Decreasing Instant Ability of Mouth (D.I.A.M)




Bila kita dah banyak sangat bercakap, perkara terbaik untuk dilakukan adalah DIAM. Senyapkan diri. Bukan bermakna jangan bercakap langsung, tapi hanya untuk perkara-perkara perlu sahaja. Bergurau pun kenalah kurangkan. Takut-takut bila kita dah guna quota bercakap sampai habis nanti Allah jadikan bisu terus. Baru susah waktu tu. Jadi kadang-kadang diam adalah jalan paling baik.

Bila kita diam, pandang orang lain, nilai dengan mata (sebab selama ini nilai pakai mulut) maka kita akan kenal mana satu kawan mana satu lawan. Bila kita diam, kawan akan tanya samada kita sihatkah? ada masalahkah? Kalau lawan mereka akan turut diam, sebab tak ada perkara nak dibantah, nak dibangkang, nak dikata, nak dikritik. Lagi cantik punya perangai, boleh cakap "Baguslah si Minah tu dah diam. Mulut macam mesingan, kalau dah buka tak boleh tutup punya." Jadi bila kita diam, kita akan lebih selamat. Ada juga jenis tanya macam nak perli. Sekali tengok macam nak ambil berat tapi sebenarnya mereka inilah pembantut ilham dari Tuhan.

Lagipun, bila kita diam kita kurang sakitkan hati orang. Bila kita diam, kita akan jadi lebih kuat. Kalau tak percaya cuba. Bila kita diam, pertama kita boleh buat kerja yang selama ni tertangguh berzaman-zaman kita boleh buat sehari saja. Lagi hebat sejam saja. Kedua, orang akan takut nak cakap bukan-bukan dengan kita. Secara automatiknya kita akan lebih dihormati. Ketiga, kita lebih KUAT berfikir. Fikir yang dalam-dalam, bijak-bijak. Janganlah pula fikir mengarut-ngarut, tak ada faedahnya.

Bak kata hadis nabi, diam itu lebih baik dari berkata-kata sebab bila kita berkata dalam erti kata lain merapu meraban kita akan cenderung mengata, mengumpat, menyakitkan jiwa orang lain dan sebagainya. Lagipun diam kan dapat jimat tenaga. ok lah tu.

Adakalanya kita perlu, wajib, harus berkata-kata. Bukanlah semua keadaan kita kena diam. Namun berkata-katalah dengan berhikmah. Orang bijak ini bukan sekadar atas kertas periksa sahaja namun juga berhikmah bila berbicara.

3 comments:

Anonymous September 22, 2010 at 10:44 PM  

-betul tapi ni cume dri satu sudut pandangan je
-betul juge sebab ade sokongan hadis, tapi setiap org berfikir dgn cara yg berlainan, satu teori 'diam' xboleh cover sume reaction manusia
-betul tapi diam juga menunjukkan kita x friendly, org lain takut nak dekat
-byk bercakap byk undang fitnah? x gak sbb fitnah boleh timbul bila2 mase xkire kita senyap/ bising since kita xboleh puaskan hati sume org.
-bila byk bercakap xsiap keje? betul tapi ramai org boleh buat keje sambil bercakap, manusia semakin moden kalo xperasan, multi-tasking
-banyak bercakap boleh je buat pahale, sambil gurau boleh selang selikan dgn kritikan yg membina, motivasi, unsur ilmiah dan keagamaan,etc

no offense. just another view. argumentative though but don't limit yourselves on one perspective.

Anonymous September 22, 2010 at 11:55 PM  

another prospective from me~
you actually can't gain respect by shut your mouth all the time~
people will judge you~ some will say that your are weak and everybody will try to take advantage on you~
we should be more progressive rather the being quite all the time~
people should stand for what they want~
;)

Hisyam Syahmi September 23, 2010 at 8:09 PM  

TO ANONYMOUS

>btul lah tuh~ saya punye nih mungkin sari satu aspek shaja~
> trima kasih byk2~
> well mungkin bila kita byk cakap~ ade time kene diam. macam kereta juga~ ada time kene servis~
> saya tringat kata-kata hikmah dalam buku Dr HM tuah Iskandar~ "Setahun itu racun, Ramadan itu penawar, Makanan itu racun Puasa itu penawar" so saya add 1 lg "berkata-kata itu racun, diam sebentar itu penawar"~

> BTW thanks for ur comment~ hope boleh guna namalah~ tak brape elok pakai saya nak address org gune anonymous~

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message