Tips nak cari HUSBAND CHARMING




Semenjak dua menjak ni, ramai yang post benda-benda Islamik dekat FB dengan Twitter. Bagus la. Berpesan sesama manusia. Kurang-kurang beringat. Tapi yang paling menarik minat aku untuk entri kali ni adalah tentang “Jodoh”. Ramai la yang post pasal kahwin la, lelaki idaman muslimah la, macam-macam. Jadi entri kali ni adalah tips untuk orang perempuan nak memilih lelaki. Dalam bahasa bijaknya adalah SISTEM TAPISAN KESELAMATAN la.. HAHAHAHA!!

Pertama kalau nak pilih calon suami (bukan boyfriend okeh!!) cari lah yang ‘Mummy’s boy’. Ramai orang perempuan cakap ‘susah la laki macam ni, semua benda nak ikut cakap mak. Nanti kahwin susah’. Maksud aku jangan la cari laki yang sampai basuh suar dalam pon nak kena mak. Tapi cari yang mana dia ni pentingkan mak. Kalau dating, mak call angkat. Tak dismiss call mak dia. Kalau mak suruh balik time dating ke, main futsal ke, tengok bola kat kedai mamak ke. Dia balik.

 
Lelaki macam nilah ade ciri-ciri lelaki yang masuk syurga. Sebab dia pentingkan mak ayah dia. Dan dia akan pastikan anak-anak dia pon taatkan mak dia. Tak ke untung perempuan yang pilih lelaki macam ni? Kena ingat ‘Syurga seorang lelaki bawah tapak kaki ibunya, dan syurga seorang isteri adalah bawah tapak kaki suaminya’

Kedua, jangan cari yang banyak janji manis ni bila masuk bab agama. Contohnya.
  1. ‘Ala, nanti lepas kahwin saya belajar la solat, puasa’
  2. ‘Lepas kahwin saya belajar la tutup aurat’
  3. ‘Lepas kahwin saya berenti merokok’
Ni adalah janji yang paling tak boleh dipercayai selepas janji ahli politik. Sebabnya kalau dia tak ada usaha nak berubah sebelum kahwin, tak payah la cik kak nak harap dia berubah. Tak ada maknenyeee~ Nampak sangat la laki macam nih memang tak bersungguh. Tambah lagi yang merokok tu. Memang la tak de harapan kalau sebelum kahwin tak berenti.

Ketiga, jangan cari laki yang cakap macam ni ‘Saya nak cari isteri yang boleh bimbing saya, sebab saya ni lemah dalam agama’. Laki macam nih bengong sikit. Patutnya dial ah bimbing isteri, ini suruh isteri pulak bimbing. Lain la kalau dia muallaf. Kalau dah tau ilmu tuh cetek, pergilah masjid surau cari tok guru. Belajar. Nanti silap-silap cik kak pulak kena tanggung dia. Baru la nganga!

Keempat, carilah yang tahu buat kerja rumah sikit-sikit. Reti la basuh baju, sapu sampah kalau sedap lagi yang tahu masak. Masak nasi dengan goring telur pon ok dah. Sebabnya, dulu nabi pun tolong isteri-isterinya. Kan senang kalau dapat laki macam ni. Cik kak jaga anak, dia tolong basuhkan pinggan. Cik kak masak, dia sapu sampah. Baru la rukun rumah tangga. Ini kalau mintak tolong sikit pon ‘Tak reti’ memanjang, tak ke panas je hati?
 

Kalau cakap pasal hati ni, memang tak leh cakap lebih-lebih. Ye lah, soal hati dan perasaan ni susah nak control. Tapi kurang-kurang kita kena pilih betul-betul. Sebab kalau salah pilih buah hati ni, tersangkut dengan dia sampai mati, cik kak jugak  yang sakit hati.

3 comments:

sahabat purnama April 21, 2012 at 5:21 PM  

ok

emma May 3, 2012 at 12:01 AM  

nice one! tapi sbnrnye tak semudah tu

Anonymous September 2, 2012 at 6:04 PM  

Gud point..

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message