Kenapa masjid, orang tak suka pergi?



1. Orang agama ni jenis “menggunakan agama untuk menghukum, bukan mendidik”

Ini adalah kelemahan utama orang yang jenis boleh dikategorikan sebagai orang agama. Tak kesahlah, pak imam ke, pak ustaz ke, tok siak ke. Bila rasa ada lebih ilmu agama sikit, rajin pergi masjid sikit, mereka akan gunakan agama untuk menghukum orang sekeliling. Sedangkan agama itu adalah pendidikan. Saya tak kata semua cuma sesetengah saja. Namun ramai perangai macam ni. Berapa ramai orang agama ni turun padang, mengajar makna sebenar agama? Berapa ramai pula yang duduk atas mimbar masjid kutuk orang lain? Itu sebabnya orang Islam sendiri menjauhkan diri dari masjid. Kalau budak rempit ke lepak dekat-dekat masjid mesti kena pandang “slack” je. Belum lagi kalau mat dadah nak taubat ke? Lagi teruk agaknya. Sepertinya merekalah tuhan yang berhak menghukum.

2. Kuliah : Baca kitab sajalah!

Tak salah kalau kuliah lebih menarik dan isu yang dibawa dekat dengan masyarakat berbanding bukak kitab tebal lepas tu cerita pasal contohnya “perkara-perkara membatalkan puasa” . Apa salahnya sentuh isu-isu yang lebih penting. Tambah lagi kita ni hidup dalam era globalisasi. Era penuh cabaran. Bawa pendekatan yang baru. Nabi siap pesan lagi “umatku lebih tahu tentang mereka, berbanding aku.” (lebih kurang la ayat tu) Maksudnya, kita lebih tahu apa yang sesuai dengan kita. Jadi, tak salah keluar dari cara lama, dan ambil cara baru, selagi mana tak bertentang dengan Islam. Kan?

3. Tak mesra masyarakat.

Berapa banyak masjid buat aktiviti atau program yang mendekatkan lagi masyarakat dengan masjid. Ada. Tapi tak banyak masjid yang buat macam tu. Apa salahnya buat program macam pertandingan futsal ke? Pertandingan masak ke? Pertandingan Imam Muda ke? Kurang-kurang boleh la jadi pelapis dekat masjid. Tak la geng pencen saja jadi imam. Tak salah buat program macam tu. Dulu zaman nabi, masjid ni macam-macam fungsi. Bukan setakat tempat sembahyang saja. Ada riwayat yang mana sahabat main gendang dalam masjid. Dengan adanya program yang macam ni, maka orang ramai akan dekat dengan masjid. Bila kita buat program macam ni, terapkan nilai-nilai dakwah. Contohnya kalau nak main futsal ke, kenalah tutup aurat. Kalau buka aurat kira “disqualified”. Jadi kena lebih mesra masyarakat.

4. Tak boleh kena kritik.

Orang masjid selalunya tak suka kena kritik. Seolah-olah mereka ni maksum. Tak ada buat salah. Atau meraka ni syumul. Semua mereka buat betul. Kalau ditegur, mulalah melenting. Dalam banyak-banyak masjid yang korang dah pergi, berapa banyak ada “suggestion box”. Tak banyak kan? Kalau letak kotak cadangan kan dapat improve apa yang ada dimasjid. Ini tak, yang ada kotak derma saja. So, boleh bayang la macam manakan? Bila tak boleh ditegur, orang makin la jauh dengan masjid. Sebab orang makin malas la orang nak ke masjid. Sebab orang boring dengan perangai orang masjid. Lu pikir la sendiri!

Bukanlah saya kata semuanya sebab orang kat masjid atau masjid sendiri yang menyebabkan orang tak nak datang masjid. Tapi, ini antara perkaranya. Perkara utamanya. Kalau tak percaya apa saya cakap, cubalah. Kalau diubah masjid supaya lebih mesra pelanggan, tak jenis menghukum, boleh terima cadangan, kuliah lebih dekat dengan isu kini, insyaAllah masjid akan lebih ramai la jemaahnya.

2 comments:

Anonymous November 24, 2010 at 10:28 AM  

Salam. Satu pandangan yang baik, dan rasanya banyak masjid yang dipelopori oleh golongan muda (bukan pencen, bak kata penulis) yang melakukan transformasi ini. Rasanya lebih elok kalau kita tanyakan, apa pula sumbangan kita!

amirfazwan November 27, 2010 at 6:13 PM  

dunia akhir zaman.org malas pegi masjid.

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Loading...
Powered by Blogger.

Welcome Message

There was an error in this gadget