Penghargaan, Maaf dan Kepercayaan



Bila kita berkawan sudah pasti akan jadilah gaduh, masam muka, marah-marah, tak puas hati. Tapi, persahabatan tu sangat bernilai. Dulu cikgu Bahasa Inggeris saya, Miss Rozyrah Ahmad Ramly pernah cakap “Friendship is a pearl which only time can value it.” Maksudnya persahabatan tu macam mutiara hanya masa yang mampu dinilaikan dengannya. Dalam erti kata lain lagi lama persahabatan tu lagi bernilailah ia. Tapi tak bermakna kawan-kawan yang baru jumpa ni tak bernilai, cuma lagi lama kita kenal orang tu makin sayang lah kita pada mereka.

Ada sabda nabi “tak lengkap iman seseorang itu selagi mereka tidak mengasihi saudara mereka seperti mereka mengasihi diri mereka sendiri.” Sudah jadi lumrah manusia suka dihargai, dan bukanlah susah nak menghargai orang-orang yang kita sayang termasuklah kawan-kawan kita. Tak perlu hadiah mahal-mahal atau sambutan mewah-mewah cukup dengan tanya khabar, mesej sekali sekala. Hargailah orang-orang yang ada disekeliling kita sementara ada. Kita tak tahu bila Allah akan ambil mereka daripada kita. Takut-takut nanti bila Allah dah ambil dari kita barulah kita nak cari-cari mereka.

Bila kita buat salah atau bergaduh perkara pertama yang paling baik untuk dilakukan adalah diam, beralah dan biarkan ia lega dahulu. Kemudian lekas-lekaslah minta maaf. Part yang paling susah adalah nak minta maaf. Tapi bukan lah mustahil. Minta lah maaf sekalipun atas kesalahan yang kecil-kecil sekalipun. Letaklah kita sebagai hamba Allah maka benda itu tak lah susah pun. Kadang-kadang kita mungkin terkasar bahasa, tersalah cara dengan minta maaf ni lah kita boleh jaga persahabatan tersebut. Mungkin kita ada buat mereka terasa hati. Apabila ada yang minta maaf jangan lah dilengahkan kemaafan tersebut. Siapalah kita sampai tak mahu memaafkan orang lain sedangkan kita hanya hamba.

Bila kita diberi kepercayaan jaga lah kepercayaan tu sebab bukan senang orang lain nak percaya kepada kita. Nabi ada cakap “Antara ciri munafik adalah bila diberi amanah dia khianat.” Jadi bila orang percaya jagalah ia sebaik mungkin. Sekalipun terpecah amanah tersebut maka mengakulah, minta maaf. Sebab lebih baik daripada menipu atau bagi alasan bukan-bukan. Percayalah kepercayaan itu bukan senang untuk diperolehi namun senang untuk hilang daripada genggaman.

Hargailah semua sebelum mereka pergi meninggalkan kita, mohonlah maaf selagi masih ada masa dan jagalah kepercayaan sebaik mungkin.


****************************************************************

kredit kepada kawan-kawan terutama raihatul wirdah sebab bagi komen yang sgt membina. Zaim najmi yang selalu tolong macam-macam. terima kasih banyak-banyak.


7 comments:

ezzah September 28, 2010 at 11:37 PM  

i like.. "part yang paling susah adalah nak minta maaf"..huhu

Anonymous September 29, 2010 at 1:15 AM  

adakalanya sukar utk ak terjemahkan nilai persahabatan itu..tika ku berduka, dia datang menemani diri, namun tanpa dia sedari, duka ku itu berpunca darinya....

"bersabar wif our frenz seems the best policy although i hate it damn much"

Hisyam Syahmi September 29, 2010 at 7:23 AM  

to ezzah
tengkiu sgt2~ hahahaha~

Hisyam Syahmi September 29, 2010 at 7:24 AM  

to anonymous: tengkiu 4 da support~ but fren always be fren~ kan?

dalicahanez September 29, 2010 at 3:08 PM  

izzul.. sedey nya post nie..
seems like something is lies behind it..hmm..neva mind...
aku minta maaf atas salah silap aku selama nie..

Hisyam Syahmi September 29, 2010 at 10:33 PM  

to Dalicahanez:

ish ne ade... ko baek je~ saje tulis2 boring2~

raihatulwirdah September 30, 2010 at 12:46 PM  

i like this!
kawan akn selalu bersama kita. tapi tak bermakna bile berjauhan tu, tak bersama. tapi, mereka mmg akan sentiasa ada dalam hati kita.

bayangkan, betapa hebat nye kawan ni, sebab dalam setiap fasa hidup kita, sentiasa kawan akan berada sekeliling kita. tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, bila dah kahwin, dah ade anak, dah ade cucu, cicit, yang namanya kawan tu mmg takkan pernah hilang.
pendapat peribadi aku, tak ketrlaluan kiranya kawan ni menjadi nombor dua selepas keluarga. sbb keluarga masih menjadi nombor satu...heheh
kalau nak compare dgn buah hati ke, ape ke, diorunk hanya akan muncul dalam beberapa fasa je dalam hidup kita. kalau ade jodoh, kahwin, tapi, dah tukar title la, dah jd suami atau isteri kita. tgk, daripada buah hati@tunang dah jadi suami atau isteri

tapi KAWAN akan tetap jadi KAWAN sampai bila2

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Loading...
Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget