Masjid ke rumah agam??

Dulu nabi pernah cakap bahawa akhir zaman nanti manusia suka bermegah-megah dengan masjid tapi tak pun nak makmurkan masjid. Sekarang dah jadi dah pun. Dr Asri Zainal Abidin bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis pernah cakap dalam program televisyennya iaitu “Bahtera Perubahan” bahawa kita tidak meruntuhkan masjid tetapi kita meruntuhkan FUNGSI masjid. Kalau tak percaya bacalah cerita saya ini sampai habis. Saja saya guna bahasa mudah agar semua orang faham, baik yang muda kah, tua kah, orang PAS kah, orang UMNO kah, biar semua paham. Karang saya tulis bahasa buku haram apa tak dapat. Kan rugi.

Pertama sekali saya nak cerita tentang organisasinya. Kepalanya selalunya D.O (District Officer) atau timbalan D.O. Lepas itu, ahli-ahli jawatankuasanya daripada orang kuat JKK kampung atau orang kuat parti-parti tertentu. Kadang-kadang saya nak ketawa bila tengok carta oraganisasi. Orangnya kadang-kadang datang masjid pun entah bila. Orang macam ini bukan ahli sunnah wal jamaah tapi “Ahli Sunat wal Jumaat”. Sampai kemasjid bila hari jumaat dengat nak solat sunat hari raya sahaja. Ada juga AJKnya waktu solat sahaja ada, bila time kuliah sahaja lari. Balik rumah, pergi kedai kopi. Macamlah pandai sangat. Apalah salah duduk kejap. Meluat juga saya tengok.

Saya nak cerita tentang As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Kenal kah? Kalau tak kenal pergi cari Al Ma’thurat. Dialah pengarangnya. Bukan itu sahaja, dia adalah pemimpin gerakan Islam di Mesir. Pejuang Islam. Pernah suatu malam dia pergi ke sebuah kelab malam. Lalu dia dengan izin tuan punya kelab malam dia pun naik ke pentas. Dia berkata kepada hadirin “Wahai tuan-tuan dan puan-puan sesungguhnya anda sekalian adalah ahli syurga dan orang-orang masjid itu ahli neraka. Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu kenapa maka datanglah 3 hari lagi disini maka saya akan terangkan kenapa.” Seperti yang dijanjikan maka 3 hari kemudian Imam Hassan Al-Banna datang lagi ke kelab malam tersebut. Dia naik ke atas pentas lalu berkata “Wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian! Sesungguhnya anda semua adalah ahli syurga jika anda semua tinggalkan perkara yang sia-sia dan bertaubat kepada Allah. Namun orang-orang masjid itu pula ahli neraka kerana mereka hanya duduk di atas tikar sejadah tapi tidak pula mengajak anda semua kejalan Allah.” Inilah realitinya. Pak imam, pak bilal, tok siak kita hanya tahu meratib tapi terlupa satu kewajipan yang wajib iaitu dakwah. Dakwah.

Zaman nabi dahulu masjid jadi pusat dakwah, pusat seni, pusat pentadbiran, pusat merancang strategi perperangan dan lain-lain. Tapi hari ini masjid hanya adakan ceramah, ceramah, ceramah. Macam dah tiada aktiviti lain. Seharusnya pihak masjid buat aktiviti macam mana nak tarik masyarakat kepada masjid, khususnya anak-anak muda. sebab anak-anak muda inilah yang akan menjadi pemimpin masa depan. Bukan tok-tok imam atau tok-tok bilal ni sebab mereka sudah tua. Dalam erti kata lain dah tak lama. Apa salahnya kalau pihak masjid adakan liga futsal kah, pertandingan tilawah kah, jualan amal kah, konsert amal kah. Kalau buat konsert tu panggillah penyanyi nasyid, nak panggil Amy search pun apa salahnya, tapi suruhlah nyanyi lagu ketuhanan. Batas-batas pergaulan dijaga. Asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan. Barulah betul. Sambil berhibur dapat juga menyahut cabaran kerajaan. Bak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Jamil Khir Baharom, iaitu menyajikan hiburan halal kepada rakyat.

Kalau perkara ini terus berlaku, saya takut masjid kosong saja. Malaikat rahmat tak nak turun sampaikan rahmat. Siapa yang rugi? Kita juga yang rugi. Jadi hari ini mari kita sama-sama. Saya ulang lagi sekali sama-sama. Sekali lagi “SAMA-SAMA” mengembalikan fungsi masjid. jangan sampai di akhirat nanti kitalah yang akan dipersalahkan oleh semua kerana kitalah yang menjadi dalang meruntuhkan fungsi masjid. Nauzubillah…..

Kolej Matrikulasi Perak

Kolej Matrikulasi Perak in memories

Ribuan dan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga KMPk. Dua bulan di Kolej Matrikulasi Perak adalah dua bulan terindah dalam hidup saya. Pengalaman yang manis pasti tidak akan dilupakan. Ingatlah "Pertemuan itu bersyarat, Perpisahan itu mutlak." Saya harap kita bisa bertemu lain masa.

Ikhlas dalam ingatan

Semua Warga Asti KMPk 2009

kawan-kawan baru

barisan pensyarah

dan semua warga Kolej Matrikulasi Perak

About Me

Pakistan, Chinese, and Royal Kelantanese from my father's side. Bugis, Indian and Bendahara Megat Terawis ancestry from my mother's side

About this blog

I like to write. I love it. I write what I think. Thinking is a way of greatness.

My Blog List

Welcome!

Followers

Search This Blog

Powered by Blogger.

Welcome Message