Pesan Lukman Al Hakim I

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Cerita Manusia dan Syaitan

Ada seorang manusia yang bertemu dengan Syaitan diwaktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka Syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam........Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka Syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka Syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab Syaitan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata Syaitan sambil pergi.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

(Surah Al-Ahzab:71)

Syair Adikku Sayang

Ayuhai adikku permata hati,
Kandamu ingin berpesan peri;
Buatlah pakai pelindung diri,
Moga kau jadi insan harmoni.

Allahu Rabbi mesti ditaat,
Segala suruhan mesti ditaat;
Nabi Muhammad selalulah ingat,
Hidupmu baru dilingkung berkat.

Ayah bonda derhakalah jangan,
Pesan mereka gunanya berzaman;
Kasih mereka tiada sempadan,
Luas laksana tujuh lautan.

Sahabat ibarat cerminan diri,
Kalau memilih biar berhati;
Kalau berkawan si tukang wangi,
Untunglah kita tercalit kasturi.

Baginda Nabi ada menyebut,
Kita bicara mestilah lembut;
Janganlah orang khilafnya disebut,
Orang sayang hati bertaut.

Wali bukan pendeta pun bukan,
Kandamu ini serebeh insan;
Pahit dan manis rencah kutelan,
Itulah bekal kuperbuat pesan

Adikku intan pengarang jiwa,
Kasihku ini tiadalah masa;
Marahku pula sayanglah juga,
Usahlah dikau bermuram durja.

Nikmat tuhan mestilah syukur,
Barulah hati tumbuh nan subur;
Membuah zuhud meluruh takbur,
Hidupmu tenang hati pun makmur.

Kandamu ini sudahlah tua,
Hayatku sudah tidaklah lama;
Sampai detik kejamlah mata,
Tinggal dikau berabang tiada.

dedikasi khas....

Corat Coret I

Syukur kepada Allah dapat juga saya menyambung pelajaran saya. Memang susah sekarang nak sambung belajar. Tambah lagi kalau orang perempuan. Persaingan hari ini semuanya memerlukan ilmu sebagai asas untuk menuju kejayaan. Cuma ilmu apa yang kita pilih perlulah bersesuaian dengan cita-cita kita. Saya ingin memetik kata-kata orang-orang pandai “Sesungguhnya ilmu itu menjagamu sedang kamu mesti menjaga harta. Ilmu itu senantiasa bertambah apabila kamu sampaikan kepda orang lain manakala harta pula akan susut pabila kamu berikan kepada orang”. Jadi simpulnya disini ialah cari ilmu dapatlah harta. Cari harta dapat penat sahaja.

Syukur juga saya dapat belajar dengan adik saya. Lama sudah tak jumpa rindu benar. Dapat tempatnya sama. Cuma kolej kediaman kami jauh. Tak apalah. Sekurang-kurangnya terubat jugalah rindu dihati. Saya sayang benar dengan dia. Almaklumlah saya tiada adik lelaki. Jadi dialah adik saya. Bagi saya dialah racun dialah penawar. Tapi susah hati juga saya dengan dia ni. Degilnya susah nak dibendung. Nak buat macam mana baik buruk adik saya juga. Pendek kata biarlah saya yang susah jangan dia.

Saya juga hendak berterima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah menabur jasa mendidik anak bangsa bersempena hari guru. Sekalung budi yang tidak terhingga kepada guru-guru yang mendidik saya. Dari tadika sampailah sekolah menengah. Budi tuan-tuan dan puan-puan hanya tuhan sajalah yang mampu membalasnya. Tanpa cikgu-cikgu yang mendidik saya, tentu saya belum berada ditempat saya berada sekarang.

Sekalung budi juga kepada teman-teman yang menyokong saya. Juga yang menjadi pengkritik tetap saya yang seperti mereka tidak pernah melakukan salah. Tanpa kalian juga mesti saya tidak menjadi insan seperti sekarang. Juga kepada semua yang mengikuti blog saya ini. Sedaya upaya saya akan menjadikan blog ini sebagai salah satu sumber ilmiah. Saya harap kelambatan dalam isu yang dikemukakan dapatlah dimaaf kerana sukar mencari masa senggang sekarang. Kepada yang mahu menyalurkan komen atau kritikan tentang hasil tulisan saya atau apa-apa sahaja amat saya alu-alukan.

“Hargailah apa sahaja yang kita ada kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangannya atau bila kita akan dijemput tuhan bertemunya. Jadikanlah setiap hari adalah hari yang terakhir maka kita akan menghargai apa yang kita ada”

Sekalung Budi


Mak & Abah

Muhamad Fauzy Khairy Khairuddin (Adik)

Kaum Keluarga

Muhammad Nor Hafizi Saiful Bahrin

Raihatul Wirdah Dalaiil

Muhd Taufiq Mohd Desa

Amir Fazwan Osman

Fatinah Ahmad Zulfa

Nor Nabila Zubir

Nur Shahirah Mohd Salleh

Warga BPC 2008

Warga Pendidik

En Mohd Jamatollail Mohd Ramli

Pn Hjh Faizah Othman

Pn Ranti Sakiman

Cik Norhashimah Muhd Yusof

SK Methodist Tg Malim

SK Slim River

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

Kolej Matrikulasi Perak

En Saipol Baharin Ramli

Muhd Nor Yassin Muhd Yusof

Seluruh Warga ASTI KPPk 2009

Warga SEMESTI 2004-2008

Seluruh kaum keluarga,kerja dan kawan-kawan yang banyak membantu saya

“Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga;

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.”

Selesema Babi: Peringatan daripada Tuhan

Baru-baru ini seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak Influenza A (H1N1) yang kini dianggap oleh saintis lebih berbahaya daripada wabak selesema burung yang juga pernah melanda dunia dahulu. Influenza A (H1N1) atau selesema babi ini merupakan gabungan tiga jenis virus selesema: selesema manusia, selesema burung dan selesema babi.

Virus-virus ini telah bergabung di dalam babi yang kemudiannya menjadi virus yang sungguh mengancam manusia. Agaknya pada hemat saya, babi juga tidak sedar bahawa ia boleh menjadi perumah yang begitu kondusif untuk tiga jenis virus selesema ini untuk bergabung. Wabak ini diberitakan bermula di Mexico kemudian bergerak ke seantero dunia.

Persoalan terbesar yang bermain di kepala saya adalah mengapa virus-virus ini bisa bercantum dan menjadi ancaman kepada manusia dan tidak kepada babi sendiri? Sudah pastinya ini semua percaturan Tuhan Alam Semesta kerana tidak ada yang wujud di dalam dunia ini tercipta dengan sendirinya.

Mari sama-sama kita muhasabah diri sedalam-dalamnya. Semakin hari kita semakin jauh dengan tuhan tetapi semakin dekat dengan taghut. Hiburan yang ditabur melalui media cetak dan elektronik menjadi santapan nurani yang menggantikan quota yang harus diisi oleh ibadah-ibadah wajib dan sunat yang seharusnya menjadi wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Kita sudah jauh daripada Allah dalam jarak yang infiniti. Sedangkan Allah itu lebih dekat daripada urat tengkuk dengan kita. Oleh hal yang demikian, Dia mengambil satu “pendekatan” sebagai peringatan juga amaran kepada golongan-golongan yang alpa. Sudah menjadi lumrah dan tabiat manusia akan mendekatkan diri kepada tuhan apabila dilanda musibah.

Namun manusia lalai dan terus lalai. Malah mencari rujukan lain selain daripada Allah. Peringatan yang disamarkan dengan wabak penyakit dianggap sebagai satu natijah akibat perubahan keadaan dunia semasa. Amaran ini sewajarnya diselarikan dengan Al Quran yang jelas merakam tentang kaum-kaum terdahulu yang melampai batas yang Allah hapuskan kemudian digantikan dengan kaum yang lebih baik.

Sarang tebuan jangan dijolok. Sungguhpun Allah itu Maha Sabar namun tidak seharusnya kita mengujinya dengan mengingkari Nya kerana Allah juga Maha Pemusnah. Mungkin selepas ini wabak lain akan muncul, siapa tahu. Berganda lagi dahsyat dan berbahaya. Dunia juga sedang meniti usia senja. Kiamat bakal muncul tanpa diduga. Kita perlu persiapkan diri dengan pelbagai bekalan. Amaran Allah perlulah diambil sebagai motivasi untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Kerana Izrail juga tidak datang kepada kita dengan membunyikan loceng.

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message