Aduhai.. SPM oh SPM

Ingatlah. SPM sebenarnya tak menentukan langsung hidup kita. Itu hanyalah sekadar kertas dengan huruf semata-mata. Yakinlah bahawa ia hanya sekadar sama ada 1 batu loncatan atau permulaan kepada kejayaan yang tertangguh. Hanya orang yang bodoh akan menangisi kegagalan dalam SPM sedangkan banyak lagi kejayaan yang menantinya dihadapan. Bak kata Albert Einstein "Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value"


Inilah ayat saya keluarkan di FB pada hari keputusan SPM diumumkan seluruh Malaysia. Ramai yang cemuh saya, cakap saya tak matang, adik-adik lagi, tak sensitif dengan perasaan cikgu-cikgu yang mengajar. HAHAHAHAH~ tak apalah. Biar saya ceritakan satu persatu.

Kenapa saya cakap macam ni?

Hari ni, SPM hanyalah sekadar ujian tentang ilmu pengetahuan yang akhirnya direkodkan dalam kertas dalam bentuk ABC. 2 tahun belajar, dirangkumkan dalam 1 kertas? HAHAHAH~ Hakikat sebenarnya yang kita harus faham bukanlah gred itu SEMATA-MATA tapi kesan dalam hidup kita. Contohnya macam Pendidikan Islam, cukupkah sekadar A atas kertas tapi D dalam pengamalan? Atau A dalam Matematik tapi nak urus kewangan sendiri pon fail?

Lebih kontroversi lagi bila ada yang quote ayat saya tapi saya rasa tak berapa nak tepat.

ada perkataan yang tak wajar bro guna dan akan mungkin akan mengguriskan hati cikgu-cikgu kita di SEMESTI. bukanlah SPM tu tak penting 'langsung'..”

saya tak cakap SPM tak penting langung. Tapi SPM tak langsung menentukan hidup kita. Sebab hidup kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Bukan SPM. Dalam kata mudahnya, ia bukan segala-galanya. Itu sebab dalam ayat seterusnya saya tuliskan

Yakinlah bahawa ia hanya sekadar sama ada 1 batu loncatan atau permulaan kepada kejayaan yang tertangguh”.

HAHAHAHAH~ betul tak? Saya kenang dan sanjung jasa guru-guru saya sepanjang alam persekolahan saya. Banyak jasa yang takkan saya mampu balas. Hanya Allah sahaja mampu membalasnya. Dan tiadalah walau sedikit niat untuk mengguris hati guru-guru saya.

Ada pula yang sindir saya dengan cakap,

Ada yang tak ambil SPM macam BILL GATES tp berapa ramai yang boleh jadi macam dia?

HAHAHAHAH~ itulah masalahnya dengan orang kita. Orang melayu khususnya. Terlalu selesa dalam zon yang sedia ada. Kenapa kita tidak mahu jadi BILL GATE yang seterusnya? Sekalipun tak mahu jadi BILL GATE (katanya orang yahudi) maka jadilah macam Tun Dr M yang seterusnya, atau Syed Albukhari yang seterusnya, Rozita seterusnya (pengasas sendayu tinggi) atau Boon Siew yang seterusnya. Inilah masalah orang kita. mereka ini semuanya berfikir jauh sampai kehadapan dan tidak takut dengan risiko.

Ada dulu saya dapat kata-kata dari seseorang yang bijak.

Orang yahudi ajar anak mereka menakluk dunia, orang cina mengajar anak mereka menguasi perniagaan, orang melayu ajar anak mereka jadi makan gaji.

Bukan hina orang yang makan gaji. Mak ayah saya makan gaji. Malah saya juga akan jadi orang makan gaji (Cikgu). Tapi bukankah sudah sampai masa kita ubah cara kita. Jadi betullah kata saya bukan? SPM tak menentukan langsung hidup kita sedang ada jalan lain yang sudah ada depan mata.

Memang lah nak jadi doktor atau jurutera kena pakai keputusan SPM. Tapi kena ingat, bukan semua dapat jadi doktor atau jurutera. Banyak lagi bidang yang kita boleh ikut yang bukan hanya berlandaskan akademik tapi juga KEMAHIRAN.Saya tak kata SPM tak penting. Cuma SPM bukan segala-galanya.

Tatkala kita masih terikat dengan SPM maka, kita terikat dengan akademik semata-mata. Macam mana kata kalau orang yang tak berapa nak cemerlang SPM? Hidup melarat ke? Datuk Siti dah pakai datuk sekarang, ada syarikat sendiri, SPM pangkat 3 je. ketahuilah, Allah Taala bukan hanya bagi kita otak (akademik) semata-mata, tapi ada juga tangan kaki (kemahiran) yang disertakan dengan AKAL supaya kita menjadi orang hamba yang berjaya.

Berjaya atau tidak kita dalam hidup bukan terletak pada SPM tapi pada diri kita.

4 comments:

kukutajam March 22, 2012 at 8:13 AM  

good entry.. like it... spm is not everything..

Anonymous March 22, 2012 at 8:41 AM  

Ya betul , SPM , Ijazah , atau mana - mana sijil sekalipun tak menjamin apa - apa kejayaan masa depan , tapi ilmu yang diperolehi menjamin masa depan . Dengan ilmu , harta dan diri akan terjaga . Sijil atau pengiktirafan lain hanya sekadar "pengiktirafan" ilmu yang diperolehi . ;)

Anonymous March 22, 2012 at 1:23 PM  

good....

ezzahsyahirah March 24, 2012 at 4:32 PM  

superlike!!sesuai utk budak straight a's (sebab nak menyedarkan diorg yg spm bukan menjamin kejayaan masa depan) bagi budak yg dpt spm teruk pulak sbg anekdot utk dorg..well said..

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message