Demand, Diva dan ...

Harus diingatkan, entri ini bukanlah sekuel kepada cerita “Suami, Isteri dan ...”. Cerita ini juga tidak berkaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun telah mati. Sekadar renungan dan muhasabah untuk kita bersama.

Ok! Apa yang yg dimaksudkan dengan “DEMAND” dan “DIVA”? Kita tak nak maksud ikut kamus Miriam Webster ke atau Kamus Dewan. Tapi nak cerita dalam aspek perbualan seharian. Bila cakap DEMAND je maka orang akan cakap orang yang kuat mintak benda macam-macam. Contoh ayat yang selalu kita dengar ayat yang ada perkataan DEMAND nih :

  1. Dia tu memang kuat demand. Nak laki doctor je. Cikgu mane maen!!
  2. Mentang-mentang la dia tuh star, nak demand macam-macam plak!
  3. Baru lebih sikit je, nak demand lebih-lebih plak!

Ada banyak lagi. Tapi ni yang terlintas kat kepala aku time tulis entri ni. Betul tak? Apa plak DIVA ni? Selalunya DIVA ni merujuk orang yang terer dalam satu bidang. Ataupun popular la. Dan perkataan ni selalu digunakan oleh perempuan bajet cantik dan pondan je (No Offense). Contoh ayat yang selalu ada perkataan DIVA ni :

  1. Ko ingat ko DIVA?? Aku lagi DIVA!!
  2. Dia la DIVA kat sini!
  3. Konsert 3 Diva : Krisdayanti, Ruth Sahanaya dan Titi Dj

Straight to the point!! Dalam hidup ni kita kena ingat, hebat mana pun kita, tak layak kita nak pakai perkataan DEMAND dan DIVA ni. Bila kita pakai perkataan ni merujuk dengan diri kita, secara otometiknye kita nih BONGKAK! Dulu setan kene terajang dari syurga pon sebab bongkak la.

Kedua, kita kena ingat. Semua benda dalam dunia ni boleh diganti kecuali mak ayah kita. Pendek kata pergi je supermarket, sume benda ada. Siapa kita yang nak DEMAND lebih-lebih dan bajet DIVA? Sebab kalo kita boleh digantikan, maka tak de la hebat mana pon kita ni.

Ketiga, harus difahami kalau kita hebat gile, maka kita tak perlu DEMAND atau pun bajet DIVA, sebab secara otometik orang akan buat sesuatu permintaan kita atas rela hati dan rasa hormat mereka pada kita. Contoh macam Nabi Muhammad. Manusia paling terer. Tak pernah pon dia DEMAND atau bajet DIVA tapi kita tengok, nyawa pon orang sanggup bagi kat dia.

Demand boleh sikit-sikit selagi mana tak melampau atau tak menunjukkan kita ni orang yang bongkak. Diva plak rasanya tak perlu. Sebabnya ni bukan budaya kita. Dalam dunia ni, kita kena selalu cakap pada diri kita

“Sehebat manapun kita, wajib dan mesti ada orang yang lebih hebat. Sekiranya betul kita hebat, maka Allahlah yang Maha Hebat sebab boleh menciptakan kita ni.”

Kalau kita selalu pikir macam ni maka, tak ada la budaya DEMAND, dan bajet DIVA. Kan???

0 comments:

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Loading...
Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget