Ada satu cerita yang saya nak kongsikan. Saya fikir semua
patu cakna dengan apa yang saya ceritakan ni sebab benda ni semacam barah,
semakin hari semakin membengkak. Kalau tak dirawat nanti takut jahanam semua
orang. Alhamdulillah, semalam saya
terlibat dengan satu kem motivasi sekolah rendah di Besut ni. Saya dan tiga
orang lagi kawan diminta untuk menjadi fasilitator. Kebanyakan yang join kem
motivasi ni datang dari keluarga susah. Boleh cakap hampir semualah.
Dalam satu sesi ke pantai, budak-budak diminta menyerahkan
henpon dekat fasilitator. Kawan saya sorang ni yang jadi tukang kutipnya. Dalam
kata orang susah, henpon touch screen boh!! Saya yang dapat elaun pon pakai
henpon lipat-lipat yang murah je. 1 biji
henpon diorang boleh dapat 3 henpon saya. Sentap jugak la.
Tengah pegang henpon budak-budak ni, sorang kawan saya ni
gatai tangan pergi tengok satu henpon ni (salah ye buat macam ni, invasion of
privacy). Kawan saya ni pergilah tengok dalam inbox, dan terbacalah (memang nak
baca pon!) 2 mesej yang berbunyi kurang lebih bengini.
“Kau boleh main dengan lelaki tu sampai basah. Aku tau aku
tak layak tegur, tapi ingatlah pada akhirat”
“Hai saya amran (bukan nama sebenar) umur 17, kalau berminat
mesej la smula”
Saya akui apa yang kawan saya lakukan ini salah. Saya join
baca sekali pon salah. Namun jauh lebih salah adalah bila kami baca mesej macam
ni pada henpon budak perempuan sekolah rendah umur 11 tahun. Timbul pertanyaan
dalam kepala saya “Budak ni dah sampai macam mana dah?”. Pada umur sekolah
rendah dah macam itu cara mesejnya. Kawan saya seorang lagi pun cakap “Kau tak tau.. Aku pergi SBE (school based experience) budak-budak boleh
tengok blue dalam kelas. 30 minit punya blue. Sekolah rendah tu Izzul”.
kalau budak sekolah menengah yang hantar mesej macam tu, saya boleh terima lagi. Ye lah, hormon tak stabil semua. Lagi pun padanlah kalau dah menggatal. Tapi bila mengenangkan sekolah rendah.. amjat rasa!!
Dalam soal ini saya salahkan semua orang. Pada pihak
kerajaan, sepatutnya titik beratkan pendidikan islam dan moral. Bukan sekadar
akademik semata. Kita tak nak nanti produk kita ni ibarat bunga dedap rupa
cantik, akal bijak tapi HADAP PON TARAK. Sudah sampai masa pendidikan islam ini
dijadikan subjek wajib lulus bukan setakat di sekolah, sampai peringkat PhD
dengan penilaian lebih luas dan holistik.
Dulu masa saya kecik-kecik mak saya akan pergi rumah ke
rumah dekat taman kami duduk dulu cakap “Cik Bedah, ni anak saya ijoy (masa
kecik2 dlu). Kalau apa dia buat tak betul, marahkan saja. Pukul pun tak apa,
asal jangan cacat sudah. Kalau tak pun, bagitau je dengan saya, bia abahnya
yang setelkan.” Tapi sekarang masyarakat lebih senang tengok saja. Kita dah
hilang semangat ambil berat. Ni la jadi bila dok amalkan sangat “HAK ASASI
MANUSIA” secara melampau. Jagalah kain orang, asalkan kain kita pon kita jaga
sama. Barulah namanya bermasyarakat.
Maaflah, tapi pada saya ramai ibu bapa zaman cyber ni terlalu
sangat manjakan anak-anak. Kalau anak
buat nakal disekolah cikgu marah, rotan sikit. SAMAN SELALU (cakap teganu. Maksudnya
saman terus). Alasannya “Anak I ni traumatize kene marah dengan cikgu.” Jenuh
la sikit-sikit nak traumatize. Ni pengaruh budaya barat la ni. Kalau salah itu
salahlah. Betul itu betul. Jangan yang betul disalahkan, yang salah dibetulkan. lagi satu, elok rasanya mak ayah check henpon anak-anak, FB, Twitter. Bukan apa, kalau dah jadi nanti tak boleh buat apa. sebelum rosak, baiklah dijaga.
Niat saya bukan nak kritik semata-mata. Saya pun bukan baik
sangat. Cuma nak berkongsi. Tapi nak sama kita teliti masalah ni. Maju itu
bukan pada bangunan canggih-canggih saja, tapi adab dan sopan yang tinggi.
4 comments:
Tak habis baca, Susah nak baca, kalau gunakkn satu warna je kan senang?...
scam message je kot... err.. hehehe... ntah laa... manusia zaman skrg.. zzz
Oii cikgu..salah dah tu baca mesej budak..keluarga miskin atau susah..kdg2 anak mereka pergi bekerja dan membantu.keluarga.mmg khdpan mereka tu sosial dan kematangan lebih awal dr yg masih bermanja dari yg masih dibawah ketiak emak bapak..ingat 'Aku Janji" dan falsafah cikgu...perbuatan yg mula2 pun dah salah(tgk mesej)..tak yah ceta ..siap tulis gi tu..tentu dah tahu bdk tu dr sek mane..peace.
plis plis n plis... jangan cari aib owang... cukuplah kita tutup aib sendiri....... kita usaha ja.. yang lain serah kat tuhan.. manusia berubah atas diri sendiri
Post a Comment