Islam bukan agama keganasan pelampau dan terrorisme.






Dalam tahun 2008 heboh filem ‘Fitna’. Filem yang penuh kontroversi yang menghina Islam. Sebelum itu juga, seorang kartunis melancarkan kempen “Let’s Draw Muhammad Day” dimana orang ramai diajak melukis objek seperti cawan, kasut, tisu tandas hatta babi yang disamakan dengan Nabi Muhammad. Baru-baru ni, ada pula timbul filem baru iaitu Innocence Of Islam. Bukan saja filem itu paling teruk dan sampah yang pernah dibikin tapi tindakan pengarah menggambarkan Nabi Muhammad macam itu sekali adalah sangat bodoh dan tak langsung boleh diterima.


Lebih kurang kelmarin atau semalam, gempar satu Malaya seorang pemuda berbangsa India menghina Allah dan Nabi Muhammad dalam akaun Facebooknya. Kemudian dia telahpun mengeluarkan kenyataan maaf dan dakwanya akaun FBnya di’hack’ akibat tak logout di cyber cafe. 

Soalan yang patut kita soal diri kita adalah “Apakah tindakan yang betul yang patut kita buat?” bukannya “Apakah yang kita kena buat?”. Nampak macam sama. Tapi itu adalah 2 soalan yang sangat beza. 

Tindakan demonstrasi bantahan secara aman saya nampak tak adalah salahnya. Secara AMAN. Tak ada bakar bakar, tak ada senjata, tak menghalang jalan untuk kegunaan orang, tak membuat kotor, tak buat sampah. Pendek cerita tak menyusahkan orang dengan tindakan bodoh dan bahaya. 


Tapi, sebaliknya berlaku. Di Libya, Duta Amerika ke Libya mati dibunuh perusuh. Masalahnya bukan duta tu yang bikin filem! Di Malaysia pula ada pula geng Agama Syiah bawak sepanduk gambar Khomeini semasa demonstrasi. Tak ada kena mengena langsung. Dah la timbulkan persepsi negative kat org ramai, lepas tu sesat dan mengarut pula tindakannya menyebabkan perhimpunan aman jadi kecoh.



Kita bantah, kita marah dan kita akan lawan siapa yang menghina Allah, Nabi-nabi dan Sahabat. Namun cara kita melawan itu belum cukup lagi membuktikan kita sayang pada Allah dan Rasul. Contohnya, tindakan menyerang dan merosakkan rumah pemuda India tersebut bukan cara Nabi. Kalau tak percaya bacalah balik peristiwa Fathu Makkah @ Pembukaan Kota Makkah. 

Saya tertarik dengan gambar di FB tulis “Penentang Islam tak takut dengan tunjuk perasaan, bakar bendera atau bakar tayar. Tapi mereka takut dengan Masjid yang penuh.” Tak salah berdemo. Itu cara kita menzahirkan suara bantahan kita. Namun, kalau berdemo saja kuat, solat dimasjid belakang rumah pun malas.. maka apakah kekuatan dan kesatuan yang ada pada umat Islam? Pesan untuk diri saya sendiri jugak.




Allah janjikan kemenangan pada orang yang menjaga solat. Tak percaya lagi. Tgk Alquran surah Al Mukminun ayat 1 dan 2. Nak bukti pula??? Pernah dengar Sultan Muhammad Al Fatih? Dialah sultan yang berjaya menawan Konstantinople. Rahsianya, bukan saja solat dia saja dia jaga, solat askar dia, komando dia, spy-spy dia semua dia jaga. 

Tindakan menghina Islam itu sangat salah. Malah menghina apa juga agama adalah salah. Kita dianjur hidup harmoni antara agama. Tapi janganlah tindakan kita yang kononnya mempertahankan agama dengan cara yang salah terus-menerus dilakukan. 


Dalam Islam, matlamat tak pernah menghalalkan cara. Gunakan saluran yang betul. Islam itu sempurna. Jangan kerana tindakan kita, menyebabkan orang semakin jauh daripada Islam. Tunjuklah sikit Islam ini suka pada aman dan jauh daripada terrorisme apatah lagi keganasan. 

3 comments:

soya September 26, 2012 at 8:20 PM  

mengingatkan aku tentang mesej yg aku baca 2 hari lepas..

Defend your religion through the beautiful example of our Beloved Prophet Muhammad pbuh who taught: "Be merciful to those on earth and the One in heaven will be merciful to you."

lepas tu dia letak poster:
"i love jesus because im muslim"

jelah September 30, 2012 at 2:08 PM  

umat islam perlu bangkit dari segi segenap aspek supaya anasir yg datang dpt kita tepis...

Ris Ya September 30, 2012 at 7:07 PM  

Setuju sangat dengan entri ni.
Boleh jadi rujukan para pelajar.

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message