Ork! Senapah!


Sapa paham? HAHAHAH!!~ ayat tuh dalam loghat atau dialek klate (Kelantan) sebenarnye bermaksud ‘Tunggu kejap!’, atau dalam budak-budak sekarang nih “One minute”.

Kali ni nak cerita pasal “Ork Senapah” je. Sesuai dengan keadaan saya sekarang ni. Kadang-kadang dalam idup ni, kite perlu masa bercuti. Betul tak? Kalau asyik buat benda sama 10 tahun, lama-lama boleh jemu. Alangkah sebulan pon bosan ini kan pulak 10 tahun kan?

Ork Senapah! ni bukan bermakna kita nak pencen atau berhenti terus. Cuma nak berehat sementara. Keluar daripada rutin kebiasaan kita dalam satu tempoh masa. Bukan apa... bila dah lama sangat buat benda yang sama, lama-lama otak jadi tepu. Bila kita berehat sekejap ada kemungkinan kita akan dapat kembali dengan idea yang baru dan orang kata fresh!~

Kalau saya, saya nak berehat sekejap daripada 2 perkara. Peserta dan Pengurus/Pengelola. Kenapa peserta? Kenapa pengelola?

Peserta ni maksud saya, kita pergi jadi peserta dalam 1 pertandingan. Saya nak berehat sekejap sebab sejak dari saya kecik sampai la sekarang nih (yang tak berapa nak kecik nih)... saya dah banyak masuk pertandingan. Bila cakap pasal pertandingan, wajibla ada latihan. Itu yang boring tu!! Bila ada latihan, jadual kita pack gile!!

Bila pasal pengurus atau pengelola nih maksudnya kita jadi pengelola program. Huhuhuh!!!! Penat wooo! Dapat pulak kena berurusan dengan orang yang lambat, malas, suka menangguh. Lagi satu, dalam kita jadi pengurus atau pengelola ni, kita akan jumpa beberapa jenis manusia.

  1. Pandai buat kerja tapi malas!
  2. Tak pandai buat kerja tapi rajin
  3. Pandai cakap kosong, keja malas!
  4. Pandai cakap kosong, kaki hasut, nak jawatan keja malas!

Ni la antaranya. Ada banyak lagi. Yang saya nak highlight kan yang nombor 4 tu. Itu la golongan paling bahaya lagi celaka. Kalo jumpa cepat-cepat tembak dengan senapang! Nyusahkan orang je!!

Perkara yang saya nak rehat kejap ni sebenarnya soul saya. Jiwa saya. Tak ada niat untuk lari. Cuma nak berehat kejap dan susun strategi baru.

Lumrah manusia diciptakan lemah dan perlu untuk mencari kekuatan berbeza dengan Allah yang sentiasa Maha Kuat dan tak perlu mencari kekuatan lain.

1 comments:

ris-famili.blogspot.com February 6, 2012 at 10:14 PM  

Rasanya senapah ni perkataan asalnya senafas. Yang bermaksud sekejap.

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Loading...
Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget