TAHNIAH KEPADA SEMUA WANITA!!

ADAKAH ANDA WANITA? PASTI?

TAHNIAH!!!! Anda sememangnya hebat dan sememangnya diciptakan untuk melakukan perkara-perkara yang hebat.

Apabila anda diciptakan oleh Allah, anda merupakan makhluk yang sangat cerewet berbanding makhluk yang bernama lelaki. Apabila anda berkahwin dan kerana kecerewetan anda maka sempurnalah hidup lelaki yang akan menjadi suami anda nanti. Yang serabai boleh jadi kemas, yang senget boleh jadi lurus. Pendek kata anda nih pengkritik peribadi la, memandangkan anda ni cerewet.

Anda juga dikurniakan air yang magik. Dengan air ini, anda boleh menyebabkan runtuh iman setiap lelaki yang gagah. AIR MATA LA! Bila mengalir sahaja air mata seorang wanita, memang cair la hati lelaki yang tengok. daripada tak nak beli cincin seribu ringgit pon boleh terbeli kerana air mata anda. Lelaki je yang terkesan dengan air mata ni, kalau jantan jenis binatang buas tu tak ada maknanya.

Segagah-gagah laki kalau kencing keluar batu karang menjerit sekampung boleh dengar. Tapi anda boleh keluar anak sebesar bola ragbi daripada rahim anda. Betapa hebatnya makhluk bernama perempuan ni. Anda membawa satu nyawa yang lain ke dunia ini. Hebat tak?

Dalam dunia ni, cuba cari satu negara yang ada Kementerian Lelaki. Mana ada!! Yang ada hanya Kementerian Wanita je. Lupa pula, Allah pun buat surah An-Nisa je, khas untuk orang perempuan. Mana ada surah Ar Rijal. Tengok, bukan dunia je iktiraf, Allah pun iktiraf.

OLEH ITU!!! Bila Allah dah jadikan anda ni wanita, maka kena lah bersyukur. Bila Allah cakap tutup aurat, tutup. Jagalah "mahkota" anda itu lebih dari nyawa anda sebab disitulah sebenarnya hidup seorang wanita. Jangan biarkan lelaki yang bukan muhrim dengan suka-suki nya menyentuh anda macam anda ni barang tester semata-mata. Hargailah setiap perkara dalam hidup anda dan bersabarlah dengan setiap masalah yang datang.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!!



Special dedication to my beloved mother, Puan Khadijah bt Megat Soffian, my grannies Jariah bt Mohd Yusof and Salmah bt Awang, my sisters Nurizzatiaini bt Che Russlee and Nurhusna Nabilah bt Che Russlee, my cousins **sorry cannot mention names, too many** my teachers and lecturers and of course to all my lady friends.

1 comments:

kukutajam March 9, 2011 at 9:00 PM  

mekasih izzul... post yang sgt menarik.. semoga bahagia dengan family..=)

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message