Ulama Vs Pemerintah

Pada era pemerintahan Mustsafa Kamal Attaturk di Turki, seluruh dunia Islam meyaksikan “penyembelihan” ulama beramai-ramai. Kerana pada waktu itu ulama-ulama di Turki dengan lantang menentang dan mengecam pelbagai tindakan Kamal Attaturk yang pada ketika itu banyak menyeleweng daripada landasan Islam. Dimata orientalis barat, Mustafa Kamal Attaturk adalah bapa revolusi Tukri yang “mengeropahkan” Turki ke pada kemodenan. Namun dimata Allah Kamal Attaturk tak lebih daripada golongan-golongan yang kufur yang Allah hukum di dunia lagi apabila mayatnya dipertontonkan kepada umum di muzium.

Beralih kepada Saddam Hussien di Iraq. Saddam Hussien juga tak kurang dalam menunjukkan sifat anti-Ulamanya. Berani saya kata Beliau bunuh kebanyakan ulama yang ada di Iraq hanya untuk memastikan agenda politiknya dalam keadaan aman. Dalam pemerintahan kuku besi Saddam Hussien, ulama hanya menjadi mangsa kerakusan Saddam. Akhirnya Saddam tersungkur di pintu neraka yang diwujudkan sendiri. Saddam dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Dunia apabila didapati bersalah dalam melakukan pembunuhan beramai-ramai dan beberapa tuduhan lain.

kemudian cerita tentang Gamel Abdel Naser. Gamal merupakan Presiden Mesir yang ketika itu cuba menguasai mempengaruhi seluruh rakyat Tanah Arab dengan tidakan-tidakannya yang dilihat memperjuangkan hak orang-orang Islam. Namun semua perkara yang dilalukan tidak ikhlas kepada Allah Taala. Gamel Abdel Naseer telah dipercayaai mendalangi kematian ulama Islah tersohor ketika itu, As Syahid Hassan Al Banna. Gamel juga telah mengeluarkan perintah agar jenazah ulama islah tersebut tidak boleh dilawat, diuruskan, atau diusung.Sebagai balasan, akhirnya Gamel mati diserang sakit jantung.

Hari ini Malaysia telah melangkah satu langkah kehadapan apabila satu demi satu ulama ditidakkan kredibiliti mereka. Media dengan sepenuh usaha dan daya menggambarkan ulama ini sebagai penghalang kemajuan. Media sedia membongkar hal peribadi, rumah tangga ulama agar dimata masyarakat ulama mempunyai citra yang cukup kotor. Baru-baru ini Dr Muhd Asri Zainal Abidin telah ditangkap kerana disyaki mengadakan ceramah agama Tanpa tauliah. Kejadian ini cukup-cukup pelik tapi benar. Beliau merupakan bekas mufti Perlis yang diakui kelulusan Beliau oleh kerajaan negeri perlis. Namun, pada hari ini apabila beliau mengadakan ceramah tanpa “tauliah” maka beliau halal ditangkap. Pelik. tapi itulah yang berlaku secara realitinya.

Sekiranya perkara ini terus berlaku, ulama terus dikecam dan dihalang tugas mereka kita akan lihat Malaysia akan menjejak kesan negara Iraq. mahukah kita?

Cinta atau Seks??

“Maka Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kami secara main-main sahaja? Dan tidak dikembalikan kepada kami?"

Al-Mukminun : Ayat 115

Adakah cinta anda sejati???


“Dan janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”

Al Isra’ : Ayat 32

Fakta

  • Setiap tahun 3 juta remaja di Amerika Syarikat iaitu 1 daripada 4 remaja yang aktif seksual mendapat penyakit kelamin (STD)
  • Klamidia (penyakit kelamin) lebih kerap berlaku kepada remaja daripada orang dewasa lelaki dan perempuan
  • Kebanyakan remaja perempuan memberikan seks kerana mahukan cinta
  • Kebanyakan remja lelaki memberikan cinta untuk mendapatkan seks
  • Bila berlaku kehamilan sang lelaki tiba-tiba lari kerana takut akan tanggungjawab

Perbezaan antara Seks dan Cinta


Cinta

  • Emosi dan perasaan
  • Tiada definisi tepat tentang cinta untuk setiap manusia
  • cinta melibatkan perasaan romantic atau tarikan terhadap sesuatu atau seseorang

Seks

  • peristiwa dan Tindakan fizikal
  • terdapat pelbagai jenis perlakuan seks namun mempunyai perkara yang serupa
  • boleh berlaku samada dengan berlainan jenis atau sama jenis

Tribut Khas: Sekadar Renungan

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu anggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik.

Tribut Khas: Lelaki Dambaan Wanita

Lelaki yang berharga
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa
Tidak mudah mengalirkan air mata (bukan tidak boleh menangis). Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya

Tribut Khas: KENAPA AKU DIUJI!!!

KENAPA AKU DIUJI? Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."-

Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. -

Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286RASA FRUST?Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.-

Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah

Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....-

Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. -

Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! ......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.-

Surah Yusuf ayat 12

Tribut Khas: Doa Buat Kekasih

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandangan ku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkan lah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buatku...
Kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh...

Tribut Khas: Kerana ALLAH Kutinggalkan Cinta

Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan hati

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa
kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female nexcept for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.Not a single phrase, nor a word.My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o­ne, you can never build it o­n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o­n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya.

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Masjid ke rumah agam??

Dulu nabi pernah cakap bahawa akhir zaman nanti manusia suka bermegah-megah dengan masjid tapi tak pun nak makmurkan masjid. Sekarang dah jadi dah pun. Dr Asri Zainal Abidin bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis pernah cakap dalam program televisyennya iaitu “Bahtera Perubahan” bahawa kita tidak meruntuhkan masjid tetapi kita meruntuhkan FUNGSI masjid. Kalau tak percaya bacalah cerita saya ini sampai habis. Saja saya guna bahasa mudah agar semua orang faham, baik yang muda kah, tua kah, orang PAS kah, orang UMNO kah, biar semua paham. Karang saya tulis bahasa buku haram apa tak dapat. Kan rugi.

Pertama sekali saya nak cerita tentang organisasinya. Kepalanya selalunya D.O (District Officer) atau timbalan D.O. Lepas itu, ahli-ahli jawatankuasanya daripada orang kuat JKK kampung atau orang kuat parti-parti tertentu. Kadang-kadang saya nak ketawa bila tengok carta oraganisasi. Orangnya kadang-kadang datang masjid pun entah bila. Orang macam ini bukan ahli sunnah wal jamaah tapi “Ahli Sunat wal Jumaat”. Sampai kemasjid bila hari jumaat dengat nak solat sunat hari raya sahaja. Ada juga AJKnya waktu solat sahaja ada, bila time kuliah sahaja lari. Balik rumah, pergi kedai kopi. Macamlah pandai sangat. Apalah salah duduk kejap. Meluat juga saya tengok.

Saya nak cerita tentang As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Kenal kah? Kalau tak kenal pergi cari Al Ma’thurat. Dialah pengarangnya. Bukan itu sahaja, dia adalah pemimpin gerakan Islam di Mesir. Pejuang Islam. Pernah suatu malam dia pergi ke sebuah kelab malam. Lalu dia dengan izin tuan punya kelab malam dia pun naik ke pentas. Dia berkata kepada hadirin “Wahai tuan-tuan dan puan-puan sesungguhnya anda sekalian adalah ahli syurga dan orang-orang masjid itu ahli neraka. Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu kenapa maka datanglah 3 hari lagi disini maka saya akan terangkan kenapa.” Seperti yang dijanjikan maka 3 hari kemudian Imam Hassan Al-Banna datang lagi ke kelab malam tersebut. Dia naik ke atas pentas lalu berkata “Wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian! Sesungguhnya anda semua adalah ahli syurga jika anda semua tinggalkan perkara yang sia-sia dan bertaubat kepada Allah. Namun orang-orang masjid itu pula ahli neraka kerana mereka hanya duduk di atas tikar sejadah tapi tidak pula mengajak anda semua kejalan Allah.” Inilah realitinya. Pak imam, pak bilal, tok siak kita hanya tahu meratib tapi terlupa satu kewajipan yang wajib iaitu dakwah. Dakwah.

Zaman nabi dahulu masjid jadi pusat dakwah, pusat seni, pusat pentadbiran, pusat merancang strategi perperangan dan lain-lain. Tapi hari ini masjid hanya adakan ceramah, ceramah, ceramah. Macam dah tiada aktiviti lain. Seharusnya pihak masjid buat aktiviti macam mana nak tarik masyarakat kepada masjid, khususnya anak-anak muda. sebab anak-anak muda inilah yang akan menjadi pemimpin masa depan. Bukan tok-tok imam atau tok-tok bilal ni sebab mereka sudah tua. Dalam erti kata lain dah tak lama. Apa salahnya kalau pihak masjid adakan liga futsal kah, pertandingan tilawah kah, jualan amal kah, konsert amal kah. Kalau buat konsert tu panggillah penyanyi nasyid, nak panggil Amy search pun apa salahnya, tapi suruhlah nyanyi lagu ketuhanan. Batas-batas pergaulan dijaga. Asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan. Barulah betul. Sambil berhibur dapat juga menyahut cabaran kerajaan. Bak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Jamil Khir Baharom, iaitu menyajikan hiburan halal kepada rakyat.

Kalau perkara ini terus berlaku, saya takut masjid kosong saja. Malaikat rahmat tak nak turun sampaikan rahmat. Siapa yang rugi? Kita juga yang rugi. Jadi hari ini mari kita sama-sama. Saya ulang lagi sekali sama-sama. Sekali lagi “SAMA-SAMA” mengembalikan fungsi masjid. jangan sampai di akhirat nanti kitalah yang akan dipersalahkan oleh semua kerana kitalah yang menjadi dalang meruntuhkan fungsi masjid. Nauzubillah…..

Kolej Matrikulasi Perak

Kolej Matrikulasi Perak in memories

Ribuan dan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga KMPk. Dua bulan di Kolej Matrikulasi Perak adalah dua bulan terindah dalam hidup saya. Pengalaman yang manis pasti tidak akan dilupakan. Ingatlah "Pertemuan itu bersyarat, Perpisahan itu mutlak." Saya harap kita bisa bertemu lain masa.

Ikhlas dalam ingatan

Semua Warga Asti KMPk 2009

kawan-kawan baru

barisan pensyarah

dan semua warga Kolej Matrikulasi Perak

Pesan Lukman Al Hakim I

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Cerita Manusia dan Syaitan

Ada seorang manusia yang bertemu dengan Syaitan diwaktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka Syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam........Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka Syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka Syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab Syaitan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata Syaitan sambil pergi.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

(Surah Al-Ahzab:71)

Syair Adikku Sayang

Ayuhai adikku permata hati,
Kandamu ingin berpesan peri;
Buatlah pakai pelindung diri,
Moga kau jadi insan harmoni.

Allahu Rabbi mesti ditaat,
Segala suruhan mesti ditaat;
Nabi Muhammad selalulah ingat,
Hidupmu baru dilingkung berkat.

Ayah bonda derhakalah jangan,
Pesan mereka gunanya berzaman;
Kasih mereka tiada sempadan,
Luas laksana tujuh lautan.

Sahabat ibarat cerminan diri,
Kalau memilih biar berhati;
Kalau berkawan si tukang wangi,
Untunglah kita tercalit kasturi.

Baginda Nabi ada menyebut,
Kita bicara mestilah lembut;
Janganlah orang khilafnya disebut,
Orang sayang hati bertaut.

Wali bukan pendeta pun bukan,
Kandamu ini serebeh insan;
Pahit dan manis rencah kutelan,
Itulah bekal kuperbuat pesan

Adikku intan pengarang jiwa,
Kasihku ini tiadalah masa;
Marahku pula sayanglah juga,
Usahlah dikau bermuram durja.

Nikmat tuhan mestilah syukur,
Barulah hati tumbuh nan subur;
Membuah zuhud meluruh takbur,
Hidupmu tenang hati pun makmur.

Kandamu ini sudahlah tua,
Hayatku sudah tidaklah lama;
Sampai detik kejamlah mata,
Tinggal dikau berabang tiada.

dedikasi khas....

Corat Coret I

Syukur kepada Allah dapat juga saya menyambung pelajaran saya. Memang susah sekarang nak sambung belajar. Tambah lagi kalau orang perempuan. Persaingan hari ini semuanya memerlukan ilmu sebagai asas untuk menuju kejayaan. Cuma ilmu apa yang kita pilih perlulah bersesuaian dengan cita-cita kita. Saya ingin memetik kata-kata orang-orang pandai “Sesungguhnya ilmu itu menjagamu sedang kamu mesti menjaga harta. Ilmu itu senantiasa bertambah apabila kamu sampaikan kepda orang lain manakala harta pula akan susut pabila kamu berikan kepada orang”. Jadi simpulnya disini ialah cari ilmu dapatlah harta. Cari harta dapat penat sahaja.

Syukur juga saya dapat belajar dengan adik saya. Lama sudah tak jumpa rindu benar. Dapat tempatnya sama. Cuma kolej kediaman kami jauh. Tak apalah. Sekurang-kurangnya terubat jugalah rindu dihati. Saya sayang benar dengan dia. Almaklumlah saya tiada adik lelaki. Jadi dialah adik saya. Bagi saya dialah racun dialah penawar. Tapi susah hati juga saya dengan dia ni. Degilnya susah nak dibendung. Nak buat macam mana baik buruk adik saya juga. Pendek kata biarlah saya yang susah jangan dia.

Saya juga hendak berterima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah menabur jasa mendidik anak bangsa bersempena hari guru. Sekalung budi yang tidak terhingga kepada guru-guru yang mendidik saya. Dari tadika sampailah sekolah menengah. Budi tuan-tuan dan puan-puan hanya tuhan sajalah yang mampu membalasnya. Tanpa cikgu-cikgu yang mendidik saya, tentu saya belum berada ditempat saya berada sekarang.

Sekalung budi juga kepada teman-teman yang menyokong saya. Juga yang menjadi pengkritik tetap saya yang seperti mereka tidak pernah melakukan salah. Tanpa kalian juga mesti saya tidak menjadi insan seperti sekarang. Juga kepada semua yang mengikuti blog saya ini. Sedaya upaya saya akan menjadikan blog ini sebagai salah satu sumber ilmiah. Saya harap kelambatan dalam isu yang dikemukakan dapatlah dimaaf kerana sukar mencari masa senggang sekarang. Kepada yang mahu menyalurkan komen atau kritikan tentang hasil tulisan saya atau apa-apa sahaja amat saya alu-alukan.

“Hargailah apa sahaja yang kita ada kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangannya atau bila kita akan dijemput tuhan bertemunya. Jadikanlah setiap hari adalah hari yang terakhir maka kita akan menghargai apa yang kita ada”

Sekalung Budi


Mak & Abah

Muhamad Fauzy Khairy Khairuddin (Adik)

Kaum Keluarga

Muhammad Nor Hafizi Saiful Bahrin

Raihatul Wirdah Dalaiil

Muhd Taufiq Mohd Desa

Amir Fazwan Osman

Fatinah Ahmad Zulfa

Nor Nabila Zubir

Nur Shahirah Mohd Salleh

Warga BPC 2008

Warga Pendidik

En Mohd Jamatollail Mohd Ramli

Pn Hjh Faizah Othman

Pn Ranti Sakiman

Cik Norhashimah Muhd Yusof

SK Methodist Tg Malim

SK Slim River

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

Kolej Matrikulasi Perak

En Saipol Baharin Ramli

Muhd Nor Yassin Muhd Yusof

Seluruh Warga ASTI KPPk 2009

Warga SEMESTI 2004-2008

Seluruh kaum keluarga,kerja dan kawan-kawan yang banyak membantu saya

“Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga;

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.”

Selesema Babi: Peringatan daripada Tuhan

Baru-baru ini seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak Influenza A (H1N1) yang kini dianggap oleh saintis lebih berbahaya daripada wabak selesema burung yang juga pernah melanda dunia dahulu. Influenza A (H1N1) atau selesema babi ini merupakan gabungan tiga jenis virus selesema: selesema manusia, selesema burung dan selesema babi.

Virus-virus ini telah bergabung di dalam babi yang kemudiannya menjadi virus yang sungguh mengancam manusia. Agaknya pada hemat saya, babi juga tidak sedar bahawa ia boleh menjadi perumah yang begitu kondusif untuk tiga jenis virus selesema ini untuk bergabung. Wabak ini diberitakan bermula di Mexico kemudian bergerak ke seantero dunia.

Persoalan terbesar yang bermain di kepala saya adalah mengapa virus-virus ini bisa bercantum dan menjadi ancaman kepada manusia dan tidak kepada babi sendiri? Sudah pastinya ini semua percaturan Tuhan Alam Semesta kerana tidak ada yang wujud di dalam dunia ini tercipta dengan sendirinya.

Mari sama-sama kita muhasabah diri sedalam-dalamnya. Semakin hari kita semakin jauh dengan tuhan tetapi semakin dekat dengan taghut. Hiburan yang ditabur melalui media cetak dan elektronik menjadi santapan nurani yang menggantikan quota yang harus diisi oleh ibadah-ibadah wajib dan sunat yang seharusnya menjadi wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Kita sudah jauh daripada Allah dalam jarak yang infiniti. Sedangkan Allah itu lebih dekat daripada urat tengkuk dengan kita. Oleh hal yang demikian, Dia mengambil satu “pendekatan” sebagai peringatan juga amaran kepada golongan-golongan yang alpa. Sudah menjadi lumrah dan tabiat manusia akan mendekatkan diri kepada tuhan apabila dilanda musibah.

Namun manusia lalai dan terus lalai. Malah mencari rujukan lain selain daripada Allah. Peringatan yang disamarkan dengan wabak penyakit dianggap sebagai satu natijah akibat perubahan keadaan dunia semasa. Amaran ini sewajarnya diselarikan dengan Al Quran yang jelas merakam tentang kaum-kaum terdahulu yang melampai batas yang Allah hapuskan kemudian digantikan dengan kaum yang lebih baik.

Sarang tebuan jangan dijolok. Sungguhpun Allah itu Maha Sabar namun tidak seharusnya kita mengujinya dengan mengingkari Nya kerana Allah juga Maha Pemusnah. Mungkin selepas ini wabak lain akan muncul, siapa tahu. Berganda lagi dahsyat dan berbahaya. Dunia juga sedang meniti usia senja. Kiamat bakal muncul tanpa diduga. Kita perlu persiapkan diri dengan pelbagai bekalan. Amaran Allah perlulah diambil sebagai motivasi untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Kerana Izrail juga tidak datang kepada kita dengan membunyikan loceng.

Menjadi ahli baru

Alhamdulillah

Syukur kehadrat Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam keatas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh Rasul dan utusannya. Dalam era “Dunia Tanpa Sempadan” kita mesti mempersiapkan diri kita dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat. Dengan rahmat Allah, saya berjaya melahirkan blog ini dalam masa terdekat dengan tujuan untuk membantu orang-orang diluar sana untuk memahamin senario yang berlaku akhir-akhir ini. Blog ini bukanlah kesinambungan “Malay Dilemma” tulisan Tun Dr Mahathir. Ia sebenarnya hasil karya saya sebagai wahana untuk pandangan saya dan orang lain diutarakan.

Saya sedar tindakan berani mati saya ini boleh menjerut tengkuk saya. Namun saya yakin dan percaya bahawa ia untuk mengembalikan keadilan, ia berbaloi. Kritikan dan pujian saya tidak lain dan tidak bukan adalah penghakiman saya melalui pembacaan dan kajian yang dilakukan. Akhirnya terpulanglah kepada anda untuk menerima atau tidak.

Saya juga ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih saya kepada sahabat baik saya Raihatul Wirdah,yang selama ini sentiasa membantu saya, Amir Fazwan dan Muhd Nor Hafizi yang selama ini menyokong perjuangan saya. Juga kepada keluarga, dan adik saya Fauzy Khairy yang turut membantu. Allah sajalah yang mampu membalasnya.

Alhamdulillah

Praise to Allah, Most Compassionate, Most Merciful, Lord of Universe, and peace and prayer be upon his final prophet and messenger. In conjunction of the “Borderless World”, I realize the importance to equip myself and people out the about every knowledge that subsist in this merely world. With His blessed, successfully I managed to publish this blog in this within time just to guide and help people out there to understand the scenario that happened nowadays. This blog is not a new saga of “Malay Dilemma” by Tun Dr Mahathir. It is a brand new masterpiece of mine that spill out my own and others thought.

I knew that this very bold action cost me very high price, even my own life. But to bring back the justice, it is worth it. All the critics and compliments are based on my judgment through reading and research. It is up to you to either to believe or not.

I also want to thank these people that helped me so much in order to accomplish my blog. My dearly best friend Raihatul Wirdah,that have been the best aid for me ever, Amir Fazwan and Muhd Nor Hafizi. Also to my parents and last but not least my lovely brother Fauzy Khairy. May Allah bless your soul.

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message