Say Yes to Polygamy?

Kenapa Allah bagi lelaki kahwin lebih daripada 1? Kita akan cerita dari aspek fisiologi dan juga sentuh sikit-sikit dari aspek agama (memandangkan saya bukanlah fakih sangat)

Seperti yang kita sedia maklum bila Allah ciptakan lelaki, Allah bagi keperkasaan, kekuatan pada tulang belakangnya lebih dari perempuan dan suka pada perkara yang banyak pada lelaki tersebut. Itulah sebabnya Allah suruh lelaki yang cari nafkah supaya dia boleh pastikan anak isterinya sentiasa ada makanan, tempat tinggal dan pakaian yang cukup.

Baiklah, dari aspek fisiologi wanita setiap bulan akan ‘datang bulan’ atau ada juga orang panggil ‘period’ atau ‘peot’. Bila isteri datang bulan secara automatik tak boleh nak layan suami macam biasa sekiranya suami ada keinginan untuk bersama isteri. Jadi dengan adanya poligami maka si suami boleh mengelakkan maksiat dari berzina dan si isteri juga boleh mengelakkan penyakit seperti STD, HIV dan AIDS dari terjangkit kepada diri sendiri.

Rela ke kakak-kakak sekalian tengok suami masuk neraka sebab berzina? Tak sayang ke puan-puan dengan suami puan-puan sekalian? Kan lebih baik kalau suami buat perkara yang halal. Dapat pahala kat dia. Orang lelaki ni dah lah susah nak masuk syurga tapi senang sangat nak masuk neraka. Jadi yang mana suaminya nafsu macam nafsu kuda bolehlah disalurkan kepada saluran yang selamat dan betul.

Ramai wanita akan cakap macam ini

  1. Orang lelaki ni semua sama! Gatal! Tahan la sikit nafsu tu
  2. Dasar lelaki! Pantang Nampak pompuan dahi licin sikit!
  3. Oooo! Kalau nak kahwin ikut sunnah, kalau nak solat nak puasa tak nak pulak ikut sunnah!
  4. I tak rela dimadu! Kalau nak kahwin juga ceraikan I. Kalau U nak jugak langkah mayat I dulu.

Memang isu ni isu yang sensitif. Semua perempuan tak rela nak dimadu. Tapi!! Sekalipun tak rela, harus kita faham, yang buat undang-undang ni adalah Allah. MESTI ADA KEBAIKANNYA. Maknanya kita tak boleh tolak. Sekalipun tak suka, tak payah zahirkan macam ada IBU MENTERI yang seorang ni. Boleh jatuh kufur. Sebab ini Allah yang buat. Menolak hokum Allah samalah juga dengan menolak Allah dan orang yang menolak Allah bukankah akan jadi orang yang KAFIR?

Bagi yang lelaki pula, janganlah bila nak kahwin je ikut sunnah. Solat setahun dua kali je. Puasa entah kemana. Kena faham, bila kahwin jangan tengok yang ‘seronok’ je. Tapi tengok juga aspek nafkah, tanggungjawab mendidik, menanggung dosa. Pastikan dahulu diri kita ni mampu dari segi AGAMA dulu. Kalau setakat mampu dari segi harta semata-mata tak guna. Sebab kalo duit yang tuan ada boleh beli tiket masuk syurga tak apa.

Lagi satu untuk orang lelaki. Kalau dah nak kahwin jugak-jugak, janganlah kahwin senyap-senyap. Cakap elok-elok. Jantan sikit. Ini kahwin kat sempadan Siam. Kahwin senyap-senyap samalah juga dengan curang. Jadi kalau kita curang, satu hari nanti isteri kita pula curang. Baru padan muka. Jadi gunakanlah hikmah dan hemah bila nak pujuk isteri tua.

Poligami ni Allah yang bikin. Jadi mesti ada kebaikan kita tak nampak. Tapi poligami hanya untuk orang yang mampu. Allah yang cakap. Bukan saya cakap. Sekiranya tak mampu cukuplah dengan satu. Dan itu adalah yang lebih baik. Tak gitu?

4 comments:

Unknown March 12, 2012 at 12:50 AM  

Orang pompuan boleh bantah sekiranya laki mereka ingin poligami dgn syarat bukan tak setuju dgn hukuman Allah. fatimah sendiri sedih apabila ali ingin menikah lagi. sekadar pandangan. wallahualam. :)

Ris Ya March 18, 2012 at 10:07 PM  

Kemudahan yang ada, tak semestinya digunakan.
Jika nak guna, gunakan sebaik-baiknya.

Anonymous March 21, 2012 at 9:09 AM  

lebih ke nafsu lelaki ja..mn blh..klu kawin sbb bini tu x dpt bg anak ke, uzur ke, xpe la. ingatlah perngorbanan seorang wanita tu utk melahirkan anak, melayan suami, uruskan rumah tangga, n mcm2 lg,. klu suami tu sayang dan hargai isterinya, suami tu tak akan berniat pun nak kawin lagi~

Anonymous January 5, 2013 at 12:05 AM  

Dah kahwin dan dapat anak lepas isteri terus kurang nak bersama 2bulan baru dapat sekali..kesian aku menderita batin..pompuan yg baca jangan buat suami menderita.

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message