RAMADHAN: Amalan yang orang lain buat, kita malas nak buat




       SEDEKAH

Kalau nak mintak orang belanja makan, cepat je. Siap cakap “Ala.. bile lagi ko nak buat pahala ngan aku.” Tambah lagi bulan puasa ni, kalau boleh nak makan free memanjang. Almaklumla nak raya sakan kununnya.

Tapi kalau kita nak sedekah, seringgit pon berkira. Kalau ade peminta sedekah minta kat kita, siap cakap “takde, takde.” Lokek betul. Tak de bankrap kalau bagi dua tiga hengget.





       TUTUP AURAT

Kalau orang lain hijrah tutup aurat, tambah lagi artis selalu la kita cakap “Bagus la si Joyah Kepoh dah pakai tudung.” Selak majalah bagai, nak tengok orang lain dah berubah.

Tapi kalau kita diajak tutup aurat, selamba badak je cakap “Ala.. I bukan tak nak pakai tudung, belum sampai seru la..” Memang belum sampai seru pon.. seruan Izrail. HAHAHAH.


3        
      BAGI TAZKIRAH

Kalau orang lain kena bagi tazkirah ke, laju je kita nak kritik. Sungguhpun yang bagi tuh tak de la alim agama sangat. Tapi kurang-kurang berani la jugak nak ikut sunnah nabi.

Tapi kalau kita disuruh bagi tazkirah sepatah dua pulak, cepat je cakap “Aku ni tak cukup ilmu lagi.” Ala.. kan nabi cakap “Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.” Takkanla tak de ilmu langsung nak kongsi? Kalau susah sangat, ajar matematik pon tak pe dalam surau tuh. Asalkan ilmu yang berguna. So.. tak de la susah pon




       SOLAT JEMAAH






Kalau orang lain pegi solat jemaah, kita tengok je. Buat dek je. (termasuk la aku pon). Ade setengah tuh siap cakap “Ala, fardhu kifayah je.. diorang dah buat kita tak payah la buat.” Falsafah mane dia pakai aku pon tak tau.

Tapi kalau kita nak solat jemaah, punya la malas. Surau masjid tak sampai sedepa pon malas nak pegi. Yang laki terutamanya. Dah gatal nak berbini, jangankan jadik imam, solat jemaah pon culas.

Ramadhan : Bulan yang menjadikan umat Islam LEMBIK dan MALAS!



HAHAHAH~ pernah atau tidak korang semua guna alasan yang lebih kurang macam ni “ala.. bulan puasa la...” bila korang kene buat keje, datang kelas atau buat aktiviti luar? Mesti pernahkan?


Janganlah salah faham dengan headline kat atas tu. Tajuk tuh saja nak bagi kontroversi supaya anda mahu baca entri ni. Bukan ramadhan sebenarnya yang memalaskan kita, tapi kita je yang saja memalaskan diri bila dalam bulan ramadhan. Tapi itulah hakikatnya, ramai yang guna alasan sebab bulan ramadhan untuk mengelak atau escape daripada rutin biasa. Itu boleh diampunkan lagi, yang lebih teruk apabila kita menggunakan alasan ‘bulan puasa’ untuk menambah masa rehat kita. 

Pernah sekali kawan saya sorang ni, orang cina tanya kat saya “Apa sebab time bulan puasa orang melayu semua suka tidur? Tapi bagus jugak la, kelas banyak batal.” Sentap jugakla bile ditanya macam tu. Tapi ada betulnya juga. 

Sepatutnya masa dalam bulan Ramadhan ini, kita jadi lebih produktif. Sebabnya ada kajian cakap, bila dalam keadaan lapar (bukan kebuluran, lapar je) deria kita akan lebih peka. Maksudnya kita lebih teliti dan bagus dalam buat keje dan aktiviti-aktiviti lain. 

Dalam bulan puasa, masa seolah-olah jadi lebih panjang dari biasa (mungkin sebab tak makan). Apa salahnya kalau kita gunakan untuk buat kerja berfaedah selain daripada tidur. Masa zaman Nabi dulu, nabi siap pergi berperang lagi. Takkanlah setakat kelas pendidikan jasmani kena lari 2 kali pusing padang pon dah nak pengsan?

Sebagai umat Islam, kita nih umat yang terpilih. Jadi kita kena tunjukkan bahawa kita nih memang layak untuk jadi umat yang terpilih. Janganlah jadi macam yang tersalah pilih pulak. Sepatutnya kita tunjukkan umat Islam ni hebat dan boleh produktif, boleh kerja kuat walaupun tengah beribadah. Islam tuh kan indah. 



Ramadhan bukan masa untuk rilek dan lepak-lepak. Ramadhan adalah booster sebab pada bulan ini kita perlu minimumkan input (makan) tapi maksimumkan output (kerja).  Kita ni kira untungla.. dulu zaman Nabi Musa puasa 40 hari direct tak berbuka. Kita ni ada jugak berbuka. 

Janganlah kita menggunakan nama Ramadhan dengan cara yang salah. Saya pernah dengar Dr H.M Tuah Iskandar sebut “Setahun itu racun, Ramadan itu penawar, Makanan itu racun Puasa itu penawar”

Pandangan tentang isu MESIN BASUH

Dalam membicarakan atau memperjuangkan kebajikan satu-satu komuniti atau masyarakat hendaklah kita fahami bahawa ia perlulah bersifat menyeluruh dan kena pada tempatnya. Sekiranya satu pihak sahaja mendapat kepentingan manakala ada pihak lain yang ditinggalkan atau tertindas maka itu bukanlah nilai atau elemen dalam membicarakan kebajikan.

Ada yang marah apabila saya bertanya perihal mesin basuh kerana isu ini katanya telahpun diselesaikan oleh pihak-pihak tertentu. Namun saya melihat ketidakadilan dalam isu ini kerana hanya sesetengah pihak sahaja yang memperoleh kelebihan ini. Bilangan mesin tidak boleh ditambah sedangkan ada siswa lain yang tidak dapat menggunakan mesin basuh. Adakah ini merupakan prinsip keadilan yang kita pegang?

Kita harus melihat isu kecil ini dari aspek kritikal dan cuba menyelesaikan perkara ini dengan cara win-win situation. Sungguhpun isu ini kecil dan sudah didiamkan, namun tidak bermakna perkara ini tidak boleh diselesaikan. Ada juga yang marah dan melenting kepada persoalan saya selepas Yang Berusaha Timbalan, menyatakan untuk membuang semua mesin basuh. Pada hemat saya, mereka ini mementingkan diri kerana cukuplah tengkuk mereka sahaja yang lepas dan orang lain yang tersepit.

Saya berasal daripada sekolah asrama. Saya melihat bagaimana sekolah saya mampu menyelesaikan isu basuh baju dengan sangat bagus. Bukan niat saya untuk memuji namun ini adalah perkara yang boleh dicadangkan dalam kampus tercinta ini.

Setiap tahun, seorang pelajar disekolah saya akan dikenakan bayaran RM 90 (RM10 x 9 bulan) untuk bayaran perkhidmatan dobi. Bayaran ini akan diserahkan kepada koperasi sekolah dan pihak koperasi membeli mesin basuh untuk kegunaan pelajar. Tindakan ini saya lihat satu tindakan yang sangat bijak apabila kedua-dua pihak mendapat keuntungan daripada masalah ini.

Duit yang dikutip saban tahun digunakan untuk menyediakan, menyelenggara dan membaikpulih mesin basuh disekolah. Baki duit tersebut merupakan keuntungan yang diperoleh oleh koperasi daripada perkhidmatan dobi yang disediakan. Pada pihak pelajar pula, mesin basuh yang disediakan mudah digunakan malah sekiranya berlaku sebarang kerosakan ia boleh cepat dibaiki kerana duit tersebut bukan datang dari peruntukan kerajaan. Sekurang-kurangnya ia dapat menambah peranan koperasi dan meningkatkan keuntungan koperasi supaya tidak ibarat hidup segan mati tak mahu

Secara peribadi saya mohon maaf sekiranya pertanyaan ini menyulitkan mana-mana pihak. Namun saya lebih kesal dan kecewa apabila persoalan saya dibidas dan terus ditolak ketepi. Isu ini Nampak kecil dan mudah sekiranya didiamkan namum apakah kita sudah matang apabila hanya memilih untuk diam?

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message