Mesej Lucah??!!






Ada satu cerita yang saya nak kongsikan. Saya fikir semua patu cakna dengan apa yang saya ceritakan ni sebab benda ni semacam barah, semakin hari semakin membengkak. Kalau tak dirawat nanti takut jahanam semua orang.  Alhamdulillah, semalam saya terlibat dengan satu kem motivasi sekolah rendah di Besut ni. Saya dan tiga orang lagi kawan diminta untuk menjadi fasilitator. Kebanyakan yang join kem motivasi ni datang dari keluarga susah. Boleh cakap hampir semualah.



Dalam satu sesi ke pantai, budak-budak diminta menyerahkan henpon dekat fasilitator. Kawan saya sorang ni yang jadi tukang kutipnya. Dalam kata orang susah, henpon touch screen boh!! Saya yang dapat elaun pon pakai henpon lipat-lipat yang murah je.  1 biji henpon diorang boleh dapat 3 henpon saya. Sentap jugak la.

Tengah pegang henpon budak-budak ni, sorang kawan saya ni gatai tangan pergi tengok satu henpon ni (salah ye buat macam ni, invasion of privacy). Kawan saya ni pergilah tengok dalam inbox, dan terbacalah (memang nak baca pon!) 2 mesej yang berbunyi kurang lebih bengini.

“Kau boleh main dengan lelaki tu sampai basah. Aku tau aku tak layak tegur, tapi ingatlah pada akhirat”

“Hai saya amran (bukan nama sebenar) umur 17, kalau berminat mesej la smula”

Saya akui apa yang kawan saya lakukan ini salah. Saya join baca sekali pon salah. Namun jauh lebih salah adalah bila kami baca mesej macam ni pada henpon budak perempuan sekolah rendah umur 11 tahun. Timbul pertanyaan dalam kepala saya “Budak ni dah sampai macam mana dah?”. Pada umur sekolah rendah dah macam itu cara mesejnya. Kawan saya seorang lagi pun cakap “Kau tak tau.. Aku pergi SBE (school based experience) budak-budak boleh tengok blue dalam kelas. 30 minit punya blue. Sekolah rendah tu Izzul”.

kalau budak sekolah menengah yang hantar mesej macam tu, saya boleh terima lagi. Ye lah, hormon tak stabil semua. Lagi pun padanlah kalau dah menggatal. Tapi bila mengenangkan sekolah rendah.. amjat rasa!!


Dalam soal ini saya salahkan semua orang. Pada pihak kerajaan, sepatutnya titik beratkan pendidikan islam dan moral. Bukan sekadar akademik semata. Kita tak nak nanti produk kita ni ibarat bunga dedap rupa cantik, akal bijak tapi HADAP PON TARAK. Sudah sampai masa pendidikan islam ini dijadikan subjek wajib lulus bukan setakat di sekolah, sampai peringkat PhD dengan penilaian lebih luas dan holistik.

Dulu masa saya kecik-kecik mak saya akan pergi rumah ke rumah dekat taman kami duduk dulu cakap “Cik Bedah, ni anak saya ijoy (masa kecik2 dlu). Kalau apa dia buat tak betul, marahkan saja. Pukul pun tak apa, asal jangan cacat sudah. Kalau tak pun, bagitau je dengan saya, bia abahnya yang setelkan.” Tapi sekarang masyarakat lebih senang tengok saja. Kita dah hilang semangat ambil berat. Ni la jadi bila dok amalkan sangat “HAK ASASI MANUSIA” secara melampau. Jagalah kain orang, asalkan kain kita pon kita jaga sama. Barulah namanya bermasyarakat.

Maaflah, tapi pada saya ramai ibu bapa zaman cyber ni terlalu sangat manjakan anak-anak. Kalau anak buat nakal disekolah cikgu marah, rotan sikit. SAMAN SELALU (cakap teganu. Maksudnya saman terus). Alasannya “Anak I ni traumatize kene marah dengan cikgu.” Jenuh la sikit-sikit nak traumatize. Ni pengaruh budaya barat la ni. Kalau salah itu salahlah. Betul itu betul. Jangan yang betul disalahkan, yang salah dibetulkan. lagi satu, elok rasanya mak ayah check henpon anak-anak, FB, Twitter. Bukan apa, kalau dah jadi nanti tak boleh buat apa. sebelum rosak, baiklah dijaga.





Untuk guru-guru (termasuklah saya sekali), tunjukkan kredibiliti guru tu. Kalau nak merotan, biar bersebab dan kena caranya. Jangan rotan budak macam penjenayah rogol. Kalau macam itu, jangan cakap mak ayah, saya pun tak setuju. Tunjuk adab yang betul. Jadi cikgu ni bukan sekadar kerja, tapi jalan mesti macam cikgu, cakap mesti macam cikgu, bertindak mesti macam cikgu. Pendek kata HIDUP MACAM CIKGU, iaitu mendidik. Bukan menghukum. Jangan kerana tindakan kita yang salah, seluruh profession keguruan ni orang pandang slack je.



Niat saya bukan nak kritik semata-mata. Saya pun bukan baik sangat. Cuma nak berkongsi. Tapi nak sama kita teliti masalah ni. Maju itu bukan pada bangunan canggih-canggih saja, tapi adab dan sopan yang tinggi. 

4 comments:

Anonymous October 27, 2012 at 7:38 PM  

Tak habis baca, Susah nak baca, kalau gunakkn satu warna je kan senang?...

Anonymous November 14, 2012 at 3:47 PM  

scam message je kot... err.. hehehe... ntah laa... manusia zaman skrg.. zzz

Anonymous November 29, 2012 at 12:49 AM  

Oii cikgu..salah dah tu baca mesej budak..keluarga miskin atau susah..kdg2 anak mereka pergi bekerja dan membantu.keluarga.mmg khdpan mereka tu sosial dan kematangan lebih awal dr yg masih bermanja dari yg masih dibawah ketiak emak bapak..ingat 'Aku Janji" dan falsafah cikgu...perbuatan yg mula2 pun dah salah(tgk mesej)..tak yah ceta ..siap tulis gi tu..tentu dah tahu bdk tu dr sek mane..peace.

Anonymous April 21, 2013 at 9:53 PM  

plis plis n plis... jangan cari aib owang... cukuplah kita tutup aib sendiri....... kita usaha ja.. yang lain serah kat tuhan.. manusia berubah atas diri sendiri

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message