PENDIDIKAN SEKS vs PENDIDIKAN AGAMA

Bila kita tengok dalam majalah, surat khabar boleh cakap setiap hari mesti ada kes buang anak, jumpa bayi terbiar atau jumpa bangkai atau kena tangkap khalwat. Kalaulah ada satu hari dalam surat khabar Malaysia yang tak paparkan kes-kes ni maka bukan surat khabar Malaysia lah namanya. Surat khabar negara lain lah agaknya.

Bila kita fikirkan dalam-dalam kenapa lah agaknya perkara ni boleh jadi. Kenapalah agaknya mak yang penat-penat, susah-susah mengandung lepas tu beranak pula boleh buang anak tepi tong sampah. Kemana lah perasaan kemanusiaan? Bila kita fikir kenapa lah ada kes tangkap khalwat. Yang bestnya yang kena tangkap tu bukan mat-mat rempit ni, kalau mat rempit ni biasalah tapi ustaz yang ajar agama, ustazah yang tudung labuh, bini orang anak dah tiga, laki orang. Pelik kan? Kenapa lah agaknya?

Kalau nak selesaikan masalah kenalah cari akar umbinya. Macam rumpai nak diracun biar sampai keakar kalau atas daun munkin rumpai tak mati, racun yang habis. Dalam zaman maklumat dihujung jari, semua perkara boleh kita dapat dengan hanya klik dihujung jari. Laman web pornografi pun boleh diakses dihujung jari sahaja.

Dalam kerakusan mengejar status negara maju atau membina Modal Insan, kita lupa bahawasanya asas yang paling penting adalah agama. Bila agama dibina sekukuh-kukuhnya maka sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku. Pendidikan agama yang dipinggir oleh SISTEM PENDIDIKAN sendiri, serta masyarakat akhirnya membuahkanlah masalah sedemikian rupa.

Pendidikan seks yang digembar gemburkan oleh barisan pemimpin negara, sebenarnya bukanlah menyelamatkan anak-anak kita namun menjerumuskan lagi kepada masalah tersebut. Mengukuhkan Pendidikan Agama dan moral merupakan jalan paling baik dan afdal dilakukan. Pendidikan seks ini ibarat racun yang disediakan bagi memudahkan lagi anak-anak kita membunuh diri dan jiwa mereka.

Hari ini kita melihat pelbagai laman web yang disekat atas rasional mempunyai kandunga berbaur hasutan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia namun mengapakah mereka tidak mampu menyekat laman web lucah yang sejelas-jelasnya mempunyai kandungan berbaur hasutan agar melakukan zina? Kalau anak-anak itu seperti kain putih yang bersih , maka tindakan kerajaan ini boleh di ibaratkan macam tangan kanan mencanting corak, tangan kanan mencalit tahi. Dalam membina modal insan seiring sejalan juga dengan membina legasi anak haram, perogol dan pencuri. Maka jumpalah kita puncanya.

0 comments:

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message