Salahkah Perigi Mencari Timba?



Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, “Sudikah awak mengahwini saya..?” Apa pandangan anda? Mungkin terlintas di hati anda, “Alangkah tak malunya wanita ini..”


Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama pada 1 Julai 2003. Beliau semasa menjawab soalan tambahan di Dewan Negara menyatakan bahawa kementeriannya akan mengadakan program ‘bertemu jodoh’ sebagai salah satu langkah menangani masalah wanita yang berpendidikan tinggi yang lambat berkahwin.

Masalah wanita yang lambat berkahwin sebenarnya bukan masalah yang asing lagi di negara kita. Ia bukan sahaja berlegar di kalangan golongan yang berpendidikan tinggi sahaja malah boleh dikatakan semua lapisan golongan wanita terlibat dalam permasalahan ini. Akhirnya, timbullah gelaran-gelaran yang kurang enak didengar seperti ‘andartu’, ‘andalusia’ dan sebagainya. Sebenarnya, jika diamati antara sebab utama yang mendorong kepada berlakunya gejala wanita yang lambat berkahwin ialah tanggapan negatif masyarakat terhadap amalan ‘perigi mencari timba’.

Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan mula memandang negatif dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang kurang baik. Malah seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bahawa hanya pihak lelaki yang berhak untuk merisik dan meminang. Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerana anggapan seperti inilah maka ramai di kalangan wanita yang terpaksa hanya duduk di rumah menunggu pinangan daripada berusaha sedikit untuk mendapatkan jodoh. Asalkan tidak menyalahi syariat Islam, apa salahnya kalau wanita juga berusaha untuk memikat lelaki.

Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak lelaki. Malah di dalam Al-Quran turut dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk dikahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat 27. Seorang ulama masakini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Malah seandainya wanita itu sendiri menghantar pinangan sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana Ummul Mukminin Khadijah juga meminang Rasulullah SAW.

Masyarakat Malaysia (sebenarnya masyarakat Melayu) seharusnya mengubah semula pemikiran seperti ini. Kita bimbang andainya wanita terus menerus dihantui sindrom ‘malu’ untuk memulakan langkah, maka akhirnya dia terpaksa menempuh satu corak hidup yang sama sekali tidak diingini. Akhirnya, dia terpaksa memilih samada untuk terus bergelar andartu ataupun menjawat status isteri muda.

Oleh kerana itu, pandangan serong masyarakat terhadap amalan ‘perigi mencari timba’ ini perlu dihapuskan. Berikutan tanggapan sebeginilah, banyak ‘perigi’ akhirnya tidak mempunyai ‘timba’

Pesan ROH kepada MANUSIA





Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata "Wahai orang yang memandikan, aku pinta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan,telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan "Demi Allah, wahai jemaahku,aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Reunion Batch 21

Baru dua tahun tak jumpa rasa macam bertahun-bertahun tak jumpa. Seronok betul bila dapat jumpa semula. Pergi sekolah semula rasa macam masuk tingkatan lima semula yang sememangnya masa paling indah dalam hidup. Rasa muda semula dapat masuk ke sekolah semula. 2 tahun tinggal, macam-macam perubahan dah ada disekolah. Cikgu baru makin ramai, cikgu lama ada lagi yang stay,sekolah dah lawa, asrama macam cerita teletubbies. Memang banyaklah yang dah berubah.

Aku sampai sekolah dalam pukul 11.50. Sempat juga jumpa Ustaz Jamatollail. Dalam banyak-banyak cikgu yang ada kat sekolah ni. Dialah yang banyak tolong aku. Banyak sangat. Berbalik cerita awal tadi. Dah datang awal dapatlah jumpa adik-adik angkat. Adik-adik angkat ni bukan aku yang nak, tapi sekolah yang bagi.Ikmal, Zai, dengan Izwan inilah adik angkat aku. Memang lost contact terus bila aku dah keluar SEMESTI.
Oleh kerana hari tersebut adalah hari Jumaat maka kenalah solat Jumaat. Jadi aku pun drive ke Seri Setia dengan niat dapatlah dengar Ustaz Azli bagi khutbah tapi orang lain pula yang bagi. Dah habis solat terus ambil Amir Fazwan bawa sekali ke sekolah. Sampai kat sekolah aku terus pergi tengok BPC (Bilik Pengawas C) sebab ni dulu lah bilik tumpang aku. Sedih sangat rasa apabila tengok bilik tu dah jadi STOR. Bilik tu ada seribu satu kenangan aku. Tempat jatuh lagikan dikenang apatah lagi tempat belajar. Bilik ini banyak mendidik aku dari segi akademik dan juga kehidupan. Bilik ini ada kenangan aku dan Fauzy Khairy. Namun hari ini bilik tu tempat simpan berus jamban atau sabun basuh lantai. Sedih betul rasa.

Malam tu lepas solat maghrib ada mesyuarat batch. Makan malam yang orang tunggu-tunggu, ada barbeque. Sedap sangat. Mak Yassin, Mak Cik Nawal yang masak. Lepas tu ada cabutan bertuah. Aku dapatlah sebungkus ‘cloud 9’. Ok lah dari tak dapat apa-apa. Esok pagi semua orang pergi ke Lost World of Tambun. Tinggallah aku dan berberapa kerat lagi orang yang tak pergi. Lepas hantar Amir ke stesen bas aku pon baliklah ke rumah.

Sememangnya dapat kembali ke sekolah mengembalikan macam-macam ingatan. Seronok, sedih, semua perasaan berbaur dalam hati. Namun ada sekelumit rasa terkilan apabila ada juga kawan-kawab yang tak dapat datang. Mungkin sibuk atau buat-buat sibuk aku tak tahu lah. Aku harap lain kali dapat jugalah jumpa semua sekali. Amin….

Kebangsatan Israel sudah melampau


Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa tiada aman antara Islam dan Yahudi. Jadi mengapa kita masih dengan bodohnya mendesak PERJANJIAN DAMAI antara Palestin dan Israel. Bodohnya umat Islam dari pemimpin sampailah rakyat yang menyokongnya. Kenapa? Sebab Nabi Muhammad sudah cakap maka betullah itu. Kenapa kita buat perkara yang bertentangan dengan apa yang nabi kata? Adakah kita sudah hebat daripada nabi? Bodoh. Sungguh bodoh kalau kita mendesak perjanjian damai.

Berbalik kepada cerita awal tadi. Banyak negara yang sudah menghantar bantuan kemanusiaan. Namun akhirnya semua bantuan tersebut disekat diperairan Asia Barat tersebut. Dakwanya, negara-negara tersebut menghantar bantuan senjata untuk membantu para pejuang-pejuang Palestin untuk menyerang Israel. Apabila sudah diperiksa maka terbuktilah sememangnya bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian dan barang mainan. Apalah bangsatnya Israel ini. Sudahlah diambil tanah air orang Palestin makanan pun hendak ambil juga? Memang bangsat betul.

Sudahlah dirampas bahan bantuan kemanusiaan, ditahan pula aktivis-aktivis itu. Apalah bangsat Israel ini. Tak cukup-cukup masalah yang mereka buat. Sebangsat-bangsat Israel, bangsat lagi umat Islam. Boleh kita duduk lepak tengok Piala Dunia dengan seronoknya bersorak pasukan kegemaran kita atau menonton telenovela petang-petang sedang saudara kita di Palestin sedang mandi peluh, mandi peluru. Siapa lebih bangsat kita sebagai umat Islam atau lebih bangsat lagi Israel. Maka lebih bangsat lagilah kita sebagai umat Islam kerana mereka itu (muslim di Palestin) saudara seislam kita.

Suatu hari nanti kita akan menghadap Allah. Maka Allah pun akan tanya pada kita apa yang kita sudah buat untuk bantu saudara kita? Pada waktu itu terdiamlah kita seribu bahasa. Celakalah kita pada hari tersebut. Bayangkan ada antara pemimpin kita yang boleh duduk satu meja minum kopi, teh atau sirap limau sama-sama dengan penguasa Israel berbincang mengenai perniagaan atau perjanjian damai Asia Barat. Kita pula tiap-tiap kali PILIHANRAYA UMUM mengundi mereka dengan bangganya. Kenapa kita sokong orang yang bersekongkol dengan orang yang bersekongkol dengan orang yang sentiasa menjahanamkan orang Islam.

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message