Baru-baru ini seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak Influenza A (H1N1) yang kini dianggap oleh saintis lebih berbahaya daripada wabak selesema burung yang juga pernah melanda dunia dahulu. Influenza A (H1N1) atau selesema babi ini merupakan gabungan tiga jenis virus selesema: selesema manusia, selesema burung dan selesema babi.
Virus-virus ini telah bergabung di dalam babi yang kemudiannya menjadi virus yang sungguh mengancam manusia. Agaknya pada hemat saya, babi juga tidak sedar bahawa ia boleh menjadi perumah yang begitu kondusif untuk tiga jenis virus selesema ini untuk bergabung. Wabak ini diberitakan bermula di
Persoalan terbesar yang bermain di kepala saya adalah mengapa virus-virus ini bisa bercantum dan menjadi ancaman kepada manusia dan tidak kepada babi sendiri? Sudah pastinya ini semua percaturan Tuhan Alam Semesta kerana tidak ada yang wujud di dalam dunia ini tercipta dengan sendirinya.
Mari sama-sama kita muhasabah diri sedalam-dalamnya. Semakin hari kita semakin jauh dengan tuhan tetapi semakin dekat dengan taghut. Hiburan yang ditabur melalui media cetak dan elektronik menjadi santapan nurani yang menggantikan quota yang harus diisi oleh ibadah-ibadah wajib dan sunat yang seharusnya menjadi wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Kita sudah jauh daripada Allah dalam jarak yang infiniti. Sedangkan Allah itu lebih dekat daripada urat tengkuk dengan kita. Oleh hal yang demikian, Dia mengambil satu “pendekatan” sebagai peringatan juga amaran kepada golongan-golongan yang alpa. Sudah menjadi lumrah dan tabiat manusia akan mendekatkan diri kepada tuhan apabila dilanda musibah.
Namun manusia lalai dan terus lalai. Malah mencari rujukan lain selain daripada Allah. Peringatan yang disamarkan dengan wabak penyakit dianggap sebagai satu natijah akibat perubahan keadaan dunia semasa. Amaran ini sewajarnya diselarikan dengan Al Quran yang jelas merakam tentang kaum-kaum terdahulu yang melampai batas yang Allah hapuskan kemudian digantikan dengan kaum yang lebih baik.
0 comments:
Post a Comment