puasa, zikir, baca Al quran, dam macam-macam ibadah lagi. Bila ROH kita gemuk, maka kita akan lebih dekat dengan Allah, akan lebih senang menerima nasihat, lebih mudah nak ikut perkara dan program agama macam tazkirah dan majlis ilmu.

Bila ROH manusia gemuk, daya tahan ROH ni kuat. Macam orang gemuk juga, sudah pasti bila lawan orang lain mereka akan menang. Macam perlawanan Sumo di Jepun siapa lebih gemuk sudah pasti potensi untuk menang lebih tinggi. Bila ROH ada ketahanan yang tinggi, maka sudah pasti kita akan lebih susah di masuki perkara-perkara yang tidak baik. Jadi takkan lah pula nak buat maksiat kan?

Seperti hadis Rasulullah dalam sabda baginda diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu atau harta kamu, namun Dia melihat kepada amalan-amalan kamu dan hati-hati kamu.”

Jadi bila ROH kita sihat secara OTOMETIKNYA hati kita akan sihat. Bila hati kita sihat, jiwa kita akan sihat. Bila jiwa kita sihat, kita akan lebih dekat dengan Allah, bila kita dekat dengan Allah lagi senang nak dapat rahmat dari Allah, bila kita senang nak dapat rahmat dari Allah, maka insyaAllah senang la kita nak masuk syura. AMIN!!!~ huuuu~

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget