Pandangan tentang isu MESIN BASUH

Dalam membicarakan atau memperjuangkan kebajikan satu-satu komuniti atau masyarakat hendaklah kita fahami bahawa ia perlulah bersifat menyeluruh dan kena pada tempatnya. Sekiranya satu pihak sahaja mendapat kepentingan manakala ada pihak lain yang ditinggalkan atau tertindas maka itu bukanlah nilai atau elemen dalam membicarakan kebajikan.

Ada yang marah apabila saya bertanya perihal mesin basuh kerana isu ini katanya telahpun diselesaikan oleh pihak-pihak tertentu. Namun saya melihat ketidakadilan dalam isu ini kerana hanya sesetengah pihak sahaja yang memperoleh kelebihan ini. Bilangan mesin tidak boleh ditambah sedangkan ada siswa lain yang tidak dapat menggunakan mesin basuh. Adakah ini merupakan prinsip keadilan yang kita pegang?

Kita harus melihat isu kecil ini dari aspek kritikal dan cuba menyelesaikan perkara ini dengan cara win-win situation. Sungguhpun isu ini kecil dan sudah didiamkan, namun tidak bermakna perkara ini tidak boleh diselesaikan. Ada juga yang marah dan melenting kepada persoalan saya selepas Yang Berusaha Timbalan, menyatakan untuk membuang semua mesin basuh. Pada hemat saya, mereka ini mementingkan diri kerana cukuplah tengkuk mereka sahaja yang lepas dan orang lain yang tersepit.

Saya berasal daripada sekolah asrama. Saya melihat bagaimana sekolah saya mampu menyelesaikan isu basuh baju dengan sangat bagus. Bukan niat saya untuk memuji namun ini adalah perkara yang boleh dicadangkan dalam kampus tercinta ini.

Setiap tahun, seorang pelajar disekolah saya akan dikenakan bayaran RM 90 (RM10 x 9 bulan) untuk bayaran perkhidmatan dobi. Bayaran ini akan diserahkan kepada koperasi sekolah dan pihak koperasi membeli mesin basuh untuk kegunaan pelajar. Tindakan ini saya lihat satu tindakan yang sangat bijak apabila kedua-dua pihak mendapat keuntungan daripada masalah ini.

Duit yang dikutip saban tahun digunakan untuk menyediakan, menyelenggara dan membaikpulih mesin basuh disekolah. Baki duit tersebut merupakan keuntungan yang diperoleh oleh koperasi daripada perkhidmatan dobi yang disediakan. Pada pihak pelajar pula, mesin basuh yang disediakan mudah digunakan malah sekiranya berlaku sebarang kerosakan ia boleh cepat dibaiki kerana duit tersebut bukan datang dari peruntukan kerajaan. Sekurang-kurangnya ia dapat menambah peranan koperasi dan meningkatkan keuntungan koperasi supaya tidak ibarat hidup segan mati tak mahu

Secara peribadi saya mohon maaf sekiranya pertanyaan ini menyulitkan mana-mana pihak. Namun saya lebih kesal dan kecewa apabila persoalan saya dibidas dan terus ditolak ketepi. Isu ini Nampak kecil dan mudah sekiranya didiamkan namum apakah kita sudah matang apabila hanya memilih untuk diam?

0 comments:

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message