Special Request: Adakah couple dalam Islam?



Dah jadi lumrah manusia untuk berpasangan. Dan memang Allah ciptakan setiap benda termasuk manusia secara berpasang-pasangan. Dalam menyempurnakan lumrah ni maka dengan kebijaksanaan Allah, wujudlah satu ikatan yakni PERKAHWINAN. Kalau kita baca balik semula buku teks Pendidikan Islam tingkatan 5 perkahwinan adalah hubungan antara lelaki dan perempuan melalui akad dan syarat tertentu yang menghalalkan persetubuhan.

Tapi sekarang ni wujudlah satu istilah COUPLE yang macam merujuk satu fasa hubungan Pra Perkahwinan. Kalau difikir-fikirkan, diteliti couple ni sama kah macam kahwin? Macam tunangkah? Gejala couple ni pun memang dah merebak dah. Boleh kata ramailah yang bercouple ni.

Pertama sekali saya nak ingatkan, saya tak kata salah atau betul perkara ni. Cuma saya senaraikan sedikit pandangan pak ustaz-pak ustaz, ayat-ayat quran dan adalah sikit-sikit saya punya. Jadi terpulanglah kepada orang yang baca macam mana nak intrepetasi. Kalau salah saya mohon maaf, kalau betul terimalah dengan hati,dada,mata semua sekali terbuka. Senang.

Ok. Allah dah berfirman dalam quran Surah Al Israa ayat 32 yang bermaksud

“Janganlah kamu mendekati zina, kerana zina itu itu perkara (perbuatan) yang keji.”

Bila Allah bagi ayat ni, Allah tak cakap “janganlah buat zina” tapi Allah cakap jangan DEKATI ZINA. Dekati zina ni macam-macam, contohnya berdua-duaan yang bukan muhrim, tengok blue filem (porno) atau pegang-pegang yang bukan muhrim. Jadi sedangkan dekat pun Allah dah tak bagi, apatah lagi zina. Persoalannya adakah couple ni mengundang kepada zina?

Ada yang jumpa saya cakap macam ni “Damak, (nama di gelaran di sekolah dulu) ada ke couple dalam Islam ni?” Budak-budak ni tanya saya bukanlah sebab saya alim pun sebab saja sembang-sembang. Jadi ini saya punya reply, “Dalam Islam tak ada percintaan sebelum pernikahan. Kalau diikut zaman dulu ta’aruf terus kahwin. Tapi agama ni bukan nak susahkan manusia. Jadi ada hubungan dalam Islam sebelum kahwin yakni tunang. Kalau betul kau suka budak tu kenapa kau tak tunang saja dengan dia? Dan ingat tunang ni adalah satu perjanjian, maka siapa yang ingkar perjanjian tu berdosa.” Budak ni pun kata pula “Aku kan belajar lagi, mana ada duit nak pinang anak dara orang nak buat tunang.” Saya pun cakap “Kalau dah tau tak ada duit, hold on lah dulu nafsu membara di hati tu. Kalau nak juga apa salahnya, tunang bukan pakai duit pun. Tak wajib pun lagi kau tanggung dia. Untunglah kalau mak bapa dia nak terima. Senangnya tahan saja dulu.”

Dalam bercouple ni cuba renung-renung balik ada tak untung bercouple ni? Kalau ada baguslah. Kalau tak ada tinggalkanlah. Kalau tak sure ni macam syubhah ni eloklah ditinggalkan. Ramai yang bercouple PADA HARI INI terjebak dengan zina akhirnya, terlanjur. Tu lah sebabnya anak luar nikah ni berlambak-lambak sampai Kerajaan negeri Melaka dengan bengongnya (maaf sebut) nak buat sekolah untuk budak-budak macam ni. Seolah-olah menggalakkan kan lagi persundalan dalam masyarakat. Berbalik cerita asal. Jadi kalau iman anda tebal macam buku rujukan Biologi bolehlah couple (saya tak suruh), tapi kalau nipis saja, lebih nipis lagi dari kulit bawang jadi tak payahlah, sebab godaan couple ni lagi besar menjurus ketelanjuran tu.

Ada pula cakap kepada saya “Damak, aku sayang dia tu. Aku takut nanti terlepas kat orang lain.” Jadi kepada mereka-mereka yang dah simpan minat, tapi takut nak couple atas risiko diatas maka ini nasihat saya “Relaks lah. Kalau Allah dah reservekan untuk kau tak kemana pun perginya.” Ada pula cakap “Aku dengan dia jauh, takkan berzinalah punya pun kalau couple.” INGAT!!! Zina ni bukan sekadar sexual intercourse saja. Zina ni ada zina mata, tangan, kaki, mulut, mata, ada tujuh semua sekali kalau tak silap. Jadi awas. Jangan yakin sangat.

Pesan akhir saya, orang bijak berfikir guna akal berlandaskan wahyu Allah, orang tak berapa bijak ni dia fikir kemudian salah, bila dia jumpa ayat-ayat Allah dia terima dengan redha. Tapi orang yang tak bijak langsung ni atau senang panggil bodoh ni dia fikir guna nafsu dan berlandaskan nasihat syaitan semata-mata. Betul tak? fikirlah sendiri!!~

Terima kasih banyak-banyak kepada Asraf Ahmad yang tanya soalan ni.

1 comments:

raihatulwirdah November 10, 2010 at 4:31 PM  

i like this post

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Loading...
Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget