s.k balar: cerita, cita dan cinta di tengah belantara

PERJALANAN!!!


Tak pernah terlintas pon dalam kepala bahawasanya wujud satu perkampungan manusia nun atas pergunungan titiwangsa yang jauh gile dalam hutan. Kampung Pos Balar, Gua Musang. Jauh gile dalam hutan (bagi aku jauh la, sebab itu paling jauh aku penah pegi dalam hutan. Hahahahaha!)


gambar puncak gunung@bukit sebelah sekolah mase lepas riadah pagi. lawa!


Aku tau pasal kewujudan kampung tu pon sebab maktab aku ada buat satu program ni nak tolong anak-anak orang asli dalam utan nuh. Program Permuafakatan Pendidikan. Yang hantar wakilnya, UniSZA dengan IPKB je. Tapi program ni ade la bernaung gak bawah UPSI, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).


Sekolah Kebangsaan Balar ni memang jauh. Macam aku cakap tadi, dalam hutan. Dari bandar Gua Musang lebih kurang 100 km jugak. Yelah, bayangkan, dari Gua Musang smpai la mula-mula jumpa jalan tanah merah ni aku agak dalam 70 km lebih ada kot. Jauh. Nak pegi sana naik hilux. Jadi sudah pasti la yang jantan-jantan ni kene duduk kat belakang yang terbuka tuh.


Patricia Alin a.k.a s.u biro ppk. kat sk balar la nih!

Lepas tu, jalan tanah merah yang berdebu nak mampos. Kalau sape yang pakai baju putih, sampai sekolah, GERENTI 100% baju jadi warna kuning tanah. Hahahahahah! Debu yang tadi tu konfem masuk lubang telinga dengan lubang idung. Memang berkerak la idung. Kalau ade yang tak pakai tutup muka atau tutup kepala, perang la rambut jadinya. macam orang putih weh!!!hahahahah! Dah kena debu tanah tu, rambut jadi keras gile. Aku rase syarikat yang buat minyak rambut “clay” tuh amek bahan dia dari sini kot.


credit to nonon punye camera~ hahahah!

Lepas jalan tanah merah tu, jumpe la segala jenis selut. Tanah yang terpercik jangan cakap la. Kat muke, kat tangan, atas baju, semua kena. Jalannye pulak bukannye jenis jalan rata ni. Orang kata kalau tanah merah sekalipon, tapi rata tak apa. Ini! Dengan batu batannye, lubang, selut, sungai sampai tiga batang sume, naik turun bukit. Memang la mencabar. Drebar hilux yang aku naek pulak, jenis brutal. Bawak hilux dalam hutan mcm bawak ferarri naik highway je. Yang mangsanya kami kat belakang ni, yang terhempas ponggong, badan semua-semua. Memang sampai rasa nak muntah la.

Last sekali, smpai jugak la dekat Sekolah Kebangsaan Balar. Lawa tempat dia. Atas gunung, tengah hutan, tepi sungai. Memang cantik. Aman je rasa. Rasa kerdil je diri. Yelah, hebatnya Allah Taala ni, smpai dalam hutan banat pon boleh ada peradaban manusia dalam tu.

Kalau dah namanya cikgu, maka bende-bende macam ni kita kene sedia dan terima. Jangan cakap je masa temuduga. Tapi bila dah kena posting tak nak pegi. Aku nak petik dua kata-kata hikmat la aku kira antara banyak-banyak perkara yang aku dengar masa dalam program ni, pertama daripada En Khidzir (lecturer penyelaras program ni)

“Di mana ada pelajar yang nak belajar, di situ mesti ada guru yang nak mengajar”

Yang keduanya daripada junior aku. Name dy Sim. Chinese boy. Baik sangat orangnya. Mase kitorang bergoncang-goncang dalam hilux tu, dy cakap macam ni,

“Saya bakal guru. Saya mesti tabah looo!” dgn Loghat cina dy la. Hahahahahah!


no word except "B.E.A.U.T.Y"

5 comments:

CiK AiFa.. July 13, 2011 at 11:40 PM  

cantik....

sakinah siddiq July 14, 2011 at 10:27 PM  

ade senior kat situ. dgr citer mmg terbaek..

ris-famili.blogspot.com July 15, 2011 at 9:42 AM  

ada harapan nak posting kat sana. Cantik dan mendamaikan.

Anonymous June 28, 2013 at 9:48 PM  

sekarang ni mcm tu lg ker?

Anonymous December 3, 2013 at 11:33 PM  

Saya bekas guru kat situ 2000 hgga 2003.....masa tu lg la susahnya

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Loading...
Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget