Reunion Batch 21

Baru dua tahun tak jumpa rasa macam bertahun-bertahun tak jumpa. Seronok betul bila dapat jumpa semula. Pergi sekolah semula rasa macam masuk tingkatan lima semula yang sememangnya masa paling indah dalam hidup. Rasa muda semula dapat masuk ke sekolah semula. 2 tahun tinggal, macam-macam perubahan dah ada disekolah. Cikgu baru makin ramai, cikgu lama ada lagi yang stay,sekolah dah lawa, asrama macam cerita teletubbies. Memang banyaklah yang dah berubah.

Aku sampai sekolah dalam pukul 11.50. Sempat juga jumpa Ustaz Jamatollail. Dalam banyak-banyak cikgu yang ada kat sekolah ni. Dialah yang banyak tolong aku. Banyak sangat. Berbalik cerita awal tadi. Dah datang awal dapatlah jumpa adik-adik angkat. Adik-adik angkat ni bukan aku yang nak, tapi sekolah yang bagi.Ikmal, Zai, dengan Izwan inilah adik angkat aku. Memang lost contact terus bila aku dah keluar SEMESTI.
Oleh kerana hari tersebut adalah hari Jumaat maka kenalah solat Jumaat. Jadi aku pun drive ke Seri Setia dengan niat dapatlah dengar Ustaz Azli bagi khutbah tapi orang lain pula yang bagi. Dah habis solat terus ambil Amir Fazwan bawa sekali ke sekolah. Sampai kat sekolah aku terus pergi tengok BPC (Bilik Pengawas C) sebab ni dulu lah bilik tumpang aku. Sedih sangat rasa apabila tengok bilik tu dah jadi STOR. Bilik tu ada seribu satu kenangan aku. Tempat jatuh lagikan dikenang apatah lagi tempat belajar. Bilik ini banyak mendidik aku dari segi akademik dan juga kehidupan. Bilik ini ada kenangan aku dan Fauzy Khairy. Namun hari ini bilik tu tempat simpan berus jamban atau sabun basuh lantai. Sedih betul rasa.

Malam tu lepas solat maghrib ada mesyuarat batch. Makan malam yang orang tunggu-tunggu, ada barbeque. Sedap sangat. Mak Yassin, Mak Cik Nawal yang masak. Lepas tu ada cabutan bertuah. Aku dapatlah sebungkus ‘cloud 9’. Ok lah dari tak dapat apa-apa. Esok pagi semua orang pergi ke Lost World of Tambun. Tinggallah aku dan berberapa kerat lagi orang yang tak pergi. Lepas hantar Amir ke stesen bas aku pon baliklah ke rumah.

Sememangnya dapat kembali ke sekolah mengembalikan macam-macam ingatan. Seronok, sedih, semua perasaan berbaur dalam hati. Namun ada sekelumit rasa terkilan apabila ada juga kawan-kawab yang tak dapat datang. Mungkin sibuk atau buat-buat sibuk aku tak tahu lah. Aku harap lain kali dapat jugalah jumpa semua sekali. Amin….

1 comments:

hafizuddinhanizafuddin June 7, 2010 at 6:41 PM  

melet0p stetment atas 2!!!huhuh

Post a Comment

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message