Kenapa nak mengelak pula?




Sedih bila kawan-kawan mengelak daripada kita. Tambah lagi kawan-kawan yang selama ni baik dengan kita. Boleh cakap, "geng" la. Dalam erti kata yang lebih mudah difahaminya adalah "Best Friends Forever @ BFF". Yang sadisnya bila berlaku benda-benda macam hanya atas sebab dan alasan yang paling bodoh contohnya sebab berebut "boyfriend @ girlfriend", kena kutuk pasangan GAY @ LESBIAN atau sebab-sebab lain yang macam tak masuk akal.

Tahu atau tidak, sedar atau tidak sebenarnya apabila kita mengelak daripada orang yang kita pernah berkawan atau sedang berkawan, kita sudahpun memutuskan persahabatan dengan mereka secara tidak kita sedar. Sedangkan nabi ada berpesan:


"bukanlah muslim mereka yang bermasam muka (tidak bertegur sapa) selama tiga hari beturut-turut"



Segala masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Dan apa salahnya sekiranya kita menyelesaikannya dengan cara berbincang secara matang dan terbuka daripada kita mengelak dan memutuskan persahabatan seseorang. Dengan tindakan mengelak diri ini maka kita telah mewujudkan satu emosi yang tidak stabil malah bagi individu tersebut mungkin berasa sedih dan kecewa atas apa yang berlaku

Sudah menjadi lumrah manusia untuk terus membuka mulut dan mengata orang sekeliling sama ada perkara itu benar ataupun salah yang akhirnya mampu menjejaskan hubungan kita dengan orang lain. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang matang dan waras, kita tidak boleh terus menerima sebulatnya apa yang diperkatakan. Seharusnya dipilih dan ditapis kandungannya.

Dalam bersahabat ini konsep "give and take" amatlah perlu, dan konsep ini perlulah seimbang antara individu-individu tersebut.

Kita tidak akan menyedari kepentingan sesuatu perkara atau seseorang sehinggalah kita kehilangannya. Dan pada tika itu, kita sudahpun terlambat untuk menghargainya. Maka, jalanilah hari-hari anda dengan penuh gembira. Usah peduli kata orang kerana, kita ini tak mati dek keji, tak hidup dek puji. Ingatlah Allah senantiasa bersama kita.

0 comments:

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message