Semenjak dua menjak ni, ramai yang post benda-benda Islamik
dekat FB dengan Twitter. Bagus la. Berpesan sesama manusia. Kurang-kurang
beringat. Tapi yang paling menarik minat aku untuk entri kali ni adalah tentang
“Jodoh”. Ramai la yang post pasal kahwin la, lelaki idaman muslimah la,
macam-macam. Jadi entri kali ni adalah tips untuk orang perempuan nak memilih
lelaki. Dalam bahasa bijaknya adalah SISTEM TAPISAN KESELAMATAN la.. HAHAHAHA!!
Lelaki macam nilah ade ciri-ciri lelaki yang masuk syurga. Sebab dia
pentingkan mak ayah dia. Dan dia akan pastikan anak-anak dia pon taatkan mak
dia. Tak ke untung perempuan yang pilih lelaki macam ni? Kena ingat ‘Syurga
seorang lelaki bawah tapak kaki ibunya, dan syurga seorang isteri adalah bawah
tapak kaki suaminya’
- ‘Ala, nanti lepas kahwin saya belajar la solat, puasa’
- ‘Lepas kahwin saya belajar la tutup aurat’
- ‘Lepas kahwin saya berenti merokok’
Ni adalah janji yang paling tak boleh dipercayai selepas
janji ahli politik. Sebabnya kalau dia tak ada usaha nak berubah sebelum
kahwin, tak payah la cik kak nak harap dia berubah. Tak ada maknenyeee~ Nampak
sangat la laki macam nih memang tak bersungguh. Tambah lagi yang merokok tu.
Memang la tak de harapan kalau sebelum kahwin tak berenti.
Kalau cakap pasal hati ni, memang tak leh cakap lebih-lebih.
Ye lah, soal hati dan perasaan ni susah nak control. Tapi kurang-kurang kita
kena pilih betul-betul. Sebab kalau salah pilih buah hati ni, tersangkut dengan
dia sampai mati, cik kak jugak yang
sakit hati.
3 comments:
ok
nice one! tapi sbnrnye tak semudah tu
Gud point..
Post a Comment