Luahan hati....





Entri kali ni saya nak tulis dalam bahasa melayu pulak. Asyik omputih kan. Nanti ada plak cakap “mamat nih bajet pandai sangat la.” Biasa la manusia. Kita buat bende baik pon salah, buat bende salah pon salah. Tapi kalo kite buat apa yang dia nak, bia la bunuh orang sekalipun dy akan cakap “Bagus”. Pelikkan manusia ni.

Dalam kebelakangan ni, banyak jugak yang saya dah pelajari. Contohnya, orang yang kita dah lama kenal tak semestinya kita boleh letak harapan, dan orang yang kita baru kenal tak semestinya kita tak boleh letak harapan. Hahahahah~ complicated giler ayat ni. (Kalau tak paham. Baca sekali lagi. Baca slow-slow). Betul! Itu pelajaran yang paling besar saya belajar akhir-akhir ni. Bayangkan apa rasanya bila orang yang kita ingatkan boleh kita harap-harapkan tinggalkan kita sensorang. Memang penat dan menyedihkan.

Pepatah omputih cakap “TO ERR IS HUMAN, TO FORGIVE IS DIVINE.” (nak jugak la cakap omputih! Hahahah!) atau yang setara dalam BM nye “Bumi mana tak ditimpa hujan”. Dah memang lumrah manusia untuk melakukan kesilapan. Tapi berapa ramai yang ambik balik kesilapan yang dorang lakukan dan jadikan sebagai pelajaran. Ramai yang prefer untuk salahkan orang lain. Betul tak?

Lagi satu yang saya belajar, kalau kita berada diatas… ada jawatan, atau lebih sedikit daripada orang lain, berlaku adil lah kepada orang lain. Adil ni maksudnye meletakkan sesuatu pada haknya. Kalau seorang pengedar dadah atau pembunuh bersiri atau perompak pon ada hak untuk diadili sebaiknya maka sekiranya orang bawahan kita lakukan salah, adili lah mereka sebaiknya. Jangan la serkap jarang je. Apa perasaan korang kalo tiba-tiba boss korang datang dan terus maki hamun korang tanpa tanya “KENAPA?”. Kalau yang kena maki jenis panas baran, mau kene maki balek boss tuh. Tapi kalo jenis sabar, habis kuat pon dorang terasa hati atau nangis sorang-sorang atau pendam aje atau bia je bende tu berlalu.

Hidup ini ibarat sebuah sekolah. Dan buku teksnya adalah setiap yang datang. Manakala guru-gurunya adalah orang yang disekeliling kita. Ambil dan kautlah sebanyak mungkin pengetahuan yang mampu kita ambil daripada setiap pengalaman yang kita lalui.

Akhir untuk entri kali ni saya nak petik kata-kata seorang gila yang lembab, degil, tak reti nak dengar cakap orang lain dan yang paling penting tak reti sikat rambut iaitu Albert Einstein

Try not to become a man of success but rather to become a man of value.


0 comments:

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Loading...
Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget