Bumi Mana Tak Ditimpa Hujan




Dalam seminggu ini, seolah-olah sudah menjadi isu Nasional fasal isu CIKGU. Alhamdulillah, ramai lagi yang memberi sokongan kepada cikgu-cikgu berbanding menghentam profesyen ni. Ramai lagi yang masih hormat dan berterima kasih atas jasa cikgu-cikgu mendidik. Nada entri kali ini nampak serius sedikit supaya nampak penekanan yang saya cuba suarakan berdasarkan pandangan peribadi saya. Tambahan lagi, ada yang ‘condemn’ saya gunakan ejaan dan gaya bahasa melayu yang tak betul.



Tapi dalam isu ni seharusnya kita timbang sebaik-baiknya. Pro dan kontra yang hadir dalam isu ini. Kesalahan pada saudari penulis, dia menulis mengikut apa yang dia rasa tanpa melihat kesan dan akibat penulisan dia. Itu kesalahan dia. Namun sebagai guru, (saya seorang bakal guru) mungkin ini adalah ‘wake up call’ untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Bukan bermakna kita tidak bagus, cuma supaya memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Pensyarah saya cakap “Kita patut muhasabah diri kita, adakah kita seperti guru yang cik liyana cakap itu atau tidak?”

Pada pihak pembaca termasuk saya, kita sememangnya rasa marah dan kecewa dengan apa yang saudari penulis katakan. Tapi, adakah kita menyantuni dia dengan cara yang betul? Ada yang komen secara ganas dan menggunakan bahasa yang sangat kesat. Sayangnya lagi, apabila ramai yang hanya berani melontarkan komen secara tidak berani dan tidak berhikmah disebalik nama ‘Anonymous’. Dia seorang perempuan dan tidak sepatutnya kita menyantuni beliau sedemikian rupa. Tahniah kepada yang berani menggunakan identiti sebenar dan dengan cara yang baik. 

Saya akui kelemahan saya apabila wujud pengaruh emosi dalam menulis. Tujuan saya membalas tulisan dia kerana pada hemat saya, wujud fakta tidak tepat dalam tulisannya. Saya cuba terapkan unsur sinis dan lawak dalam tulisan supaya pembaca tidak bosan dengan apa yang saya sampaikan sama dengan entri-entri saya yang sebelum ini. Kesalahan saya lagi apabila turut sama membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya lain akibat menurut emosi. Kebodohan saya yang saya mohon maaf pada semua.


Saudari penulis Cik Liyana Adnan (ceyana_adnan) telahpun membuat kenyataan maaf secara terbuka. Selaku hamba Allah, sebaiknya terimalah maaf tersebut. Bukan hak kita untuk menghakimi atau menentukan keikhlasan maaf tersebut. Bukankah itu hak Yang Maha Esa? Tunjukkanlah budi bahasa dan santun budaya timur yang sopan yang kita banggakan. Bak kata Tan Sri P.Ramlee 'Sedangkan Nabi ampunkan umat'. Sebagai pengguna media sosial, kita tiliklah situasi ini sebaiknya. Bagaimana salahguna media sosial ini boleh merosakkan imej atau reputasi kita. Selaku orang yang bekerja, lakukanlah tugas kita sebaiknya sehingga orang tidak boleh mencari kesalahan kita. Jangan kita seronok mencari salah orang lain, sibuk menjaga kain orang, kain sendiri tidak sedar cariknya. 



 Saya sekali lagi mohon maaf dalam kelemahan penulisan dan analisis saya. Terima kasih untuk yang mengkritik. Saya sangat-sangat hargai.  Benarlah kata orang “Kita hanya faham apabila kita berada pada situasi tersebut”.  Saya mohon maaf. 

11 comments:

pipoq September 5, 2012 at 12:11 AM  

gua takde la marah sangat pasal kes cik yana tu..tapi tu la, dia kena tapis dulu minda tu sebelum nak lontarkan dalam entri lain kali..

gua pun terasa hati jugak sikit sebab gua pun tenaga pengajar..zahirnya memang kerja gua nampak senang..tapi batin gua ni hanya Allah je yang tahu..

Anonymous September 5, 2012 at 12:25 AM  

Tuan punya blog
Untuk menulis dalam ruangan 'Post a Comment' ni kita diberi pilihan untuk memilih apakah profile yg ingin kita gunakan dan salah satu pilihan adalah Anonymous. Dari sudut pandangan saya, tak menjadi kesalahan pun jika yg memberi komen ingin menggunakan profile tersebut. Jika anda mahu hanya identiti sebnr pemberi komen yg dipaparkan....fikir2kanlah bagaimana caranya. Sekadar pendapat.

Cikgu Hijau September 5, 2012 at 12:50 AM  

Saya dari awal hanya banyak membaca komen balas daripada guru-guru tentang isu ini. Ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju. Apabila marah, emosi biasanya akan menguasai kita. Dalam keadaan marah, apa yang ditulis adalah gambaran 'perasaan' kita. Komen secara BERHEMAH amat saya puji dan hormat sekali tetapi komen yang melulu, melepas geram, caci maki, mencarut menunjukkan bahawa apa yang ditulis oleh Cik Liyana Adnan itu ada betulnya. Bak kata pepatah Melayu - Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Jangan menyalak kepada ANJING yang sedang menyalak, nanti DIGIGITNYA kita pula. Wallahualam.

TeaChEr? September 5, 2012 at 1:01 AM  

Assalamualaikum saudara. Alhamdulillah, pada pendapat saya entry ini sgt baik sebagai conclusion kepada drama yg yg sgt hangat ini. Saya sekadar pemerhati shj...by the way, juga seorg guru. Baru berkhidmat selama 3 thn dan skrg ni di sekolah kedua. Sejujurnya, saya sgt terasa dgn kenyataan yang dibuat oleh ceyana. Pada mulanya sy marah, lps kali kedua baca sy tersengih, ada juga mempersoalkan motifnya tapi hati masih tersinggung dgn comments dia. Kalau nak quote byk sgt ayat2 dia yg seolah-olah memperlekeh profession seorg guru. Mengapa kami dianggap tak tau apa2 dan tak layak menerima gaji yang sebanyak itu! Saya tidak merasakan gaji cikgu lumayan mana...semua benda pun dah semakin mahal. Kami perlu hidup juga! Walaupun mungkin dia tdk merujuk kpd semua guru tapi ayat yg digunakan seolah-olah menuduh semua kenyataan yg dia buat adalah apa yg dilakukan oleh sebahagian besar guru. Dia pun mengaku kalau dia jadi guru dia akan tergolong dlm golongan di atas. Sbb tu dia taknak jadi 'cikgu je'. Itu cuma satu cth dr byk lg kenyataannya yg benar2 menyakitkan hati guru. Saya rasa ramai yg memberi komen di sini kerana tdk dpt meluahkn rada tdk puas hati mereka kpd ceyana di blog miliknya. Tetapi chatbox masih aktif dan rata-rata komen sgt byk yg berpihak pd guru...di blog ni pun sama. Ada yg buat sy tergelak jgk, dan ada yg melampau. Apa pun, sy yakin ceyana pasti mendpt satu pengajaran dari kejadian ini. Berhati-hatilah ketika menulis & jgnlah menuduh atau memperkecilkan org sesuka hati. Sy yakin ramai pembaca dari golongan professional yg tahu menilai kualiti penulisan. Akhir sekali, jgn cuba menilai sesuatu pekerjaan dari sudut pandangan anda shj. Semua pekerjaan ada cabaran dan memerlukan pengorbanan. Kalau pasal curi tulang sy yakin di mana2 pun pasti ada golongan spt ini. Jgnlah guru shj yg ditegah membaca blog, update fb & blog dan buat bisnes. Dan jgnlah meletakkan 'yardstick' yg sgt tinggi utk seorg guru dianggap bagus. Bagi sy lebih baik fikirkan objektif yg paling mudah dicapai dulu sebelum mencuba sesuatu yg impossible. I.e pljr lemah cukup sekadar tau '1 new word a day' pun takpe. Itu pun kdg2 ssh nak capai bg yg sgt lemah. Nak mendidik apatah lagi mengubah seseorg bkn perkara mudah, bkn sekejap dan bkn seorg shj boleh buat. We are not miracle workers. Hope ceyana reads this. Thank u
*sorry sy campur2 bahasa.

Anonymous September 5, 2012 at 1:12 AM  

setuju dgn anonymous di atas, klu rasa xmahu komen anon, setting lah balik blog ni, tak semua org ada blog sendiri, if letak nama pun, mcm la anda kenal atau bleh tau siapa yg komen..

setuju juga dgn cikgu hijau, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. tetapi sy rs yg komen2 memaki itu terasa kerana mereka lah yg berada di kelompok cikgu seperti dikatakan liyana, klu x kenapa nak melenting sampai mcm tu ye? mkn cili pedas sgt??

Anonymous September 5, 2012 at 1:19 AM  

btw klu betul la anda rs komentar2 tidak sepatutnya 'menyantuni' liyana dgn cara kasar, apa kata anda delete komen2 tersebut??

tp rasanya anda takkan delete sbb kata2 anda x ikhlas. anda paparkan jugak makian2 tersebut sbb ape? anda mahu liyana baca dan dgn cara itu, anda dpt membalas dendam pada dia, puas rasanya kan bila org maki org yg kita benci kan??. tepuk dada tanya la hati anda, betul x anda terdetik mcm tu? jgn ckp tak, sbb klu tak, sudah tentu anda dah delete mcm anda delete komen2 sy yg mengkritik anda.

btw anda baru bakal guru, belum lagi menjadi guru, klu begini la sikap anda, tidak mustahil salah seorg anak murid anda nnt will grow up to be another liyana in 10 yrs time....

Anonymous September 5, 2012 at 2:21 AM  

I agree with blog owner/writer. The conclusion says it all. There's no need to take sides here. Although in the beginning i was very offended. I am not a perfect teacher, neither am i close to her descrption of teachers. But i am still a teacher. So i was bitter, just like the writer was in his first post. But later after analysing the issue it became clear that fighting over it is so silly! To ceyana: i hope u have learnt a huge lesson. Do not ever belittle anyone or any profession. One's sustenance is in the hands of the Almighty...there's no need to fuss over it. It is our job afterall, as we are in the field. Perhaps the anger was because the person giving opinion had no authority or expertise in the field. Hence, her judgment sounded very narrow to teachers who read it. Of course we'd be emotional about it, as we are only human...just like ceyana herself. She'd said her sorry...so just let her be.
Just another teacher

Anonymous September 7, 2012 at 6:43 PM  

Saya rasakan penulisan ini nampak kurang ilmiah berbanding penulisan Cik Lyana. Hal ini demikian kerana penulisan ini tidak ada satu pun yang mengandungi fakta untuk maklum balas penulisan Cik Lyana. Tambahan pula, gaya penulisan saudara seperti hemtam keromoh sahaja kerana kegramatisan ayat tidak diterapkan walaupun saudara ingin menerapkan unsur humor tetapi saya cadangkan kepada saudara setiap unsur hunor di dalam sesebuah penulisan juga ayat yang gramatis perlu dititikberatkan. Sekian. terima Kasih.

muzakkir September 9, 2012 at 10:45 AM  

udah2 le tu....saya pub bakal guru..saya pun turut terasa dengan apa yang ditulis...takyah lagi cite pasal ni..cukup sampai kat sini je...
pasal cik lyana tu..gi lantak la die..esok, die hantar anak die kat sekolah jugak...takkan die yang engineer, sibuk dengan KERJAYA die nak ajar anak die kat umah??mustahil..so, biarkan die...nak kritik ape, pi lantak sama die...
busan la dengar benda yang same je...

Unknown September 15, 2012 at 5:55 PM  

also agree with this post..salam kat sume yg baca..sory xdpt folw korg..keje byk..well sya nak blas bebrper komen yg dblas pd komen sya tp usaha terbantut bila baca komen cik ai n time nie plak tersentuh bile bace post nie..to bloger>>thumb up..n to cik ai..some day i will purpose u as my wife..(if u still single)..
sory kat sume yg baca komen2 sya..as a wake up call..i really mean it..kerana kecewa ngan bebrape komen yg ditulis..ad komen yg ditulis dpt menanamkn sifat angkuh dlm diri pembaca..jdi berbyak2 mintak maaf kat sume..

عبده العمراوى September 17, 2019 at 3:23 AM  


شركة رش مبيدات بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالظهران

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message