- ‘Ala, nanti lepas kahwin saya belajar la solat, puasa’
- ‘Lepas kahwin saya belajar la tutup aurat’
- ‘Lepas kahwin saya berenti merokok’
Masa saya darjah 3-4 dulu, orang dok minat tengok cerita Filipina. Pagako Sayo la. Lepas tuh time darjah 5-6 orang dok gila layan citer latin pulak. Rosalinda ngan El Amor No Es Como Lo Pintan (giler la! Aku ingat!). Time aku masuk sekolah menengah lagi hampeh, satu Malaysia dok layan citer Indon, Bawang Putih Bawang Merah plak. Dengan aku-aku sekali layan. Cissss! Sekarang nih budak zaman sekarang dok melayan citer Korea plak. Aku tak tau ape yang best nye citer korea nih.
Kalau nak kata paham, bile aku tanye kengkawan aku nih ‘Kome reti ke bahasa korea tuh?’ diorang cakap ‘Anjehosayo’ kat aku. Ntah ape-ape je. Sepatah tu je la. Pastu lagi satu ‘Sarang he’. 2 patah perkataan je? Beratus episod tengok, 2 perkataan je tau??. HAHAHAHA~
Yang paling best pasal cerita korea nih adalah peminat-peminatnya nih fanatic tahap dewa la!!! Pernah masuk berita yang ada budak perempuan kena ugut bunuh sebab tulis kat Fb ke Twitter (tak igt sgt...) yang dy tak suke Korean drama. Gile tak?? Hanya sebab komen pasal Korean drama boleh dapat ugutan bunuh. Kalau la kefanatikan tuh digunakan dengan cara yang betul, kan bagus.
Lagi satu, perasan atau tak, sebenarnye drama Korea ni lagi teruk daripada drama Hindustan. Drama Hindustan kita tau dah memang karut sebab mana ade orang leh golek-golek tengah padang sambil nyanyi sambil nari. Tapi citer korea ni lagi plastik. Umur 50 tapi lepas make up leh jadi mcm anak dara lepas sekolah??? What the Fish!! Agak-agak ade sekilo bedak pakai kot. Plastik gile. Belum masuk cerita pasal plastic surgery lagi. Memang pelakon korea ni diketahui dengan pembedahan plastic.
Lagi satu, perasan atau tak sebenarnye drama Korea ni mempromosikan lelaki muke jambu. Masalahnye, bile tengok cerite tuh siyesli aku tak leh nak bezakan antara laki dengan perempuan. Jadi budak-budak perempuan ni terusla berangan yang dyorang ni akan dapat husband mcm tu. Berangan la sampai sudah. HAHAHAHAH. Yang budak-budak Laki lagi pulak lagi teruk, buat kumpulan K-POP Malaysia. Geliiiiiii!!!! Ade pulak yang dok tiru rambut korea. Muke itam tapi rambut korea. HAHAHAHAHAHAH!!! Dressing siap dengan baju sejuk pegi Suria KLCC. Ko ingat ade salji turun ke kat Suria tuh???
Sorilah cakap, aku tak Nampak apa yang hebat sangat cerita korea ni. Mungkin ada. Tapi sama je macam cerita lain. Tapi, usahlah sampai fanatik. Aku tengok cerita omputih tapi tak de la sampai dressing pon macam orang putih. Kalau orang kutuk cerita ‘How I Met Your Mother’, tak de la sampai nak buat ugutan bunuh.
Kenapa kita perlu terperangkap dalam fantasi, sedangkan realiti jauh lagi best. Betul la cakap Nabi ‘Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. Hanya kerana salah memilihnya membuat kita jadi bersalah’
I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.
Copyright 2009 - Encik Damak
Theme designed by: Raycreations.net, Ray Hosting,Motor Cycle Design|Modern House Design