Filem: Keburukan melalui Teladan




Hari ni kita lihat macam-macam filem yang diterbitkan. Filem genre cinta, gaduh, komedi dan macam-macamlah. Namun yang paling penting sekali adakah filem yang hari ni dihasilkan sebenarnya mendidik atau menjahanamkan lagi pemikiran masyarakat yang sudah kebanyakannya sedia rosak.

Ambil filem paling mudah, BOHSIA karya Shamsul Datuk Yusof. Berapa ramai hari ni yang apabila tengok filem tersebut TAUBAT dan tak mahu buat lagi atau tiba-tiba muncul satu perasaan yang membuak-buak nak cuba apa yang ditayangkan? Mungkin ada yang kata “Sampai satu masa, manusia tak boleh belajar daripada perkara-perkara positif saja tapi perkara-perkara maujud sungguhpun negative.” Tapi masalahnya hari ni ramai lagi yang nak tiru perkara-perkara maujud tu daripada nak ambil iktibar. Bukan semua yang tengok tu akan kata ,”Oh ni realiti rupanya. Ini yang berlaku dalam masyarakat. Kita tak boleh buat macam ni.”

Bila kita buat filem macam Rempit, Bohsia, Impak Maksima dan macam-macam lagi filem yang tayangkan tentang rosaknya masyarakat sebanarnya kita menggadai pelbagai nilai. Hanya untuk menghiburkan masyarakat kononnya. Kita selalu dengar pelakon cakap,”Kami hanya berlakon, itu hanya lakonan semata-mata.” Masalahnya buka baju dalam tu betul, pegang-pegang betul, raba-raba betul, tindih-tindih betul. Jadi disitu saja kita dah gadaikan macam-macam nilai murni. Macam mana kita nak didik manusia sedangkan cara kita salah. Ingat satu pesan nabi “NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA”

Sudah sampai masanya mufti-mufti, ulama-ulama, pak ustaz-pak ustaz buat kerja mereka. Tegur dengan berhikmah. Bukan hanya duduk makan gaji buta. Makan duit haram. Sedangkan perkara-perkara macam ni terus berlaku dibawah kekuasaan mereka. Jangan hanya tahu nak cerita hukum-hakam, atau baca kitab kuning semata-mata.

Pujian seharusnya diberikan kepada pengarah dan penerbit filem yang berani membawa cerita yang menerapkan nilai-nilai murni tanpa MENCABUL DAN MEMPERKOSA nilai-nilai itu sendiri. Kalau hari ni ramaja kita rosak, maka antara orang yang boleh dan seharusnya dipersalahkan maka pembikin filem adalah salah satu daripadanya.


Pabila Ulama’ Besar pergi disko...




Cerita ni saya nak petik daripada cerita seorang naqib disekolah dulu. Dia alim orangnya. Pendekkan cerita, begini mulanya…

Cerita ni berlaku di Mesir. Lebih kurang dalam tahun 1940an. Waktu tu Mesir berada dalam proses peralihan kuasa daripada sistem monarki kepada sistem pemerintahan republic. Cerita ni bermula apabila ulama besar ni tidak semena-mena masuk kedalam disko. Jangan ingat Mesir tak ada disko! Mereka punya disko lagi hebat daripada kita. Waktu tahun tu disko atau kelab kelab malam ni memang biasalah jadi kunjungan orang Mesir, tambah lagi yang kaya-kaya. Kemudian dia berjumpa dengan tauke besar disko tu. Dia pun minta izin untuk naik kepentas.

Bila dia naik, dia pun cakap “Wahai saudara-saudara sekalian! Ketahuilah, bahawa sesungguhnya anda semua ini Ahli Syurga dan yang duduk di masjid-masjid tu Ahli Neraka.” Terkejutlah semua yang ada dalam disko tu. Mahunya tak terkejut? Kalau tiba-tiba ada orang cakap macam tu. Boleh terlopong juga lah. Kemudia dia menyambung, “ Aku akan datang kembali dalam masa satu minggu disini pada waktu yang sama untuk memberitahu kalian kenapakan kamu semua adalah Ahli Syurga.”

Bila cukup seminggu, ulama besar ni pun datanglah semula ke disko tu. Dia pun naik pentas. Bagi yang tunggu boleh bayanglah macam mana berdebar jantung menunggu. Yalah, dah jadi geng disko pun ulama tu boleh cakap bahawa mereka ni Ahli Syurga walhal. Ulama tu pun cakap,”Kamu semua adalah ahli syurga sekiranya kamu BERTAUBAT. Taubatlah sebenar-benar taubat dan Allah suka pada orang yang bertaubat. Namun mereka yang duduk dalam masjid itu Ahli neraka kerana, sedang mereka sibuk berkata-kata tentang akhirat, mati, masjid mereka langsung tak peduli tentang saudara mereka yang hanyut. Mereka tidak berdakwah pada saudara mereka yang lalai. Mereka malah memandang membiarkan tugas berdakwah begitu sahaja, sedangkan tugas dakwah itu adalah wajib tambahan lagi pada mereka yang tahu perihal agama.”

Maka tergamamlah seisi disko. Dahsyat ayat ulama ni. Daripada peristiwa tersebut disko tersebut akhirnya rugi dan terpaksa ditutup sebab ramai yang kembali kepangkal jalan.

Jadi kesimpulannya, kalau anda ni orang surau tak bermakna anda kena duduk atas sejadah iktikaf siang malam. Sentimen SESETENGAH orang masjid dan surau ni sebenarnya menjauhkan lagi masyarakat dengan institusi masjid dan surau ni. Seharusnya bila anda jadi ahli masjid ni, kenalah bijak memvariasikan metode dakwah anda bersesuaian dengan kumpulan sasar, masa dan tempat ini tidak lepas sembahyang lepak kedai mamak ke, kedai kopi mana-mana ke bercerita pasal orang lain. Jadi dah pastilah ada unsur mengumpat dan mengutuk. Ada sesetengah golongan masjid (bukan semua) ni yang bila kalau budak-budak rempit ke, kutu rayau ke, atau yang tak pernah nampak pergi masjid datang ke masjid tiba-tiba datang masjid (dapat hidayah kot) mereka suka buat muka, pandang pelik, cakap belakang. Apa salahnya kalau pergi tegur kemudian bagi galakkan. Macamlah hak untuk memberikan taubat tu mereka ni yang pegang. Meluat tengok.

Sebagai manusia sudah pasti kita akan selalu buat salah dan cara paling baik nak hapuskan salah silap semua tu adalah TAUBAT. Dah TAU BUAT kenalah TAUBAT! Taubatlah sepenuh hati sebab Allah ni suka orang yang taubat. Taubat hari-hari. Istighfar banyak-banyak. Sebab kita tak tahu bila kita nak mati. Kan?

**************************************************************************

Ulama yang dimaksudkan adalah As Syahid Imam Hassan Al Banna Rahmatullaihi Alaih. Beliau merupakan pemimpin gerakan Islah di Mesir dan juga pemimpin gerakan Al Ikwan yang pada ketika itu menyeru kepada semua umat Islam supaya kembali ke pangkal jalan. Beliau telah dibunuh dengan kejam oleh pemimpin Mesir (laknatullah) ketika itu kononnya Imam Hassan Al Banna merupakan ancaman kepada negara. Beliau telah ditembak sebanyak tujuh kali dan jenazah beliau tidak dibenarkan untuk dikunjungi oleh sesiapa pun oleh pihak berkuasa.


Special Request: Adakah couple dalam Islam?



Dah jadi lumrah manusia untuk berpasangan. Dan memang Allah ciptakan setiap benda termasuk manusia secara berpasang-pasangan. Dalam menyempurnakan lumrah ni maka dengan kebijaksanaan Allah, wujudlah satu ikatan yakni PERKAHWINAN. Kalau kita baca balik semula buku teks Pendidikan Islam tingkatan 5 perkahwinan adalah hubungan antara lelaki dan perempuan melalui akad dan syarat tertentu yang menghalalkan persetubuhan.

Tapi sekarang ni wujudlah satu istilah COUPLE yang macam merujuk satu fasa hubungan Pra Perkahwinan. Kalau difikir-fikirkan, diteliti couple ni sama kah macam kahwin? Macam tunangkah? Gejala couple ni pun memang dah merebak dah. Boleh kata ramailah yang bercouple ni.

Pertama sekali saya nak ingatkan, saya tak kata salah atau betul perkara ni. Cuma saya senaraikan sedikit pandangan pak ustaz-pak ustaz, ayat-ayat quran dan adalah sikit-sikit saya punya. Jadi terpulanglah kepada orang yang baca macam mana nak intrepetasi. Kalau salah saya mohon maaf, kalau betul terimalah dengan hati,dada,mata semua sekali terbuka. Senang.

Ok. Allah dah berfirman dalam quran Surah Al Israa ayat 32 yang bermaksud

“Janganlah kamu mendekati zina, kerana zina itu itu perkara (perbuatan) yang keji.”

Bila Allah bagi ayat ni, Allah tak cakap “janganlah buat zina” tapi Allah cakap jangan DEKATI ZINA. Dekati zina ni macam-macam, contohnya berdua-duaan yang bukan muhrim, tengok blue filem (porno) atau pegang-pegang yang bukan muhrim. Jadi sedangkan dekat pun Allah dah tak bagi, apatah lagi zina. Persoalannya adakah couple ni mengundang kepada zina?

Ada yang jumpa saya cakap macam ni “Damak, (nama di gelaran di sekolah dulu) ada ke couple dalam Islam ni?” Budak-budak ni tanya saya bukanlah sebab saya alim pun sebab saja sembang-sembang. Jadi ini saya punya reply, “Dalam Islam tak ada percintaan sebelum pernikahan. Kalau diikut zaman dulu ta’aruf terus kahwin. Tapi agama ni bukan nak susahkan manusia. Jadi ada hubungan dalam Islam sebelum kahwin yakni tunang. Kalau betul kau suka budak tu kenapa kau tak tunang saja dengan dia? Dan ingat tunang ni adalah satu perjanjian, maka siapa yang ingkar perjanjian tu berdosa.” Budak ni pun kata pula “Aku kan belajar lagi, mana ada duit nak pinang anak dara orang nak buat tunang.” Saya pun cakap “Kalau dah tau tak ada duit, hold on lah dulu nafsu membara di hati tu. Kalau nak juga apa salahnya, tunang bukan pakai duit pun. Tak wajib pun lagi kau tanggung dia. Untunglah kalau mak bapa dia nak terima. Senangnya tahan saja dulu.”

Dalam bercouple ni cuba renung-renung balik ada tak untung bercouple ni? Kalau ada baguslah. Kalau tak ada tinggalkanlah. Kalau tak sure ni macam syubhah ni eloklah ditinggalkan. Ramai yang bercouple PADA HARI INI terjebak dengan zina akhirnya, terlanjur. Tu lah sebabnya anak luar nikah ni berlambak-lambak sampai Kerajaan negeri Melaka dengan bengongnya (maaf sebut) nak buat sekolah untuk budak-budak macam ni. Seolah-olah menggalakkan kan lagi persundalan dalam masyarakat. Berbalik cerita asal. Jadi kalau iman anda tebal macam buku rujukan Biologi bolehlah couple (saya tak suruh), tapi kalau nipis saja, lebih nipis lagi dari kulit bawang jadi tak payahlah, sebab godaan couple ni lagi besar menjurus ketelanjuran tu.

Ada pula cakap kepada saya “Damak, aku sayang dia tu. Aku takut nanti terlepas kat orang lain.” Jadi kepada mereka-mereka yang dah simpan minat, tapi takut nak couple atas risiko diatas maka ini nasihat saya “Relaks lah. Kalau Allah dah reservekan untuk kau tak kemana pun perginya.” Ada pula cakap “Aku dengan dia jauh, takkan berzinalah punya pun kalau couple.” INGAT!!! Zina ni bukan sekadar sexual intercourse saja. Zina ni ada zina mata, tangan, kaki, mulut, mata, ada tujuh semua sekali kalau tak silap. Jadi awas. Jangan yakin sangat.

Pesan akhir saya, orang bijak berfikir guna akal berlandaskan wahyu Allah, orang tak berapa bijak ni dia fikir kemudian salah, bila dia jumpa ayat-ayat Allah dia terima dengan redha. Tapi orang yang tak bijak langsung ni atau senang panggil bodoh ni dia fikir guna nafsu dan berlandaskan nasihat syaitan semata-mata. Betul tak? fikirlah sendiri!!~

Terima kasih banyak-banyak kepada Asraf Ahmad yang tanya soalan ni.

Jimatkah atau Bakhilkah Anda?



Saya tertarik sangat nak buat post ni sebab semalam saya bersembang dengan kawan lama. Lama sangat tak jumpa. Tiba-tiba tersentuhlah perihal kedekut dan jimat. Apa-apa pun terima kasihlah kepada kawan saya ni (tak boleh sebut nama) sebab bagi idea ni.

Bila kita sebut perihal jimat dengan kedekut mesti kita tertukar. Jimat ni contohnya bila kita ada duit banyak dan kita hanya beli KEPERLUAN, tak membazir, bayar bil-bil semua dan simpan bakinya. Tapi kedekut pula, dia ada duit. Memang boleh beli barang keperluan untuk diri sendiri tapi dia simpan duit tu dan mengharaplah belas kasihan orang lain sedangkan duit dia berkepuk-kepuk disimpan. Dan akhirnya menyusahkan diri sendiri dan orang lain terutamanya.

Antara perkara yang hari-hari nabi doa dalam Al Mathurat adalah diminta jauh daripada perangai kedekut ni, sebab kedekut ni memang huduh punya perangai. Bak kata Ustaz Kazim (boleh tengok dalam Youtube) kalau lelaki kedekut lagilah huduh. Kawan saya pula cakap “Kalau sampai makan pun berkira memang kalahlah Haji Bakhil.” Saya tanya kawan saya macam mana kita nak kenal orang kedekut ni, jadi dia balas “Dalam bank duit berlambak-lambak, tapi pemadam 50 sen pun tak boleh nak beli.”

Berjimat tu memang sangat baik, amalan nabi. Nabi sangat berjimat cermat. Tak pernah nabi membazir tapi nabi tak pernah kedekut. Kalau orang datang rumah Nabi tak pernah lah tak jamah apa-apa. Kalau ada kurma sebiji itulah yang dijamukan kepada tetamu.

Ni ada berberapa tips mengenal perangai kedekut oleh saya dan kawan saya:

  • Bila makan, ambil banyak berlambak-lambak tapi nak murah kalau boleh tak payah bayar
  • Kalau orang berhutang dengan dia berkira sesunguh sungguhnya berkira 20 sen pun tuntut
  • Kalau dia berhutang pula nak bayar liat, tapi orang macam ni jarang berhutang
  • Harta dia simpan tapi harta orang lain kikis sikit-sikit
  • Selalu meminta dan jarang memberi
  • Makan free, free gift sangatlah dititikberatkan. Letak dalam planner.
  • Kalau ada jamuan, perkataan yang akan keluar adalah “boleh bungkus bawa balik?”
  • Bila datang orang sedekah jaranglah nak hulur. Adalah ayat dan alasan dia
  • Sangguplah pakai barang bundle (tak hina bundle sebab saya pun ada juga baju bundle) sedangkan ada duit nak beli yang baru.
  • Pinjam meminjam amalam biasa

Ada yang terkena pada anda? Kalau lebih daripada 5 ciri maka sahlah anda memang kedekut. Kalau Lebih daripada 7 ciri anda memang kedekut betul. Kalau semua sekali maka anda adalah Haji Bakhil yang seterusnya. Maka anda perlulah bertaubat. Tinggalkanlah perkara dan perangai tersebut. Memang susah mula-mula tapi untuk kebaikan bersama.

Bila kita jumpa orang macam ni, maka mula-mula sabar. Tegurlah dengan berhikmah. Kalau kedekutnya tu jenis kedekut tegar, macam penagih dadah tegar juga maka biarlah dengan perangai dia. Pandai-pandailah anda selesaikannya sebab saya pun tak berapa tau nak selesaikannya.

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message